Jom Buat Duit
Monday, 7 May 2012
Hanya Demi
Selepas tujuh bulan membuat pengumuman bercerai dengan suaminya, Ashton Kutcher, Demi Moore baru-baru ini seperti sudah benar-benar mahu membuang Kutcher daripada kehidupannya.
Sebagai bukti, selepas tiga bulan 'berhenti' daripada dunia Twitter, dia kini kembali aktif. Dia sebaliknya tidak kembali aktif dengan akaun lama miliknya iaitu @mrskutcher, sebaliknya, Moore telah kembali dengan nama akaun baharu iaitu @justdemi.
"Susah juga untuk mencari nama yang lucu dan masih tidak digunakan orang. Akhirnya saya menemui nama ini, @justdemi," tulis Moore dalam akaun Twitternya.
Aktres berusia 49 tahun itu juga mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminatnya yang telah memberi cadangan terhadap nama baharunya itu.
Moore mempunyai seramai 4.9 juta pengikut di Twitter.
Sebelum ini dia pernah menulis di Twitter miliknya bahawa menukar nama akaun tidak menjadi keutamaannya, namun kini hal itu telah berubah. Untuk kembali aktif, dia selesa menggunakan nama akaun yang memberi gambaran untuk dirinya seorang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment