PENTADBIRAN Aeronautik dan Angkasa Lepas (Nasa)
mengeluarkan penafian selepas sebuah khabar angin yang tersebar secara
meluas di dunia maya mengenai sebuah asteroid didakwa akan melanggar
planet bumi pada bulan September tahun ini.
"Tiada sebarang komet atau asteroid yang berada dalam laluan
pelanggaran (collision course) dengan bumi, jadi kemungkinan berlaku
pelanggaran adalah sangat kecil," kata jurucakap Nasa, awal minggu ini.
"Faktanya, tiada sebarang objek akan berlanggar dengan bumi untuk masa beberapa ratus tahun akan datang," lapor Dailymail.
Khabar angin tersebut yang dikongsi secara meluas mengatakan satu
asteroid akan menghempas bumi di Puerto Rico, mengakibatkan gempa bumi
dan tsunami.
Kesan hempasan tersebut dikatakan akan menghancurkan Amerika Syarikat (AS), Mexico, Afrika Tengah dan Afrika Selatan.
Khabar angin tersebut dikatakan dimulakan oleh Rev Efrain Rodriguez
yang mengatakan beliau seorang nabi dan mendapat khabar tersebut dari
Tuhan.
No comments:
Post a Comment