Jom Buat Duit

Monday 10 December 2012

Priyanka Chopra wanita Asia paling seksi

Gelaran 'Wanita Terseksi di Dunia' kini menjadi milik bintang Bollywood Priyanka Chopra, menurut hasil kaji selidik yang dibuat oleh majalah mingguan Eastern Eye.

Kemenangan aktres berumur 30 tahun itu juga berjaya meletakkan saingan hebat seperti Kareena Kapoor di tangga kedua, diikuti pula dengan Katrina Kaif yang berada di tempat ketiga.

Tahun 2012 jelas merupakan sebuah tahun yang bertuah buat aktres jelita ini kerana selain meraih kemenangannya itu, kejayaan yang menjadi milik beliau termasuklah membintangi filem popular "Agneepath" sebagai watak utama dan "Barfi!" yang tercalon dalam Oscars, serta berpeluang menyebarkan sayapnya di dunia muzik antarabangsa dengan membuat kolaborasi bersama Will.i.Am.
"Saya rasa berbesar hati dengan hal ini. Siapa tidak mahu mendapat gelaran tersebut! Saya ingin berterima kasih kepada mereka yang mengundi saya," kata beliau.

Penyunting Eastern Eye, Asjad Nazir, yang membuat senarai tersebut dan merupakan ketua perjurian percaya bahawa pencapaian Priyanka pada tahun ini besar kemungkinan mampu membawa beliau ke medan Hollywood pada tahun 2013.

"Priyanka banyak terlibat dengan pelbagai jenis projek pada tahun ini. Di samping itu, beliau juga sering mendekati peminat secara online, membuatkan tuahnya semakin bertambah. Sebab itu beliau berupaya mengalahkan bintang pop, personaliti televisyen, model dan bintang filem yang lain," jelas Asjad.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters