GAZA - PALESTIN . Sekurang-kurangnya 20 terbunuh selepas Israel
memperhebatkan serangan darat dan udara dengan membedil sebuah sekolah
milik Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(UNRWA) di Jamaliyah, kelmarin.
Serangan ganas itu dilancarkan selepas Pasukan Pertahanan Israel (IDF)
mendakwa menemui sejumlah senjata di beberapa sekolah dan pusat
penempatan sementara sebelum ini.
Seorang petugas di pejabat PBB yang enggan dikenali berkata, dua bilik
darjah yang dikelolakan oleh Badan Bantuan dan Petugas PBB musnah sama
sekali.
“Sasaran itu dilancarkan di kem perlindungan penduduk Palestin. Selepas
bedilan itu, kami lihat penduduk mencari cebisan mayat dan membawa
keluar mayat berlumuran darah. Ramai anggota keluarga menangis dan
pengsan apabila melihat mayat anak dan ahli keluarga mereka,” katanya.
Sementara itu, jurucakap PBB, Chris Gunness mengutuk keras serangan yang tidak berperikemanusiaan itu.
“Ini adalah pusat perlindungan dan sekolah. Serangan ini adalah
pelanggaran hak dan mencabuli perjanjian PBB. Mereka juga memusnahkan
harta benda milik PBB dan serangan ini amat melampau,” katanya, dipetik
dari laporan AFP/ IB Times.
Jom Buat Duit
Thursday, 31 July 2014
Saturday, 26 July 2014
Punca Nahas MH17 Bakal Dirungkai
SEPANG - Kotak hitam milik Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang
berada dalam keadaan baik termasuk rakaman suara kokpit yang jelas
dijangka mampu merungkai situasi dan punca sebenar MH17 yang terhempas
di kawasan sempadan Rusia-Ukraine pada 17 Julai lalu.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kotak hitam itu sudah pun dibawa ke United Kingdom untuk siasatan terperinci dan akan diawasi oleh 10 pakar dari pelbagai negara termasuk Malaysia. Kosmo.com.my

Friday, 25 July 2014
Sukan Komanwel 2014 Kini Bermula
GLASGOW - Seramai 6,500 atlet dari 71 negara meratapi tragedi pesawat
penerbangan Malaysia (MAS) MH17 sebaik pembawa bendera kontinjen
Malaysia, Fatehah Mustafa membawa Jalur Gemilang separuh tiang dan
anggota-anggota memakai lilitan lengan hitam di tangan kiri pada majlis
pembukaan Sukan Komanwel 2014 di Celtic Park awal pagi semalam.
Kejadian menyayatkan hati itu menarik perhatian serius dari seluruh dunia yang mana upacara bertafakur selama seminit dilakukan bagi memberikan penghormatan kepada mangsa-mangsa nahas MH17.
Tujuh atlet negara iaitu Ju Pha Som Net (lumba basikal), Surizan Awang Noh dan Fatin Syafiqah Mohd. Sukri (hoki wanita), Nur Fidrah Noh dan Fairoz Abd. Jabal (boling padang) dan Farizal Ismail (ragbi) serta dua pegawai - pengurus pasukan ragbi, Mohamad Fahmy Abdul Jalil dan Pegawai Media Malaysia, Fahmi Omar berpakaian seragam kru kabin MAS.
Manakala anggota kontinjen lain berpakaian baru iaitu Wira Malaysia, baju kurung dan selendang bagi atlet wanita dan baju Melayu berserta samping bagi atlet lelaki yang direka pereka fesyen terkenal Malaysia, Melinda Looi.
Untuk edisi kali ini, kontinjen negara diwakili seramai 269 orang atlet dan pegawai yang mana seramai 179 orang atlet, 135 daripadanya adalah atlet elit, lima atlet pelapis, 30 atlet luar program MSN dan sembilan atlet paralimpik.
Kontinjen Malaysia hanya akan menyertai 14 daripada 17 jenis sukan yang merangkumi 130 acara iaitu 67 acara lelaki, 55 acara wanita serta lapan acara sukan paralimpik.
Acara sukan yang akan disertai Malaysia ialah akuatik (renang dan terjun), angkat berat, badminton, berbasikal, boling padang, gimnastik (artistik dan berirama), hoki, judo, menembak, olahraga, ping-pong, ragbi, skuasy dan tinju.
Kejohanan selama 11 hari itu akan mempertandingkan 17 acara sukan membabitkan lebih 6,000 atlet dari 71 negara sekali gus menjadikan acara sukan terbesar yang pernah dianjurkan Scotland.
Scotland sebelum ini menjadi tuan rumah Sukan Komanwel pada tahun 1970 dan 1986 di Edinburgh. Kosmo

