NORSHAMIELLA dilaporkan hilang selepas keluar membeli nasi lemak berhampiran rumahnya di Labu, Seremban pada 20 April lalu.
SEREMBAN - Seorang ibu kini terpaksa menahan kerinduan setiap hari
kepada anak gadisnya yang hilang selepas keluar membeli nasi lemak bulan
lalu.
Afidah Abdul Aziz, 46, dari Taman Gadong Indah, Labu dekat sini
berkata, Norshamiella Mad Alias, 19, hilang ketika keluar membeli
sarapan pada pukul 8.30 pagi, 20 April lalu dan tidak pulang selepas
itu.
Katanya, sejak itu, dia sekeluarga bimbang dengan keselamatan anak kedua daripada tiga beradik tersebut.
"Saya tidak tahu apa yang menyebabkan Norshamiella tidak balik kerana
kami tidak pernah bertengkar atau berlaku perselisihan faham.
"Sebelum menghilangkan diri, saya selalu menasihatkan dia supaya
menyambung pengajian dan tidak leka berseronok dengan rakan-rakan,"
katanya ketika ditemui di sini semalam.
Ujarnya, dia sekeluarga sudah puas mencari Norshamiella di beberapa
tempat tetapi gagal dan menurut rakan-rakannya, anaknya itu mengikut
seorang lelaki dipercayai teman lelakinya berusia 24 tahun dan bekerja
di Petaling Jaya, Selangor.
No comments:
Post a Comment