Sekumpulan gadis tukang urut warga asing sanggup berlari
dalam keadaan bogel selepas premis tempat mereka bekerja di Buki
Tinggi, Klang, di sini, diserbu sepasukan anggota Penguat kuasa Ibu
Pejabat Imigresen Malaysia Putrajaya malam kelmarin.
Ketika serbuan dilakukan kesemua tukang urut terbabit sedang leka
melayan urutan badan ke badan (B2B) bersama pelanggan masing-masing di
bahagian tingkat bawah premis terbabit.
Timbalan Penolong Pengarah 2 Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya, Nik
Shahanizam Ahmad berkata, serbuan dilakukan berdasarkan risikan dan
maklumat awam.
Menurut Shahanizam, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua 14 wanita ditahan masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial.
“Mereka cuba mengaburi pihak berkuasa dengan menjadikan tingkat atas
sebagai pusat urut kaki, namun di tingkat bawah mereka menjalankan
kegiatan tidak bermoral ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Nik Shahanizam berkata, 10 pelanggan yang berada di premis terbabit
turut diambil keterangan sebelum dibebaskan. Seorang lelaki warga
tempatan yang merupakan pemilik premis turut ditahan.
Difahamkan modus operandi kegiatan ini ialah pelanggan boleh membuat
temu janji terus dengan menghubungi wanita yang diinginkan dengan
bayaran RM135 bagi setiap sesi.
Kesemua ditahan dibawa ke depoh tahanan imigresen.
Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.
BERNAMA
No comments:
Post a Comment