Thursday, 24 July 2014
47 Maut, Lagi Pesawat Terhempas di Taiwan
TAIPEI - Sebuah pesawat domestik Penerbangan TransAsia terhempas
semasa mendarat di sebuah pulau di pantai barat Taiwan semalam
menyebabkan 47 orang terbunuh, kata Pentadbiran Aeronautik Awam (CAA).
Menurutnya, pesawat 70 tempat duduk jenis ATR-72 itu terhempas dekat landasan bersama 54 orang penumpang dan empat anak kapal.
"Suasana kelam-kabut berlaku di lokasi kejadian," kata pengarah CAA, Jean Shen kepada agensi berita Reuters.
Menurut pihak berkuasa, seramai 11 orang yang cedera telah dihantar ke hospital.
Kemalangan itu berlaku di Pulau Penghu yang turut dikenali sebagai Pulau Pescadores.
Butiran lanjut mengenai kemalangan udara itu tidak dapat dipastikan setakat ini.
Namun, nahas itu berlaku ketika taufan Matmo melanda Taiwan semalam dengan membawa hujan lebat dan angin kencang.
Penerbangan TransAsia merupakan syarikat penerbangan berpangkalan di Taiwan yang memiliki sebanyak 23 pesawat Airbus dan ATR.
Sebahagian besar laluan syarikat itu melibatkan laluan domestik selain beberapa penerbangan menuju ke Jepun, Thailand dan Kemboja di Asia.
Selain kemalangan semalam, Majlis Keselamatan Penerbangan Taiwan memberitahu, TransAsia mengalami lapan kemalangan sejak tahun 2002 termasuk enam yang melibatkan pesawat ATR-72. - Reuters

Tuesday, 22 July 2014
Awie Dapat Hak Penjagaan Sementara Anak
PENYANYI rock terkenal Awie atau nama sebenarnya Ahmad
Azhar Othman, hari ini berjaya mendapatkan hak penjagaan sementara
ketiga-tiga anaknya hasil perkahwinan bersama isterinya, Rozana Misbun.
Peguam syarie Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain yang mewakili Awie, 46, memberitahu pemberita mengenai perkara itu selepas prosiding kes itu selesai disebut di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Nassir Abdul Aziz.
Mohd Zaidi berkata, anak guamnya turut memperoleh perintah injunksi supaya isterinya, Rozana, 36, tidak mendekati penyanyi kumpulan Wings itu serta anak-anaknya dalam apa jua bentuk termasuk melalui media cetak dan elektronik.
Pada 16 Julai lalu, Awie menfailkan permohonan bagi mendapatkan hak penjagaan sementara anak-anaknya dan perintah injunksi itu mengikut Seksyen 201 dan 200 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1998.
"Hakim juga membenarkan permohonan Awie supaya kedua-dua permohonan itu berkuat kuasa sehingga ada perintah lain dikeluarkan," kata peguam itu.
Mohd Zaidi juga berkata, Hakim itu memberikan Rozana hak melawat anak-anaknya dua kali sebulan iaitu pada minggu pertama dan ketiga selama dua jam bagi setiap sesi lawatan di rumah yang didiami Awie dan anak-anaknya.
Selain itu, Mohd Zaidi memberitahu anak guamnya itu turut memfailkan permohonan bagi hak penjagaan kekal ketiga-tiga anaknya.
Beliau berkata, mahkamah menetapkan 6 Ogos ini untuk sesi 'Sulh' yang Awie dan Rozana perlu hadir pada sesi itu bagi menyelesaikan hak penjagaan anak-anak mereka.
Sesi 'Sulh' adalah satu daripada alternatif yang efektif kepada mana-mana pasangan selain kaedah perbicaraan dan timbangtara untuk mendapatkan penyelesaian rumahtangga.
Awie yang hadir ke mahkamah dengan ditemani dua rakannya ketika ditanya mengenai perkara itu, enggan mengulas lanjut mengenainya tetapi dengan tenang dan tersenyum berkata: "Tunggulah sehingga kesemua kes itu selesai".
Penyanyi rock itu bernikah dengan Rozana di Songhkla, Thailand pada 20 Jun 2005 dan dikurniakan tiga anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.
Pada 4 Julai lalu, Awie, pelakon utama filem 'Zombie Kampung Pisang' dan 'Hantu Kak Limah' didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Rozana, di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari.
Dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
- Bernama

MH17: Mayat Diletakkan Atas Lori Sampah
GRABOVO - Pasukan kecemasan Ukraine dikecam selepas beberapa gambar
memaparkan mayat-mayat mangsa sebuah pesawat Penerbangan Malaysia MH17
diletakkan di tepi jalan sebelum diletakkan ke dalam beberapa buah lori
sampah, lapor akhbar MailOnline semalam.
Hampir 200 mayat mangsa dibiarkan terdedah di tapak nahas selama tiga hari sebelum dipindahkan ke dalam gerabak yang lengkap dengan peti sejuk.
Pesawat MH17 tersebut terhempas dekat Grabovo selepas dipercayai ditembak dengan peluru berpandu pada Khamis lalu.
Selepas beberapa hari dibiarkan mereput, kerja-kerja mencari mayat bermula.
Mayat-mayat mangsa kemudiannya diletakkan berbaris di atas jalan raya sebelum diletakkan ke dalam beberapa buah lori yang kotor.
Mayat itu dibawa ke sebuah stesen kereta api kira-kira 15 kilometer dari tapak nahas sebelum disimpan di dalam beberapa buah gerabak.
Banyak pihak melahirkan kemarahan berhubung layanan terhadap mayat-mayat penumpang dan kru MH17.
Beberapa ahli keluarga mangsa menganggap tindakan tersebut sebagai menghina serta tidak berperi kemanusiaan. - Agensi

Monday, 21 July 2014
Azwan Ali: Saya minta maaf!
PENGACARA sensasi, Azwan Ali menyifatkan tindakannya
memuat naik status yang menghina juadah bazar Ramadan di laman sosial
Twitter miliknya, adalah sesuatu yang wajar.
"Status itu bukanlah ditujukan pada semua bazar sebaliknya saya tulis perkataan most yang bermaksud kebanyakan.
"Tetapi, saya dimaki hamun malah diugut oleh semua peniaga bazar.
"Mereka kata mahu 'mencincang saya hidup-hidup' sekiranya saya menjejakkan kaki ke mana-mana bazar sekalipun," katanya kepada Zass ketika ditemui selepas Sidang Media Program Raya Astro.
Menurutnya, setiap ugutan dan kecaman yang diterimanya itu tidak menjadi penghalang buat dirinya untuk mengunjungi ke mana-mana bazar Ramadan selepas ini. Sementelah dia baru saja menjayakan program Bazar Seindah Ramadan di Melaka anjuran TV9, Sabtu lalu.
Bagaimanapun, adik kepada Azmin Ali ini menerima pengajaran daripada peristiwa terbabit, malah mengakui mulutnya agak lancang dalam menyuarakan pendapat.
"Saya bukan sengaja hendak memburuk-burukkan peniaga bazar, tetapi apa yang saya katakan ada benarnya.
"Lihat, apa yang terjadi selepas dua tiga hari saya muat naik status? Ada pula kes keracunan di bazar Ramadan sehingga menyebabkan seorang kanak-kanak koma.
"Malah, apa yang saya lihat, rupa-rupanya masyarakat kita ini tidak boleh ditegur secara terus dan terbuka," katanya.
Jelasnya lagi, semua tindak tanduknya di laman sosial hanyalah kerana mahu mempertahankan setiap kenyataan yang dikeluarkannya.
"Oleh itu, sempena Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang ini, saya ingin mohon maaf kepada semua.
"Tetapi, kalau ada yang tak mahu maafkan saya atau berdendam dengan saya, tak mengapalah," katanya.
Terdahulu, Azwan memuat naik status di Twitter miliknya yang berbunyi 'Slm. Tak main la beli juadah kat bazar Ramadan? Most rasa sampah! Maaf! Just face the facts! So!.
Gara-gara perbuatannya itu, ia menyebabkan tercetusnya kontroversi dan mendapat kecaman masyarakat.
Anak angkat dari tahfiz
Sementara itu, Azwan baru saja mengambil seorang anak angkat dari Sekolah Tahfiz Darul Aminah, Seremban.
Anak angkatnya yang bernama Muhammad Aqil Mikael Rahman atau Aqil berusia enam tahun itu adalah kanak-kanak yatim piatu.
Katanya lagi, dia mengenali Aqil sejak berumur setahun dan berhasrat menjadikannya anak angkat setelah terpikat dengan kepintaran kanak-kanak itu bermain alat muzik, tabla.
Jelasnya, Aqil akan terus menetap di asrama sekolahnya, tetapi semua perbelanjaannya akan ditanggung oleh Azwan. Sinar

Subscribe to:
Posts (Atom)