Jom Buat Duit

Saturday 4 August 2012

Beregu Malaysia mampu hadiahkan kejutan


KIEN KEAT (kiri) dan Boon Heong berpeluang melakar kejutan pada Sukan Olimpik kali ini.


"BILA kita tidak mengharapkan apa-apa daripada pasangan beregu Koo-Tan, mereka berjaya pula menghadiahkan kejutan kepada kontinjen negara."
Itu komen Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong terhadap kejayaan beregu lelaki negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong melangkah ke pusingan separuh akhir acara badminton beregu lelaki pada Sukan Olimpik 2012 London.

Kien Keat-Boon Heong meneruskan kemaraan selepas menewaskan beregu Thailand, Bodin Isara-Maneepong Jongjit pada peringkat suku akhir kelmarin.
Hari ini, beregu negara itu akan berdepan jaguh dari China, Cai Yun-Fu Haifeng di peringkat separuh akhir.
Menurut Zolkples, pasangan beregu negara itu telah mempamerkan rentak permainan yang meyakinkan sepanjang temasya Olimpik kali ini dan dia berharap rentak tersebut dapat diteruskan pada aksi menentang beregu China hari ini.
"Memang kami tidak mengharapkan Koo-Tan boleh melangkah sejauh ini, tetapi mereka telah membuktikan bahawa mereka sememangnya bersedia untuk melakukan sesuatu pada temasya di London ini.
"Semua sedia maklum, sandaran dalam acara badminton diletakkan di bahu (Datuk) Lee Chong Wei, tetapi setakat ini beregu lelaki kita pula tampil hebat.

"Saya rasa Koo-Tan berada pada prestasi terbaik pada Olimpik kali ini dan ia memang tepat pada masanya. Saya lihat mereka dapat peak form tepat pada masanya," kata Zolkples.
Ditanya mengenai peluang beregu negara itu ke atas Cai Yun-Haifeng, Zolkples berkata, bahawa pertemuan tersebut tidak memihak kepada sesiapa.

"Walaupun rekod pertemuan lebih kepada beregu China itu tetapi prestasi mereka (Cai Yun-Haifeng) tidak begitu mengerunkan.
"Saya lebih suka beregu negara bertemu beregu China pada separuh akhir kerana mereka sudah mengetahu gaya permainan masing-masing.
"Kalau kita menentang Indonesia mahupun Korea Selatan, pemain kita selalunya mengalami masalah mental block.

"Saya pun tak faham kenapa setiap kali beraksi menentang beregu daripada dua negara berkenaan, pemain kita macam mati langkah. Sebab itulah saya lebih suka mereka menentang beregu China terlebih dahulu," katanya.
Menurutnya, jika Kien Keat-Boon Heong berjaya meneruskan kemaraan, kontinjen negara boleh mengharapkan kejayaan lebih besar daripada sukan badminton.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters