Jom Buat Duit

Friday, 3 August 2012

Bina jambatan pejalan kaki rentas Sg. Sarawak


TEBINGAN Sungai Sarawak di Kuching bakal mempunyai tarikan terbaharu jika cadangan membina jambatan pejalan kaki dan basikal dilaksanakan kelak. - Gambar hiasan.


KUCHING - Sebuah jambatan pejalan kaki dan basikal dirancang dibina merentasi Sungai Sarawak di bandar raya Kuching, kata Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud malam tadi.

Beliau berkata, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) telah diminta melakukan kajian kemungkinan pembinaan jambatan tersebut dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

Berucap pada pelancaran serentak sambutan ulang tahun ke-24 bandar raya Kuching dan Pesta Kuching di sini, Taib berkata, jambatan tersebut akan menjadi satu lagi tarikan di bandar raya itu.
"Kemungkinan beberapa gerai termasuk gerai makanan ringan boleh dibina di atas jambatan itu bagi kemudahan orang ramai menikmati suasana," katanya.

Menurutnya, sebuah muzium dan taman botani juga boleh dibangunkan di bahagian utara tebing Sungai Sarawak yang di bawah bidang kuasa DBKU. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)