PARIS - Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius memberitahu
anggota-anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB) bersetuju supaya diadakan peralihan politik dan Presiden Syria,
Bashar al-Assad perlu meletakkan jawatan.
Persetujuan itu dicapai di Geneva kelmarin dan anggota-anggota majlis
tersebut meminta kerajaan peralihan perlu ditubuhkan bagi menamatkan
konflik di Syria.
Ditanya kenapa Rusia dan China mempunyai perspektif yang berbeza ke atas masa depan Bashar, Fabius berkata:
"Walaupun negara-negara itu menyatakan perkara yang
sebaliknya, fakta dalam teks (persetujuan) tersebut menyatakan secara
terperinci bahawa terdapat satu pentadbiran peralihan dengan semua
kuasa menyatakan ia bukannya Bashar (menjadi pemimpin)."
Konflik di Syria bermula sejak Mac tahun lalu dan kini masih belum dapat diselesaikan.
Lebih 15,000 orang dilaporkan mati dalam konflik tersebut sejak kebangkitan rakyat berlaku di negara tersebut.
Penduduk di negara tersebut mahu Bashar berundur menyebabkan pertempuran berlaku dengan askar-askar Syria.
Sekurang-kurang 83 orang dilaporkan mati dan ratusan terperangkap di
bandar Douma selepas tentera rejim Syria menyerang bandar itu kelmarin.
Kumpulan Pemantau Hak Asasi Manusia di Syria berkata, dalam kejadian
itu, seramai 30 orang mati selepas terkena bedilan mortar semasa
menghadiri majlis pengebumian di bandar Zamalka. - Agensi
No comments:
Post a Comment