BEAUFORT – Seorang suami yang ‘naik hantu’ selepas mengesyaki
isterinya mempunyai hubungan sulit bertindak nekad apabila membelasah
kekasih gelap wanita itu hingga mati dalam kejadian di pekarangan
pejabat Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak (JPHPT)
Beaufort dekat sini kelmarin.
Kejadian pukul 3.15 petang itu berlaku apabila suspek berusia 55
tahun datang ke pejabat berkenaan sebelum membelasah mangsa yang
merupakan kontraktor dikenali sebagai Hasan Tahir, 57, hingga lembik.
Selepas dibelasah, mangsa sempat melarikan diri ke bangunan Giat Mara
yang terletak di sebarang jalan sebelum pengsan. Dia disahkan mati
ketika dirawat di Hospital Beaufort.
Difahamkan, mangsa mengenali isteri suspek selepas mereka bertemu
ketika lelaki itu mempunyai urusan di pejabat wanita itu beberapa tahun
lalu. Mangsa telah berkeluarga.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Mustaffa Maarof
Mustaffa berkata, siasatan awal mendapati suspek cemburu apabila
mengesyaki isterinya yang merupakan kakitangan JPHPT berusia lingkungan
40-an mempunyai hubungan sulit dengan mangsa.
No comments:
Post a Comment