INDONESIA . Pembantu juruterbang Hercules C130 Indonesia, Leftenan Satu
Tri Wibowo berkata, dia melihat tiga jasad mangsa pesawat AirAsia
Indonesia QZ8501 terapung dalam keadaan berpegangan tangan.
Jasad itu dilihat terapung di Selat Karimata bersama lapan lagi mayat.
“Ada sekitar tujuh hingga lapan objek menyerupai tubuh manusia. Tiga daripadanya terapung dalam keadaan berpegangan tangan.
“Satu lagi mayat berada di bawah serpihan pesawat. Jadi tak sempat diambil gambar,” katanya.
Tri berkata, kesemua jasad berkenaan dikesan dari ketinggian 150 meter dari atas permukaan air.
Selain mayat, turut ditemui objek keras menyerupai gelongsor kecemasan dan pintu pesawat.
Kesemua objek berkenaan ditemui kira-kira 105 kilometer dari Pangkalan Bun.
“Kedudukan objek tersebut ditemui kira-kira 10 kilometer dari lokasi
terakhir pesawat tersebut dikesan,” kata pegawai tentera udara
Indonesia, Agus Dwi Putranto.
Beliau berkata, 10 objek itu terdiri dari pintu pesawat, gelongsor kecemasan dan objek berbentuk segi empat.
Seorang jurugambar agensi berita AFP yang menyertai misi Pasukan
Mencari dan Menyelamat (SAR) mengesahkan ternampak serpihan di atas laut
seperti jaket keselamatan, rakit pesawat dan tiub. - Tempo.co
Jom Buat Duit
Wednesday, 31 December 2014
Saturday, 22 November 2014
Ibu Kurung 4 Anak Selama 6 Bulan Dibiarkan Kebuluran
SEORANG wanita di Amerika Syarikat sanggup bertindak
kejam mengurung empat anaknya selama enam bulan dengan niat untuk
membiarkan mereka kebuluran hingga mati.
Ronika Bell, 28, dan kekasihnya, Deron Cuthbertson, 31, dari North Carolina diberkas pihak berkuasa Charlotte-Mecklenburg selepas disyaki melakukan penderaan terhadap kesemua kanak-kanak itu yang berumur enam hingga 10 tahun.
Perbuatan tidak berperikemanusiaan mereka terbongkar selepas keempat-empat mangsa diserahkan kepada bapa mereka, Joshua Bell di Florida, September lalu.
"Mereka kelihatan sangat cengkung dan tidak bermaya hingga terpaksa dihantar ke hospital dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU). Saya terus membuat aduan kepada pihak berkuasa kerana mengesyaki mereka telah didera," katanya.
Susulan daripada itu, Bell dan Cutherbertson telah didakwa atas empat pertuduhan dan dikenakan bon AS$75,000 (RM250,000) untuk setiap dakwaan tersebut.
Keadaan kesihatan kesemua adik beradik tersebut dilaporkan bertambah baik dan mereka kini diletakkan di bawah jagaan bapa mereka menurut laporan Daily Mail.

Friday, 31 October 2014
Liwat II: Tiada Kecederaan Pada Dubur Saiful
PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada sebarang koyakkan atau
luka pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan, 29, yang didakwa diliwat
oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Peguam bela, Ram Karpal Singh dalam hujahannya semalam berkata, semasa keterangan Mohd Saiful mendakwa dia telah diliwat lima minit namun memberitahu pegawai penyiasat serta doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) insiden itu berlaku selama 30 minit.
"Bagaimana tiada sebarang luka pada rektumnya sedangkan dia mendakwa telah diliwat secara rakus dan laju pada masa itu?" soalnya.
Menurutnya keterangan Mohd Saiful telah menimbulkan keraguan jelas.
Beliau berkata, Pegawai Perubatan Hospital Pusrawi, Dr Mohd Osman Abdul Hamid dalam laporannya juga mendapati dubur Mohd Saiful berada dalam keadaan normal.
Sinar Harian

Saturday, 18 October 2014
Cakera Bibir Terbesar Dunia
KETIKA sekumpulan kru filem dari Australia diketuai
sinematografer Abrahem Joffe membuat penggambaran di sebuah kawasan
terpencil selatan Ethiopia, mereka menemui seorang gadis yang mempunyai
cakera bibir terbesar di dunia.
“Ketika kami sedang membuat lawatan bersama beberapa pemandu tempatan, kami menemui gadis yang sangat aneh. Saya adalah seorang peminat Rekod Dunia Guinness dan saya tahu apa yang dilihat adalah sesuatu yang luar biasa,”katanya kepada Mail Online .
Ataye Eligidagne, 20, memiliki cakera bibir dengan ukur lilit 60 sentimeter (cm) dan diameter 20 cm, iaitu dua kali lebih besar daripada saiz purata cakera bibir. Ukuran tersebut sekali gus mengalahkan Rekod Dunia Guinness sebelum ini dengan diameter 15 cm.
Difahamkan, baru-baru ini kerajaan Ethiopia mengambil langkah untuk mengharamkan penggunaan cakera dan kekerapan generasi muda yang menggunakan cakera tersebut juga semakin berkurangan. SH

Thursday, 9 October 2014
Tujuh Atlet Sukan Asia Hilang di Incheon
SEOUL – Pihak berkuasa tempatan kini berusaha mencari tujuh atlet yang dilaporkan hilang selepas acara Sukan Asia dipercayai disebabkan ingin mencari peluang pekerjaan di Korea Selatan, lapor polis.
Mereka terdiri daripada tiga atlet dari Nepal, Sri Lanka (dua) dan masing-masing seorang dari Bangladesh dan Palestin.
“Kami kini menggiatkan usaha mengumpul maklumat di kawasan yang menjadi tumpuan pendatang asing untuk bekerja di negara ini khususnya di bandar Incheon, Bucheon dan Ansan.
“Sebaik sahaja atlet tersebut dikesan, mereka akan dihantar pulang meninggalkan Korea Selatan dengan segera kerana pas visa lawatan mereka akan tamat pada 19 Oktober ini,” kata jurucakap polis.
Sebelum ini, perkara yang sama turut berlaku semasa acara Sukan Asia Busan pada 2002 apabila seramai 16 atlet dari negara Asia Tenggara dan Asia Selatan dilaporkan hilang. Mereka dipercayai tinggal di Korea Selatan untuk bekerja secara haram.
Setiap tahun Korea Selatan mengeluarkan ribuan visa kepada pekerja dari Vietnam, Filipina dan beberapa negara Asia lain untuk menampung kekurangan tenaga kerja, bagaimanapun dipercayai lebih 200,000 pekerja asing bekerja secara haram dalam sektor pembuatan, pembinaan dan industri lain di negara itu. –AFP
Thursday, 11 September 2014
Ibu lima anak ditangkap khalwat
Sekadar Gambar Hiasan
MUAR – Seorang kakitangan kerajaan sebuah jabatan di daerah ini bersama
teman wanitanya yang merupakan peniaga gerai makanan ditangkap khalwat
dalam sebuah kereta di Jalan Meriam di sini, kelmarin.Kadi Daerah Muar, Dzulkifli Mohamed berkata, pasangan yang berusia 48 tahun dan 37 tahun itu masing-masing berstatus suami dan isteri orang ditahan empat anggota Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Muar kira-kira jam 10 malam.
Menurutnya, tangkapan ke atas mereka hasil daripada maklumat orang awam dan risikan yang dilakukan sejak tiga hari lalu.
“Kita mengetuk cermin kenderaan pelbagai guna (MPV) dan menunggu kira-kira lima minit sebelum pintu dibuka dan mendapati pasangan berkenaan lengkap berpakaian serta sedang duduk dalam kereta itu.
“Kita tahan pasangan ini kerana duduk berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan serta gagal menunjukkan sebarang dokumen mengesahkan mereka mempunyai hubungan mahram atau suami isteri,” katanya.
Beliau berkata, lelaki terbabit dan wanita yang mempunyai lima anak itu dibawa ke Balai Polis Muar untuk membuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama Daerah Muar untuk siasatan lanjut dan dijamin rakan masing-masing.
“Mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b atau Seksyen 29(1) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.
Sementara itu, menurut sumber, pasangan terbabit dipercayai sudah lama menjalinkan hubungan terlarang tanpa pengetahuan pasangan masing-masing dan melakukan perbuatan terkutuk di dalam kereta wanita itu jenis MPV.
Katanya, wanita yang menetap di Kampung Kelantan itu sering menggunakan alasan keluar ke pasaraya berhampiran untuk membeli barangan keperluan gerai pisang goreng yang diusahakan bersama suami untuk bertemu kekasihnya di Jalan Meriam, di sini.
“Bagaimanapun, perbuatan terkutuk wanita itu terbongkar apabila ditahan sepasukan anggota Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Muar,” katanya. Sinar
Friday, 5 September 2014
Wanita Thailand Miliki Tangan Terbesar Di dunia
BANGKOK - Seorang wanita berusia 59 tahun dipercayai memiliki sepasang tangan terbesar di dunia apabila setiap satu tangannya mencecah berat 9.5 kilogram, lapor akhbar MailOnline semalam.
Wanita itu, Duangjay Samaksamam terpaksa hidup dengan tangan gergasinya lebih 50 tahun kerana menghidap penyakit macrodystrophia lipomastosa.
Penyakit itu berlaku kerana lemak berkumpul di kedua-dua lengan menyebabkan ia membengkak dari bahagian bahu hingga ke jari.
"Tangan saya amat berat sehingga saya tidak mampu menyikat atau menyapu syampu rambut, ia amat sukar. Beberapa doktor berkata satu-satunya cara penyelesaian ialah dengan memotong kedua-dua tangan jika saya mahu berjalan dengan bebas. Namun, saya enggan berbuat demikian," katanya.
Seorang pakar bedah, Dr. Eiju Uchinuma pula berkata, kes tersebut amat luar biasa, malah punca penyakit itu juga masih tidak diketahui dan ia tidak boleh diubati. - Agensi
Subscribe to:
Posts (Atom)