KUALA LUMPUR – Persengketaan yang berlaku antara dua pelakon muda,
Nur Anzalna Md. Nasir, 24, dan Noor Neelofa Mohd. Noor, 23, bakal
diselesaikan dalam satu pertemuan yang telah diaturkan oleh Persatuan
Seniman Malaysia (Seniman) hari ini.
Menurut Anzalna, dia sememangnya tidak mahu memanjangkan lagi
persengketaannya dengan Neelofa dan bersedia untuk bertemu pelakon
tersebut agar masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan segera.
“Saya bersedia untuk meminta maaf kerana tidak mahu kontroversi yang
timbul diperbesarkan lagi sehingga terpaksa diselesaikan di mahkamah.
“Lagipun banyak lagi kerja lain yang perlu dilakukan berbanding
terpaksa naik turun mahkamah kerana ia akan mengganggu jadual kerja
kami.
“Itu sahaja kenyataan yang dapat saya jelaskan buat masa ini. Segala
penjelasan yang lebih lanjut akan terjawab dalam satu sidang akhbar
anjuran Seniman yang akan diadakan esok (hari ini),” ujarnya ketika
dihubungi Kosmo! semalam.
No comments:
Post a Comment