DEV PATEL dan kekasihnya, Freida Pinto sering bertukar pendapat tentang karier mereka.
DEV PATEL memang cukup sinonim dengan watak Jamal yang dibawanya
dalam filem fenomena, Slumdog Millionaire. Kini, selepas empat tahun
filem tersebut disiarkan, kerjaya seni Dev pantas berkembang. Bakatnya
semakin diiktiraf penggiat seni Hollywood.
Dev yang baru menyambut ulang tahun ke-22nya bercakap tentang
kehidupan masa kini, cabaran berlakon di Hollywood serta kisah cinta dia
dengan aktres, Freida Pinto.
Bagaimana filem Slumdog Millionaire telah merubah kehidupan anda?
Terlalu banyak yang telah berubah selepas filem itu berjaya. Saya
telah menjadi orang yang lebih matang. Dari segi kerjaya, saya
dikelilingi banyak artis berbakat besar yang telah membuat saya mahu
bersaing dengan mereka. Sikap yakin diri saya juga bertambah.
Adakah bakat anda sebagai aktor diperlekeh di Hollywood?
Ya, saya tidak boleh menafikan hal itu. Kadang-kala saya hanya diberi
watak sampingan yang jika dilihat, tidak perlu ada pun tak mengapa.
Tapi secara peribadi, saya mengambil ia sebagai cabaran untuk diri
sendiri supaya saya tidak cepat lupa dan berasa selesa.
Anda masih berhubung dengan Danny Boyle? Ada perancangan untuk kembali bekerjasama?
Ada juga kami berhubung. Setakat ini memang tidak ada tawaran, tapi
jika dia menawarkan saya watak untuk filem arahannya, saya akan menerima
tanpa berfikir.
Anda dan Freida Pinto sangat sibuk. Bagaimana kalian meluangkan masa bersama?
Buat masa sekarang, secara kebetulan, saya sedang menjalani rakaman
sebuah program televisyen di Los Angeles dan dia juga berada di sini
kerana terbabit dengan projek filemnya. Jadi kami banyak menghabiskan
masa bersama. Jika kami sibuk dan tidak dapat bertemu, kami akan
berhubung melalui telefon dan Skype.
Adakah Bollywood akan melihat gandingan kalian lagi?
Saya tak kisah, tapi secara jujur, tawaran yang datang masih belum
menambat hati saya untuk bersetuju berlakon dalam naskhah tersebut.
No comments:
Post a Comment