OTTAWA - Kejatuhan nilai Facebook di pasaran saham mungkin menjadi
petanda buruk yang akan menimpa syarikat laman sosial gergasi itu pada
masa akan datang.
Penganalisis Kanan Pelaburan, Eric Jackson meramalkan, nilai Facebook
akan jatuh seperti syarikat gergasi Internet, Yahoo untuk tempoh lapan
tahun lagi kerana persaingan dengan syarikat pengeluar telefon pintar
yang kini menyediakan pelbagai aplikasi baru lebih menarik.
"Menjelang 2020, laman sosial dan web portal mungkin tidak lagi menjadi
pilihan utama golongan remaja berbanding aplikasi telefon pintar,"
katanya.
Jom Buat Duit
Showing posts with label Facebook. Show all posts
Showing posts with label Facebook. Show all posts
Monday, 11 June 2012
Friday, 8 June 2012
Duda ditipu kekasih Facebook
KUALA LUMPUR – Seorang duda berusia 60 tahun yang kemaruk bercinta
selepas terpedaya dengan ayat-ayat manis oleh ‘kekasihnya’ bergelar Myra
Sayed di laman sosial Facebook sejak dua tahun lalu kerugian RM66,000
selepas ditipu satu sindiket melibatkan warga Afrika.
Pengurus di sebuah syarikat swasta di sini terjebak dalam jerat percintaan itu selepas dia termakan kata-kata Myra, 31, yang mendakwa akan pulang ke tanah air selepas sekian lama menetap di United Kingdom.
Sehubungan itu, suspek telah memintanya supaya mencarikan rumah untuk memudahkannya tinggal sebaik tiba di negara ini.
Untuk melicinkan penipuan itu, suspek memberitahu yang dia telah menghantar bungkusan mengandungi wang dan beberapa barangan berharga sebagai penghargaan kerana mangsa telah membantunya.

Wednesday, 6 June 2012
Zuckerberg disaman kes saham Facebook
GAMBAR menunjukkan paparan harga saham Facebook di bangunan NASDAQ Marketsite, New York kelmarin.
NEW YORK - Beberapa pelabur mendakwa Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg mengetahui lebih awal bahawa saham laman jaringan sosial berkenaan adalah terlebih nilai, lapor akhbar Herald Sun semalam.
Dakwaan mereka yang dikemukakan dalam satu saman baru-baru ini turut menyatakan Zuckerberg menjual sebahagian besar saham Facebook sebelum harga saham tersebut menjunam di bursa AS.
Menurut laman berita hiburan TMZ, saman itu mendakwa bahawa Zuckerberg menyembunyikan maklumat daripada kebanyakan pelabur bahawa model perniagaan Facebook tidak cukup kukuh bagi memperoleh pendapatan pengiklanan untuk menyokong tawaran awam pada nilai AS$38 (RM121.55) sesaham.
Saman berkenaan mendakwa bahawa bank Morgan Stanley, J.P. Morgan Chase dan Goldman Sachs telah memberi amaran kepada Zuckerberg bahawa Facebook telah dinilai terlalu tinggi.
Namun, maklumat tersebut hanya didedahkan kepada kelompok pelabur Facebook terbesar sahaja.
Saham Facebook susut hampir 30 peratus sejak mula diniagakan di bursa saham AS dengan harga AS$38 (RM120) pada 18 Mei lalu.
Kelmarin, saham Facebook merosot AS$0.82 (RM2.58) kepada AS$26.90 (RM84.96). - Agensi
Wednesday, 23 May 2012
Saham Facebook jatuh
GAMBAR fail pada 18 Mei lalu menunjukkan Zuckerberg
(memegang mikrofon) berdiri di ibu pejabat Facebook di Menlo Park,
California.
NEW YORK - Harga saham Facebook jatuh lebih lima peratus semalam selepas ia menjuman 11 peratus kelmarin.Dalam dagangan semalam, harga saham itu ialah pada AS$31.92 (RM) merosot berbanding AS$34.03 (RM) kelmarin.
Saham Facebook sebelum ini dibuka pada harga AS$38 (RM118.63) seunit yang merupakan tawaran awam permulaan (IPO) kedua terbesar di AS.
Kejatuhan tersebut berlaku selepas sesi dagangan bergelora pada Jumaat lalu yang menyaksikan saham Facebook meningkat pada awal dagangan sebelum kembali merudum pada hari yang sama.
"Pelabur runcit takut untuk membeli saham Facebook. Kebanyakan orang sebelum ini menyangka ia satu pelaburan yang amat menguntungkan.
"Justeru apabila situasi sebaliknya berlaku, tiada siapa tahu sejauh mana saham ini akan merudum," kata Eksekutif Dana Internet Sosial, Lou Kerner.
Menurutnya, situasi tersebut didorong sentimen negatif sebahagian pelabur yang sangsi sama ada Facebook dapat terus berkembang dan mencatat lebih banyak keuntungan pada masa depan.
Salah seorang pengasas Facebook ialah Mark Zuckerberg.
Pada Sabtu lalu, beliau melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya, Priscilla Chan.
Majlis tersebut dihadiri sekitar 100 tetamu di kediaman Zuckerberg di Palo Alto, California.
Ia berlangsung sehari selepas Facebook membuat IPO bagi menjual sahamnya di pasaran terbuka. - Agensi

Monday, 21 May 2012
Zuckerberg berkahwin dengan kekasih Cina
AKAUN Facebook Zuckerberg menyiarkan gambar perkahwinannya kelmarin.
SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya, Priscilla Chan kelmarin.
Majlis tersebut dihadiri sekitar 100 tetamu di kediaman Zuckerberg di Palo Alto, California.
Ia berlangsung sehari selepas Facebook membuat Tawaran Awam Awal (IPO) bagi menjual sahamnya di pasaran terbuka.
Zuckerberg, 28, memberikan sebentuk cincin batu delima kepada Chan, 27.
Para tetamu menjangkakan menghadiri majlis sambutan hari graduan Priscilla, tetapi mereka dikejutkan dengan majlis perkahwinan itu.
Antara tetamu yang hadir termasuk Ketua Pegawai Operasi Facebook, Sheryl Sandberg.
Pada majlis yang diadakan secara tertutup itu, Zuckerberg memakai sut biru gelap dengan kemeja putih dan bertali leher.
Chan memakai gaun perkahwinan berwarna putih.
Pasangan tersebut kini menukar status mereka di Facebook sebagai 'sudah berkahwin'.
Persediaan perkahwinan itu dirancang selama beberapa bulan kerana Zuckerberg menunggu Chan menamatkan pengajian dalam bidang perubatan di Sekolah Perubatan San Francisco, Universiti California.
Zuckerberg yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Facebook mula berkenalan dengan Chan di Universiti Harvard, AS pada tahun 2004.
Menurut profil Chan, dia merupakan graduan Universiti Harvard pada tahun 2007.
Dia kemudian melanjutkan pelajaran dalam bidang sains di Sekolah Harker, San Jose sebelum mengikuti pengajian dalam bidang perubatan.
Profil itu turut menyatakan wanita berbangsa Cina-Amerika itu suka memasak. - Agensi
Saturday, 19 May 2012
Minta cerai kerana status dalam Facebook
AURANGABAD: Seorang wanita India menuntut cerai selepas suaminya enggan mengubah statusnya kepada berkahwin dalam laman sosial Facebook.
Wanita berusia 28 tahun itu memfailkan tuntutannya itu di mahkamah keluarga dengan berkata, dia tidak lagi mempercayai suaminya selepas dia gagal mengumumkan perkahwinan mereka dalam laman web itu.
Perkahwinan pasangan Telugu yang diatur oleh keluarga itu berlangsung dua bulan lalu dan kes itu difailkan di mahkamah di Aurangabad, tempat wanita itu menetap.
Menurut akhbar Deccan Chronicle, suaminya memberitahu mahkamah, dia terlupa untuk mengemaskinikan statusnya tetapi hakim memberi kedua-dua pihak masa enam bulan untuk menjalani kaunseling.
Bercakap kepada akhbar yang berpejabat di India itu, peguam, Subash berkata: “Saya mengetahui mengenai kes itu daripada majistret di Aurangabad.
Si suami yang berasal dari Hyderabad memberitahu hakim bahawa dia terlalu sibuk dengan keluarganya dan perniagaan perabotnya selepas berkahwin sehingga tidak ada masa untuk membuka Facebook atau menukar statusnya.
“Kini dia bersedia berbuat demikian malah sanggup menutup akaunnya. Bagaimanapun, wanita itu tidak berminat untuk meneruskan perkahwinan itu dan berkata, suaminya mungkin berlaku curang di belakangnya.
Walaupun tidak banyak kes perceraian membabitkan pertukaran status hubungan, Facebook semakin kerap digunakan sebagai sumber bukti dalam kes perceraian, menurut peguam.
Menurutnya, terdapat peningkatan sebanyak 50 peratus dalam jumlah tuntutan cerai bersabit tingkah laku mengandungi perkataan ‘Facebook’ sepanjang dua tahun lalu.
Pengarah Urusan Divorce-Online, Mark Keenan berkata: “Pengguna menggunakan facebook untuk menghubungi bekas kekasih. Walaupun mulanya berniat baik, tetapi akhirnya akan mencetuskan masalah. Sekiranya ada orang yang mahu menjalinkan hubungan sulit atau main kayu tiga dengan jantina bertentangan, ia tempat paling baik.” - DM
Subscribe to:
Posts (Atom)