Jom Buat Duit

Saturday 4 August 2012

Michael Phelps lakar sejarah

LONDON - Kehebatan perenang sensasi Amerika Syarikat (AS), Michael Phelps (gambar) dalam temasya Olimpik sememangnya sukar dicabar.
Semalam di Pusat Akuatik Olimpik, Phelps mengungguli saingan 200 meter rampaian individu lelaki sekali gus muncul perenang pertama memenangi acara individu yang sama buat kali ketiga berturut-turut.

Phelps mencatat masa 1:54.27 saat dan mengatasi rakan senegara, Ryan Lochte (1:54.90s) yang meraih perak manakala perenang Hungary, Laszlo Cseh meraih gangsa dengan catatan 1:56.22s.
Phelps merupakan pemenang pingat emas acara itu pada temasya Olimpik Athens 2004 dan juga temasya Beijing pada 2008.
Ia juga merupakan pingat Olimpik yang ke-20 buat Phelps setakat ini dengan 16 daripadanya merupakan pingat emas.

"Ia sememangnya satu kemenangan yang cukup beremosi.
"Ini merupakan penampilan terakhir saya dalam temasya Olimpik, jadi anda tidak akan melihat saya lagi dalam mana-mana kejohanan selepas ini," kata Phelps.

Lebih bermakna, pencapaian Phelps itu berjaya mengubati kekecewaannya daripada melakar keputusan hatrik dalam acara 400m rampaian dan 200m kuak kupu-kupu sebelum ini.
"Saya dapat melihat dengan jelas raut wajah gembira ibu dan kakak saya di tempat penyokong. Sudah tentu kejayaan ini untuk keluarga saya memandangkan saya satu-satunya legasi terakhir keluarga yang masih belum bersara daripada sukan ini.

"Selain itu, saya juga gembira dapat berkongsi podium bersama Lochte dan Cseh sekali lagi kerana di Beijing empat tahun lepas, Cseh mendapat pingat perak dan Lochte pula gangsa," katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters