ALOR SETAR - Perkenalan di aplikasi sosial WeChat membawa kepada
pertemuan sulit sekumpulan remaja di sebuah hotel pada malam tahun
baharu, semalam.
Tujuh remaja berkenaan bagaimanapun dapat dicekup 33 penguat kuasa
Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) ketika Operasi Tahun Baharu bermula 12
tengah malam sehingga 5 pagi di sekitar bandaraya Alor Setar, dekat
sini.
Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-Undang, Syeikh Mohd Roshidi
Mahmud berkata, tujuh remaja berusia antara 16 hingga 18 tahun itu
dipercayai menyewa sebuah bilik hotel sama.
Difahamkan, mereka juga membawa tilam tambahan dipercayai untuk tujuan maksiat.
Menurutnya, empat daripada mereka adalah lelaki manakala selebihnya wanita.
"Hasil soal siasat mendapati sebilangan mereka memiliki rekod buruk.
"Salah seorang daripada mereka merupakan bekas penghuni pusat pemulihan
akhlak. Dia yang berusia 17 tahun mendakwa sudah bekerja di sebuah
pusat snuker dan telah dibuang keluarga," katanya.
Syeikh Mohd berkata, ada di antara mereka sedang menunggu keputusan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan dua daripada mereka didapati sudah
tidak bersekolah.
"Seorang remaja perempuan pula mengaku pernah melakukan hubungan seks dengan lelaki bukan Islam.
"Ada juga yang mengakui sudah melakukan hubungan seks sebanyak berbelas kali," katanya.
Dalam kejadian berasingan, dua remaja perempuan turut ditahan bersama
seorang remaja lelaki yang sedang tidur dalam serbuan di sebuah hotel.
Ketika diserbu, seorang remaja perempuan mendakwa berkongsi bilik beramai-ramai dan tidak melakukan sebarang kesalahan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 9 (1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah
Syariah Kedah (EKJSK) 1988, manakala remaja berkenaan dilepaskan dengan
jaminan.
Sinar.
Jom Buat Duit
Friday, 2 January 2015
Thursday, 1 January 2015
Budak 24 Bulan Tertembak Ibu Sendiri
LOS ANGELES - AMERIKA SYARIKAT. Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua
tahun di Amerika Syarikat (AS) tertembak ibunya secara tidak sengaja
hingga menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
Tragedi itu berlaku di kedai Walmart di Hayden, Idaho, di mana wanita terbabit, Veronica Rutledge, 29, sedang membeli belah bersama keluarganya.
"Budak yang diletakkan di dalam troli itu dipercayai mengambil pistol tersebut dari beg ibunya sebelum melepaskan tembakan secara tidak sengaja terhadap ibunya," kata Syerif daerah Kootenai, Ben Wolfinger.
Sementara itu, jurucakap Walmart memaklumkan mereka sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa yang sedang melakukan siasatan terhadap insiden tembakan terbaharu tersebut.
Difahamkan, bantuan psikologi turut dihantar untuk membantu kakitangan Walmart yang mungkin mengalami trauma akibat kejadian terbabit.
Hasil tinjauan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendapati kira-kira 300 juta penduduk di AS memiliki senjata api atas pelbagai sebab termasuk perlindungan diri dalam laporan AFP.

Gambar Veronica Rutledge dan anaknya
Wednesday, 31 December 2014
Nahas QZ8501: 3 Mayat berpegangan tangan
INDONESIA . Pembantu juruterbang Hercules C130 Indonesia, Leftenan Satu
Tri Wibowo berkata, dia melihat tiga jasad mangsa pesawat AirAsia
Indonesia QZ8501 terapung dalam keadaan berpegangan tangan.
Jasad itu dilihat terapung di Selat Karimata bersama lapan lagi mayat.
“Ada sekitar tujuh hingga lapan objek menyerupai tubuh manusia. Tiga daripadanya terapung dalam keadaan berpegangan tangan.
“Satu lagi mayat berada di bawah serpihan pesawat. Jadi tak sempat diambil gambar,” katanya.
Tri berkata, kesemua jasad berkenaan dikesan dari ketinggian 150 meter dari atas permukaan air.
Selain mayat, turut ditemui objek keras menyerupai gelongsor kecemasan dan pintu pesawat.
Kesemua objek berkenaan ditemui kira-kira 105 kilometer dari Pangkalan Bun.
“Kedudukan objek tersebut ditemui kira-kira 10 kilometer dari lokasi terakhir pesawat tersebut dikesan,” kata pegawai tentera udara Indonesia, Agus Dwi Putranto.
Beliau berkata, 10 objek itu terdiri dari pintu pesawat, gelongsor kecemasan dan objek berbentuk segi empat.
Seorang jurugambar agensi berita AFP yang menyertai misi Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) mengesahkan ternampak serpihan di atas laut seperti jaket keselamatan, rakit pesawat dan tiub. - Tempo.co

