Jom Buat Duit

Sunday 5 August 2012

Rekod terjun udara dipecahkan di Illinois

OTTAWA, Illinois - Menjunam pada kelajuan mencecah 355 kilometer sejam, hampir 140 penerjun udara memecahkan rekod dunia apabila mereka terbang membentuk formasi emping salji di negeri Illinois, Amerika Syarikat.

Tiga hakim mewakili agensi sukan udara Persekutuan Aeronautik Antarabangsa mengesahkan bahawa seramai 138 penerjun udara menghasilkan formasi tersebut petang kelmarin di sini, sekitar 130 kilometer ke barat daya bandar raya Chicago.

Pasukan itu melakukan 15 percubaan selama tiga hari sebelum dapat memecahkan rekod sebelum ini yang dicatat oleh 108 penerjun udara pada 2009.

"Saya berasa hebat," kata Rook Nelson yang merupakan penganjur dan pemilik pasukan penerjun udara Skydive Chicago yang membuat terjunan itu.

Pasukan berkenaan melakukan terjunan tersebut dari sebuah pesawat pada ketinggian 5,640 meter di udara. - AP

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters