JAKARTA - Keluarga, rakan-rakan politik dan sahabat handai hari ini
memberi penghormatan terakhir kepada bekas speker Majlis Perundangan
Rakyat (MPR), Taufiq Kiemas yang juga merupakan suami kepada Presiden
Kelima Indonesia, Megawati Soekarnoputri.
Pengebumian dibuat penuh dengan istiadat tentera diadakan di Kalibata
National Heroes Cemetery pada jam 11 pagi tadi yang turut dihadiri oleh
beribu-ribu tetamu termasuk pegawai kerajaan, ahli politik, ahli MPR dan
rakyat republik itu sendiri.
Keranda yang ditutup dengan bendera republik itu tiba dan disambut oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.
Sementara itu, Megawati, anak perempuan mereka dan ahli keluarga yang lain berjalan di belakang keranda.
Menurut jurucakap polis, Sarjan Komander Rikwanto, kira-kira 500
pegawai polis bahagian trafik ditugaskan untuk menjaga keselamatan
semasa majlis pengebumian dijalankan.
Taufiq meninggal dunia dalam usia 70 tahun di sebuah hospital Singapura pada jam 7.05 petang waktu tempatan, semalam.
No comments:
Post a Comment