Jom Buat Duit

Wednesday, 4 July 2012

Slam mahu kembali bersaing

SEKITAR tahun 90-an, Slam merupakan antara kumpulan pop rock yang cukup popular dan menjadi kegemaran ramai. Kebanyakan lagu mereka kerap menjadi siulan anak-anak muda, terutamannya Gerimis Mengundang yang turut popular di negara seberang.
Bagaimanapun, kumpulan tersebut kini seakan-akan tenggelam dengan kemunculan banyak kumpulan baharu, malah ada yang turut beranggapan bahawa Slam kini sudah berpecah.
Sewaktu bertemu dengan vokalis Slam, Zamani baru-baru ini di majlis Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo! 2012 yang berlangsung di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur pada baru-baru ini, dia menceritakan perkembangan terkini tentang dirinya dan Slam.
Kosmo!: Apakah perkembangan terbaharu Slam sekarang?
ZAMANI: Ketika ini Slam masih lagi wujud dan ada menerima tawaran untuk membuat persembahan di merata-rata tempat. Namun, kami sekadar menyanyi di majlis-majlis biasa dan tidak banyak tampil dalam acara yang besar.
Hanya baru-baru ini kami telah berpeluang untuk mengadakan persembahan semasa program final Mentor 6 yang berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam.
Jadi, kumpulan Slam masih lagi wujud?
Selama ini Slam memang tidak pernah berpecah dan kekal dengan anggota asal. Malah, kami sekarang mahu fokus untuk membuat comeback dan bersedia menerima tawaran daripada mana-mana pihak untuk menghasilkan album baharu.
Adakah Zamani yakin Slam mampu memberi saingan kepada penyanyi dan kumpulan yang sedia ada?
Saya sedar bukan mudah untuk bersaing dalam industri nyanyian sekarang ini. Namun, tidak salah sekiranya kalau kami ingin mencuba dan yakin peminat-peminat Slam masih lagi ramai yang menyokong.
Lagipun hasrat kami untuk membuat comeback berdasarkan permintaan peminat selepas mereka menonton persembahan kami semasa program Mentor 6.
Semasa membuat persembahan dalam program tersebut, ada segelintir peminat yang mengatakan anda kelihatan semakin kurus. Adakah kini menghidap sebarang penyakit?
Sebenarnya saya tidak mengalami sebarang masalah kesihatan dan mungkin orang beranggapan sebegitu kerana saya sudah lama tidak muncul di kaca televisyen.
Namun begitu, ada juga beberapa rakan yang pernah menyarankan saya supaya menaikkan berat badan. Cuma saya masih lagi selesa dengan imej sekarang dan berharap peminat tidak salah faham.
Apa pandangan anda terhadap majlis Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo! 2012 ini?
Bagi saya majlis sebegini sangat wajar dan memberi peluang kepada anak-anak seni terutamanya golongan penyanyi untuk mengetahui lebih banyak maklumat mengenai hak-hak yang harus dipertahankan.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters