MOHD.
ASRI didakwa memukul kepala isterinya dengan topi keledar ketika mangsa
menjamu selera di Kelab Golf dan Desa Kelantan di Pengkalan Chepa, Kota
Bharu ini.
Majistret Mohd. Fazaly Ali Mohd. Ghazaly menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Mohd. Asri Ahamed @ Mohammad, 26, selepas tertuduh mengaku bersalah.
Beliau kemudian mengarahkan Mohd. Asri untuk menjalani hukuman itu selepas dia menamatkan hukuman dua tahun penjara dan tiga sebatan yang sedang dilaluinya itu.
Ketika kejadian, Mohd. Asri yang merupakan seorang kedi golf didakwa memukul Nik Rosdiana Mohamed, 22, dengan topi keledar sehingga mencederakan mangsa di kantin Kelab Golf dan Desa Kelantan, Pengkalan Chepa di sini pada pukul 8 malam, 3 Mei lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat jika sabit kesalahan.
Kosmo

No comments:
Post a Comment