Jom Buat Duit

Thursday 2 August 2012

Kakitangan awam positif dadah

DUNGUN - Seorang kakitangan awam yang bertugas sebagai pembantu perawatan kesihatan terpaksa menyambut malam Ramadan di sebalik di tirai besi selepas ditahan polis kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Kakitangan awam berusia 34 itu antara 10 penagih ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah yang mengadakan serbuan di beberapa rumah dekat sini, pagi semalam.

Suspek yang dikatakan berkhidmat di salah sebuah klinik kesihatan daerah itu dikatakan mula terjebak dengan aktiviti penyalahgunaan dadah sejak beberapa tahun lalu.

Kakitangan kesihatan itu didapati positif dadah jenis methampethamine selepas menjalani ujian saringan air kencing.

Malah, bapa kepada empat anak yang difahamkan baru menerima cahaya mata keempat dua bulan lalu itu terpaksa ditahan sementara di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut.

Sembilan lagi penagih yang ditahan dalam operasi bermula jam 6 pagi diketuai Inspektor Wahid Sujani itu selepas ujian saringan air kencing juga didapati positif dadah methampethamine.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan tersebut dan kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters