Jom Buat Duit

Friday 3 August 2012

Beregu negara ke separuh akhir


KIEN KEAT (depan) Boon Heong melangkah ke peringkat separuh akhir acara badminton semalam.
 

HANYA selangkah lagi buat jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei untuk mara ke final acara badminton Sukan Olimpik 2012 di London.
Chong Wei (gambar kecil) mengesahkan slot ke peringkat separuh akhir dalam acara badminton perseorangan lelaki selepas menewaskan Kashyap Parupalli dari India 21-19, 21-11 pada aksi suku akhir di Arena Wembley awal pagi tadi.

Bagaimanapun, tugas getir dijangka menanti pemain No. 2 dunia itu apabila berdepan bintang muda China, Chen Long yang turut mara ke kelompok empat pemain terbaik selepas menundukkan Peter Hoeg Gade dari Denmark 21-16, 21-13.

Berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pemain, ternyata ia lebih memihak kepada Chong Wei yang berjaya mencatat enam kemenangan daripada 10 perlawanan sebelum ini.
Chong Wei diletakkan sebagai sandaran utama bagi membawa pulang pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia pada temasya kali ini.

Terdahulu, beregu lelaki negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong beraksi cemerlang apabila turut mengesahkan slot ke separuh akhir selepas menewaskan Bodin Isara- Maneepong Jongjit dari Thailand 21-16, 21-18.

Skrip yang sama turut akan diharungi oleh Kien Keat-Boon Heong apabila mereka dijadual menentang beregu China, Cai Yun-Fu Haifeng pada separuh akhir esok.
Pasangan China itu mara selepas menundukkan beregu senegara mereka, Chai Biao-Guo Zhendong 21-15, 21-19 dalam satu lagi aksi suku akhir semalam.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters