Jom Buat Duit

Friday 28 December 2012

Isteri Maut dipukul suami

ALOR SETAR: Seorang suri rumah berumur 17 tahun maut selepas dipercayai dipukul suaminya akibat cemburu, dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Alor Gelegah di sini, awal pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kontinjen Kedah, ACP Zakaria Ahmad, berkata siasatan awal polis mendapati suri rumah itu yang bekerja sambilan sebagai pembantu kedai meninggal dunia selepas cedera akibat dipukul dengan objek tumpul dalam kejadian kira-kira 2.15 pagi itu.


Katanya, terdahulu suami isteri itu telah bertengkar sebelum kedua-duanya meninggalkan rumah dengan menaiki motosikal dan pulang kira-kira 20 minit kemudian diikuti seorang lelaki menaiki motosikal berasingan.

"Sebaik tiba di rumah, suami wanita itu dan lelaki tersebut bergaduh. Semasa pergaduhan itu suri rumah itu dipercayai terkena pukulan menyebabkan dia cedera," kata Zakaria kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian iaitu di rumah mentua suri rumah itu di sini hari ini.

Katanya, mayat wanita itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk bedah-siasat.

Polis telah menahan suami wanita itu yang berumur 26 tahun dan dua lagi lelaki berhubung kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh, kata Zakaria. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters