Jom Buat Duit

Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Friday, 10 August 2012

Bekas pegawai kementerian bakal sertai Pas

SENAI – Seorang bekas pegawai tinggi yang memegang jawatan dalam kementerian dijangka akan menyerahkan borang untuk menyertai Pas, Sabtu ini.
Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed  mengesahkan perkara itu membabitkan pesara awam yang berasal dari Muar, mengikut jejak beberapa pegawai atasan kerajaan sebelum ini yang berlaku di negeri lain untuk menyertai Pas.
Beliau juga mendedahkan beberapa individu termasuk individu bergelar ‘Datuk’ bakal menjadi ahli Pas seumur hidup, dalam tempoh terdekat.

“Majlis pengistiharaan dan penyerahan borang pesara 57 tahun ini  dijadualkan akan berlangsung pada Sabtu ini jam 9.30 malam di Kompleks Pas Kawasan Batu Pahat, Sungai Tongkang, Rengit, Batu Pahat. Majlis ini bersempena sambutan Badar Qubra Peringkat Pas Negeri Johor.
“Lelaki ini yang telah dua tahun bersara datang ke rumah empat hari lalu, dan menyatakan hasrat untuk menjadi ahli Pas seumur hidup.

“Perkara ini merupakan khabar gembira sekaligus memberi impak kepada rakyat Johor keseluruhan dan penerimaan perjuangan Pas oleh mereka khususnya yang pernah berkhidmat dengan kerajaan,”katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Mohfodz berkata, terdapat dua, tiga calon ahli pas bakal menyertai parti itu selepas Aidilfitri termasuk seorang ahli perniagaan bergelar ‘datuk’.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan individu terbabit dan berkata alasan yang penyertaan mereka kerana yakin dengan perjuangan Pas.
Mahfodz juga tidak menolak kemungkinan bekas penjawat awam ini akan dipilih menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-13.

 “Alasan mereka kerana cukup yakin dengan perjuangan Pas, kerana mereka ini sudah lama berkhidmat dalam kerajaan dan tahu banyak masalah dalam pentadbiran lalu memilih Pas.
“Mereka menyertai Pas bukan kerana mahukan jawatan kerana mereka sudah tidak bersara dan berkepentingan itu perkara seperti itu, sokongan terhadap Pas adalah memberi ikrar taat setia dan memperkukuhkan parti ini,” katanya.

Sinarharian

Mahathir: Keluar parti 'risiko' bagi BN

SHAH ALAM - Di sebalik spekulasi bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan dipanggil dalam waktu terdekat, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, kekurangan besar yang sedang dilalui Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri ialah beliau mewarisi sebuah kerajaan yang lemah.

"Masalah di sini bukan Najib... beliau pemimpin sebuah kerajaan yang lemah," kata Dr Mahathir yang menyandang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun sebelum bersara pada Oktober 2003.
Bercakap kepada Bloomberg, Dr Mahathir berkata, sebarang bentuk berpaling tadah akan menyebabkan "BN kalah dalam pilihan raya akan datang."
BN, perikatan 13 parti memerintah Kerajaan Pusat sejak negara merdeka. Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan ke-55 31 Ogos ini. Ia akan disusuli dengan sambutan Hari Malaysia pada 16 September.

Hasil kajian Merdeka Center diumumkan bulan lalu menyebut bahawa Najib, Perdana Menteri yang keenam, masih menikmati paras populariti 'stabil' yang positif.
Bulan lalu, dua ahli Parlimen BN dari Sabah mengisytiharkan tindakan memutuskan 'hubungan dengan parti masing-masing. Empat tahun lalu parti komponen BN di Sabah, Sapp telah keluar daripada perikatan tersebut.

Najib mengambil alih jawatan perdana menteri pada April 2009 - setahun selepas PRU12, yang menyaksikan BN hilang majoriit dua pertiga di Parlimen selain kehilangan kuasa kerajaan di empat lagi negeri.

Dalam temu bual itu, Dr Mahathir berkata, rakan Umno dalam BN iaitu MCA, Gerakan dan MIC telah berhadapan dengan masalah kepimpinan sehingga menyebabkan perikatan itu lemah.
Pun begitu menurut beliau, kedudukan BN lebih baik berbanding 2008.

"Najib lebih popular sekarang," kata Dr Mahathir, yang juga bekas Presiden Umno.
"Sebelum ini, rakyat bukan menentang BN, tetapi mereka marah dengan perdana menteri sebelum ini, keluarganya dan menantunya," kata beliau dengan merujuk kepada penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sinarharian

Sunday, 3 June 2012

PKR cabar PM lantik Shahrizat semula

SHAH ALAM - Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melantik semula Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai anggota Kabinet jika benar tiada sebarang kes ekoran keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membersihkan nama beliau daripada dakwaan dikaitkan dengan isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

"Jika benar Shahrizat sudah bersih dan tiada kes, saya cabar Perdana Menteri melantik semula Shahrizat jadi menteri Kabinet, dikembalikan jawatan menteri yang lama (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)," kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Sambil menolak desakan Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman agar beliau memohon maaf selepas terbukti tidak bersalah ekoran pengumuman hasil siasatan SPRM, Zuraida berkata, tidak timbul soal pihaknya perlu memohon maaf.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail juga berkata, tiada keperluan untuk pihaknya memohon.

"Kami di PKR tidak ada sebab harus memohon maaf. Jika betul Shahrizat tidak bersalah, saya minta Datuk Seri Najib melantik semula Shahrizat ke dalam Kabinetnya," kata Zuraida, yang juga Ahli Parlimen Ampang ini.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan kelmarin, Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil berkata, bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat didapati tidak terbabit dalam proses perolehan pinjaman RM250 juta daripada Kerajaan Persekutuan kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), yang dimilki suami dan anaknya.

Hadenan berkata, kertas siasatan SPRM dan laporan Pejabat Peguam Negara mendapati Shahrizat tidak terlibat dan kes itu ditutup.

Katanya, Ketua Wanita Umno itu tidak terlibat langsung dalam proses perolehan pinjaman yang dibuat oleh suaminya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang juga Pengerusi Eksekutif NFC.

Ekoran isu itu, Shahrizat telah meletakkan jawatan menteri berkenaan apabila tempoh beliau sebagai senator tamat pada 8 April lalu.

Suaminya kini menghadapi perbicaraan di Mahkamah Sesyen di sini atas dua tuduhan pecah amanah melibatkan wang RM49.7 juta dan dua tuduhan melanggar Akta Syarikat 1965.

Walaupun meletakkan jawatan sebagai anggota Kabinet, Shahrizat kekal sebagai  sebagai Ketua Wanita Umno dan Ketua Wanita Barisan Nasional (BN).

Sambil meminta pihak Umno dan BN tidak terlalu gembira dengan kenyataan diumumkan SPRM kelmarin, Zuraida yang merupakan salah seorang daripada beberapa pemimpin PKR menggesa Shahrizat berundur sejak akhir tahun lalu berkata, SPRM seharusnya mendedahkan hasil siasatan kepada umum.

"SPRM mesti mendedahkan hasil siasatan mereka supaya rakyat dapat tahu keadaan sebenar," kata beliau sambil menambah, "dari segi teknikal, kita masih belum tahu proses penganugerahan projek NFC termasuk hubungan Umno."

Oleh itu kata beliau, SPRM perlu mendedahkan hasil siasatan jika benar Shahrizat tidak bersalah sama sekali.

Klik Untuk Saya k... :)

free counters