Anggota polis mengangkat bungkusan yang pada mulanya disyaki mengandungi mayat.
ALOR GAJAH - Bungkusan putih menyerupai bentuk pocong dengan empat
ikatan sempurna yang dicampak ke dalam sungai mengejutkan tiga tukang
mesin rumput di Jalan Paya Mengkuang- Kuala Sungai Baru, di sini, pagi
semalam.
Bagaimanapun, selepas usaha mengesahkan pembuangan yang disangka mayat
itu mendapati, ia adalah sampah bunga-bungaan yang dibungkus dalam
sehelai kain batik dipercayai salah satu ritual keagamaan.
Kejadian itu disedari kirakira 11.45 pagi oleh seorang tukang mesin
rumput warga Bangladesh, Rufiq, 20, bersama dua lagi rakan sekerjanya
yang sedang berehat di bawah sebatang pokok terletak kira-kira 10 meter
dari sungai berkenaan.
Menurutnya, pada awalnya dia mengesyaki bungkusan 'pocong' itu adalah mayat yang dibuang sebegitu sahaja.
"Saya dan rakan mendapati bungkusan itu masih bersih seolah-olah baru dibuang.
"Kemudiannya penyelia sebuah ladang di sini datang dan melihat sendiri
bungkusan itu yang dicampak berdekatan tebing sebelum menghubungi
polis," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Pegawai Syarak Negeri Melaka, Datuk Abu Khir
Jamaluddin ketika berkata, ia dipercayai salah satu amalan syirik yang
masih lagi diguna pakai.
"Segelintir penganut sesetengah agama di negara ini berpendapat ia
adalah satu ritual menghalau hantu dan buang sial yang lebih sinonim
dalam kalangan masyarakat Melayu.
"Ia bertentangan apatah lagi mendatangkan kecelaruan dalam kalangan masyarakat moden ketika ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment