AIDILFITRI tahun ini pasti lebih bermakna buat vokalis kumpulan
Peterpan, Ariel berikutan dia akan dibebaskan ketika umat Islam sudah
empat hari menjalani ibadah puasa.
Ariel atau Nazril Irham dijadual dibebaskan pada 23 Julai ini selepas
dijatuhi hukuman penjara 36 bulan pada Januari 2011 atas kesalahan
mengedar bahan lucah.
"Kita tidak bertanya perasaan Ariel tetapi dari raut wajahnya, kita
tahu dia sangat gembira. Tidak perlu ditanyakan tetapi kegembiraan itu
dilihat mengalir begitu sahaja. Yang pasti kita mengerti perasaannya,
dambaannya dan harapannya," ujar Acin yang merupakan penerbit Music,
label rakaman naungan Peterpan.
"Ya saya rasa bukan saya saja yang senang. Malah keluarga Ariel,
keluarga besar industri muzik Indonesia dan teman-teman artis.
Teman-teman media semua saya rasa juga pastinya menginginkan seperti
itu," ujar Ibu Acin.
Peterpan yang terkenal dengan lagu Hari Yang Cerah berhenti daripada berkarya sejak Ariel ditahan pada Jun 2010.
Ariel mempunyai seorang anak perempuan namun rumah tangganya dengan Sarah Amalia berakhir pada 2008.
No comments:
Post a Comment