Jom Buat Duit

Saturday 8 September 2012

One Direction menang tiga anugerah


KUMPULAN One Direction dari kiri Horan, Tomlinson, Styles, Malik dan Payne menerima Anugerah Artis Baharu Terbaik pada Anugerah Muzik Video MTV di Pusat Staples, Los Angeles kelmarin.


LOS ANGELES - Anugerah Muzik Video MTV yang diadakan kelmarin menyaksikan kumpulan nyanyian terkenal dari Britain, One Direction merangkul tiga anugerah.
Kumpulan itu memenangi anugerah Artis Baharu Terbaik dan Video Pop Terbaik menerusi muzik video What Makes You Beautiful sekali gus menewaskan Justin Bieber.
Mereka juga menggondol anugerah Video Paling Bernilai Untuk Dikongsi.
Kumpulan One Direction dianggotai Niall Horan, Zayn Malik, Louis Tomlinson, Harry Styles dan Liam Payne.

Semua anggota yang berusia antara 18 hingga 21 tahun itu pernah menyertai program pencarian bakat X Factor musim ketujuh di Britain.
Sementara itu, penyanyi terkenal, Rihanna diumumkan sebagai pemenang anugerah Muzik Video Terbaik Sepanjang Tahun menerusi video muzik We Found Love.
Anugerah Video Wanita Terbaik pula dirangkul oleh penyanyi Nicki Minaj melalui muzik video Starships.

Bekas kekasih Rihanna, penyanyi Chris Brown menggondol kategori Video Lelaki Terbaik menerusi muzik video Turn Up the Music.
Rihanna membuat persembahan pertama pada majlis yang diadakan di Pusat Staples, Los Angeles.
Antara penyanyi terkenal lain yang turut membuat persembahan ialah Taylor Swift dan Alicia Keys. - AFP

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters