Jom Buat Duit

Sunday 5 August 2012

Protes cium bantah restoran antihomoseks


SEORANG lelaki memeluk pasangan lelakinya semasa protes di luar restoran Chick-fil-A di Pantai Pompano, Florida kelmarin.


ATLANTA - Aktivis-aktivis hak gay bercium di hadapan premis Chick-fil-A di seluruh Amerika Syarikat kelmarin, beberapa hari selepas rangkaian restoran makanan segera berkenaan mencatat rekod jualan tertinggi apabila premisnya diserbu pelanggan sebagai tanda sokongan kepada pendirian syarikat itu menolak perkahwinan sejenis.

Sementara itu, polis sedang menyiasat satu grafiti di sebuah restoran Chick-fil-A di selatan negeri California. Tertera pada dinding restoran berkenaan di bandar Torrance, grafiti itu merangkumi ungkapan 'Rasa seperti kebencian' dan gambar seekor lembu.

Polis berkata, masih tiada tangkapan dibuat berhubung kes vandalisme tersebut.
Isu berkenaan bermula pada bulan lalu apabila Presiden Chick-fil-A, Dan Cathy memberitahu sebuah penerbitan keagamaan bahawa syarikatnya menyokong definisi perkahwinan seperti yang dinyatakan dalam kitab Injil.

"Saya fikir kita akan membangkitkan kemarahan Tuhan ke atas negara kita apabila kita menggeleng kepala dan berkata, 'Kami lebih tahu daripada anda (Tuhan) tentang definisi perkahwinan yang sebenar'," katanya.

Kenyataan beliau mencetuskan kemarahan para penyokong perkahwinan gay dan lesbian.
Sebagai tindak balas ke atas bantahan mereka, bekas Gabenor Arkansas, Mike Huckabee yang merupakan seorang paderi mengisytiharkan Rabu lalu sebagai hari apresiasi Chick-fil-A. - AP

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters