PASANGAN Natalie Portman dan Benjamin Millepied dilaporkan merancang
perkahwinan mereka pada bulan Ogos ini. Berita tersebut pertama kali
bocor apabila seorang sumber memberitahu In Touch Weekly tentang
perancangan pernikahan pasangan tersebut. Sumber tersebut mengatakan
bahawa Natalie dan Benjamin atau Ben akan berkahwin pada tanggal 5 Ogos.
"Mereka merancang untuk berkahwin di Big Sur, California pada tarikh
tersebut. Lokasi itu dipilih kerana ia merupakan tempat kesukaan Portman
apabila dia mahu berehat," ujar sumber tersebut lagi.
Berita tentang rencana perkahwinan mereka itu telah mematikan khabar
angin sebelum ini kononnya pasangan tersebut telah berkahwin secara
senyap.
Mereka bagaimanapun memang telah bertunang sejak tahun 2010 dan dikurniakan seorang bayi lelaki pada Jun tahun lepas.
No comments:
Post a Comment