KAREENA Kapoor merupakan salah seorang aktres Bollywood yang cukup
terbuka untuk mengeluarkan pandangannya. Terkini, dia telah menangkis
kenyataan yang telah dibuat oleh dua aktres Bollywood lain iaitu Vidya
Balan dan Sonakshi Sinha.
Vidya dan Sonakshi yang diketahui umum memiliki badan yang sedikit
berisi berbanding Kareena yang langsing sebelum ini menegaskan mereka
selesa dan berasa seksi dengan tubuh mereka itu.
Namun, Kareena menangkis kenyataan Vidya dan Sonakshi itu dengan
menegaskan bahawa sesiapa yang mengatakan gemuk adalah seksi merupakan
sesuatu yang mengarut.
Apa yang nyata, Kareena yang pernah memiliki badan bersaiz kosong itu
menyifatkan kenyataan Vidya dan Sonakshi itu sebagai mengarut.
Ujar Kareena kepada IANS: "Memiliki badan yang gemuk bukan sesuatu
yang seksi! Sesiapa yang mendakwa gemuk adalah seksi, orang itu memang
mengarut. Sebarang wanita yang mendakwa tidak mahu kelihatan kurus
sebenarnya tipu. Menjadi kurus adalah impian setiap wanita."
No comments:
Post a Comment