LE BOURGET, Perancis - Para penyiasat agensi BEA yang menyiasat
kemalangan udara Perancis menyatakan kesilapan juruterbang dan kegagalan
peralatan yang memberikan data silap sebagai punca sebuah pesawat
syarikat penerbangan Air France terjunam ke dalam Lautan Atlantik pada
tahun 2009.
Agensi itu turut mencadangkan supaya juruterbang diberikan latihan
yang lebih baik dan undang-undang perakuan pesawat dilaksanakan dengan
lebih ketat.
Dalam nahas itu seramai 229 orang terbunuh.
Pendedahan itu dibuat pada satu sidang akhbar tentang punca nahas tersebut di sini semalam.
Pesawat itu terbang dari Rio de Janeiro ke Paris dan terhempas semasa ribut.
Laporan siasatan itu menyatakan salah seorang juruterbang itu di
kokpit menaikkan muncung pesawat Airbus A330 itu yang sepatutnya menurun
sebelum ia terhempas.
Dia bertindak sedemikian kerana sensor memberikan data yang silap tentang kedudukan pesawat berkenaan. - Agensi
No comments:
Post a Comment