KUALA TERENGGANU – Seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah
di sini sama sekali tidak menduga beg sandang yang diserahkan seorang
rakan sekolahnya untuk disimpan rupa-rupanya mengandungi mayat seorang
bayi perempuan yang baru dilahirkan.
Rahsia tersebut hanya terbongkar selepas 17 jam mangsa yang berusia
16 tahun menyimpan beg tersebut di bilik asramanya sebelum dia menerima
panggilan daripada pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) yang
memintanya menghantar beg sandang tersebut ke hospital.
Doktor yang memeriksa beg sandang itu menemui mayat seorang bayi perempuan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K.
Manoharan berkata, sebelum kejadian, seorang pelajar sekolah berusia 16
tahun melahirkan seorang bayi perempuan di dalam tandas asrama
sekolahnya pada pukul 1 pagi Selasa lalu.
Menurut beliau, pelajar itu kemudian pergi ke HSNZ pada pukul 6 petang hari sama selepas mendakwa sakit perut.
“Doktor yang memeriksa pelajar itu mendapati pelajar terbabit
sebenarnya baru melahirkan bayi,” kata beliau ketika ditemui di
pejabatnya di sini.
Katanya, selepas ditanya oleh doktor yang merawatnya, pelajar itu
mengaku dia melahirkan seorang bayi perempuan dan menyimpan bayi itu di
dalam beg sandang.
No comments:
Post a Comment