NEW YORK - Seorang wanita kurus, Sonya Thomas, 44, memecahkan
rekodnya sebelum ini dengan memakan 45 hot dog dan roti ban dalam masa
10 minit dalam pertandingan memakan makanan itu dalam kategori wanita
kelmarin.
Mendapat jolokan labah-labah 'Black Widow', wanita seberat 45
kilogram itu berkata, dia mencapai matlamatnya untuk memakan bilangan
hot dog yang menyamai usianya.
Thomas yang berdarah kacukan Korea-Amerika, merupakan antara 15 peserta pertandingan tersebut.
Dia mengatasi rekodnya pada tahun lalu dengan kelebihan lima hot dog.
Thomas dari Alexandria, Virginia memenangi tali pinggang kejuaraan dan wang tunai sebanyak AS$10,000 (RM31,545).
Dia menyertai Kejuaraan Antarabangsa Memakan Hot Dog Terkenal Nanthan yang berlangsung di Pulau Coney di sini.
Joey Chestnut, 28, mempertahankan kejuaraannya untuk kali keenam
berturut-turut dalam kategori lelaki apabila dia memakan 68 hot dog yang
menyamai rekodnya pada 2009 sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai
AS$10,000.
Kategori lelaki dan wanita itu mula diwujudkan pada tahun lalu.
"Pertandingan secara berasingan adalah sesuatu yang baik kerana tekak
(wanita) lebih kecil. Justeru, kami tidak dapat menelan secepat mereka
(lelaki)," kata Thomas sebelum pertandingan bermula.
Apabila pertandingan makan hot dog itu mula diadakan pada tahun 1916,
pemenang acara berkenaan memakan cuma 13 hot dog dalam masa 10 minit. -
AFP
No comments:
Post a Comment