Saturday, 22 November 2014
Ibu Kurung 4 Anak Selama 6 Bulan Dibiarkan Kebuluran
SEORANG wanita di Amerika Syarikat sanggup bertindak
kejam mengurung empat anaknya selama enam bulan dengan niat untuk
membiarkan mereka kebuluran hingga mati.
Ronika Bell, 28, dan kekasihnya, Deron Cuthbertson, 31, dari North Carolina diberkas pihak berkuasa Charlotte-Mecklenburg selepas disyaki melakukan penderaan terhadap kesemua kanak-kanak itu yang berumur enam hingga 10 tahun.
Perbuatan tidak berperikemanusiaan mereka terbongkar selepas keempat-empat mangsa diserahkan kepada bapa mereka, Joshua Bell di Florida, September lalu.
"Mereka kelihatan sangat cengkung dan tidak bermaya hingga terpaksa dihantar ke hospital dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU). Saya terus membuat aduan kepada pihak berkuasa kerana mengesyaki mereka telah didera," katanya.
Susulan daripada itu, Bell dan Cutherbertson telah didakwa atas empat pertuduhan dan dikenakan bon AS$75,000 (RM250,000) untuk setiap dakwaan tersebut.
Keadaan kesihatan kesemua adik beradik tersebut dilaporkan bertambah baik dan mereka kini diletakkan di bawah jagaan bapa mereka menurut laporan Daily Mail.

Friday, 31 October 2014
Liwat II: Tiada Kecederaan Pada Dubur Saiful
PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada sebarang koyakkan atau
luka pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan, 29, yang didakwa diliwat
oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Peguam bela, Ram Karpal Singh dalam hujahannya semalam berkata, semasa keterangan Mohd Saiful mendakwa dia telah diliwat lima minit namun memberitahu pegawai penyiasat serta doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) insiden itu berlaku selama 30 minit.
"Bagaimana tiada sebarang luka pada rektumnya sedangkan dia mendakwa telah diliwat secara rakus dan laju pada masa itu?" soalnya.
Menurutnya keterangan Mohd Saiful telah menimbulkan keraguan jelas.
Beliau berkata, Pegawai Perubatan Hospital Pusrawi, Dr Mohd Osman Abdul Hamid dalam laporannya juga mendapati dubur Mohd Saiful berada dalam keadaan normal.
Sinar Harian

Saturday, 18 October 2014
Cakera Bibir Terbesar Dunia
KETIKA sekumpulan kru filem dari Australia diketuai
sinematografer Abrahem Joffe membuat penggambaran di sebuah kawasan
terpencil selatan Ethiopia, mereka menemui seorang gadis yang mempunyai
cakera bibir terbesar di dunia.
“Ketika kami sedang membuat lawatan bersama beberapa pemandu tempatan, kami menemui gadis yang sangat aneh. Saya adalah seorang peminat Rekod Dunia Guinness dan saya tahu apa yang dilihat adalah sesuatu yang luar biasa,”katanya kepada Mail Online .
Ataye Eligidagne, 20, memiliki cakera bibir dengan ukur lilit 60 sentimeter (cm) dan diameter 20 cm, iaitu dua kali lebih besar daripada saiz purata cakera bibir. Ukuran tersebut sekali gus mengalahkan Rekod Dunia Guinness sebelum ini dengan diameter 15 cm.
Difahamkan, baru-baru ini kerajaan Ethiopia mengambil langkah untuk mengharamkan penggunaan cakera dan kekerapan generasi muda yang menggunakan cakera tersebut juga semakin berkurangan. SH

Thursday, 9 October 2014
Tujuh Atlet Sukan Asia Hilang di Incheon
SEOUL – Pihak berkuasa tempatan kini berusaha mencari tujuh atlet yang dilaporkan hilang selepas acara Sukan Asia dipercayai disebabkan ingin mencari peluang pekerjaan di Korea Selatan, lapor polis.
Mereka terdiri daripada tiga atlet dari Nepal, Sri Lanka (dua) dan masing-masing seorang dari Bangladesh dan Palestin.
“Kami kini menggiatkan usaha mengumpul maklumat di kawasan yang menjadi tumpuan pendatang asing untuk bekerja di negara ini khususnya di bandar Incheon, Bucheon dan Ansan.
“Sebaik sahaja atlet tersebut dikesan, mereka akan dihantar pulang meninggalkan Korea Selatan dengan segera kerana pas visa lawatan mereka akan tamat pada 19 Oktober ini,” kata jurucakap polis.
Sebelum ini, perkara yang sama turut berlaku semasa acara Sukan Asia Busan pada 2002 apabila seramai 16 atlet dari negara Asia Tenggara dan Asia Selatan dilaporkan hilang. Mereka dipercayai tinggal di Korea Selatan untuk bekerja secara haram.
Setiap tahun Korea Selatan mengeluarkan ribuan visa kepada pekerja dari Vietnam, Filipina dan beberapa negara Asia lain untuk menampung kekurangan tenaga kerja, bagaimanapun dipercayai lebih 200,000 pekerja asing bekerja secara haram dalam sektor pembuatan, pembinaan dan industri lain di negara itu. –AFP
Subscribe to:
Posts (Atom)