Jom Buat Duit
Sunday, 1 April 2012
Sandra Dewi ingin kahwin tapi tiada calon
JAKARTA: Tidak dinafikan pada usianya sekarang Sandra Dewi ingin segera memiliki pasangan hidup. Namun, hingga saat ini belum ada jejaka yang berjaya menambat hatinya.
“Saya ingin sekali berkahwin tetapi belum ada calonnya.
“Mungkin kerana saya agak memilih dan susah untuk menyukai seseorang,” katanya. Sandra, 29, yang ditemui di Studio Indosiar semalam menafikan jadualnya yang padat menyebabkan dia sukar bertemu dengan jejaka sesuai kerana tidak punya masa untuk bergaul.
“Sejak dulu lagi saya memang komited dengan pekerjaan, justeru tiada masa untuk berhibur bersama teman. Sandra berkata, keluarga tidak pernah mendesaknya untuk segera berkahwin kerana kebanyakan anggota keluarganya lambat berumah tangga.
Sebelum ini Sandra mengakui pernah menetapkan umur tertentu untuk menikah, tetapi jodohnya belum sampai.
“Dulu saya pernah menetapkan usia tertentu untuk menikah tetapi belum ada rezeki dari Tuhan,” katanya. - KL
Britney Spears rugi RM8 juta jual rumah
LOS ANGELES: Britney Spears dilaporkan mengalami kerugian untuk kediamannya yang dijual ketika pasaran hartanah mengalami kelembapan.
Bintang pop berusia 30 tahun itu menjual kediamannya Vila Tuscan di Beverly Hills dengan harga AS$4.3 juta (RM12.9 juta).
Kediaman terletak di kawasan kejiranan eksklusif di The Summit yang berkeluasan 9,000 kaki persegi itu mempunyai enam bilik tidur dan enam kamar mandi, gazebo dan bilik pembantu. Britney pada asalnya membayar RM20.4 juta untuk hartanah terbabit dan kerugian banyak wang dalam perjanjian jual beli itu.
“Rumah itu sudah dikeluarkan daripada iklan di pasaran sejak tahun lalu selepas bertahun-tahun tidak laku dibeli,” satu sumber memberitahu Radar Online. “Kediaman itu menjadi satu kerugian besar buat Britney kerana dia membelinya ketika pasaran hartanah melambung,” katanya.
Bapa Britney, Jamie yang bertindak sebagai penjaganya menguruskan semua hal ehwal mengenai penyanyi itu termasuk hartanya. Jamie memikirkan keputusan menjual hartanah berkenaan adalah yang terbaik buat anaknya itu. “Britney dan bapanya sedar mereka terpaksa mengalami kerugian dan bersedia untuk itu,” kata sumber berkenaan.
Rumah itu tidak mempunyai apa-apa kecuali kenangan buruk buat Britney dan dia tidak lagi tinggal di situ sejak 2007 dan hanya dibiarkan kosong. - BT
2 beradik terselamat, kereta putus dua
KEADAAN kereta Proton Iswara terputus dua dalam kemalangan di Lebuh AMJ berhampiran Rembia, Alor Gajah malam kelmarin.
ALOR GAJAH - Dua beradik terselamat walaupun kereta yang dinaiki mereka terputus dua setelah terlibat dalam kemalangan di Lebuh AMJ berhampiran Rembia di sini malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, dalam kejadian pukul 9.10 malam itu, kereta jenis Proton Iswara yang dipandu Soo Yang Shin, 18, dari arah Rembia menghala ke bandar Melaka dipercayai terbabas lalu memasuki laluan bertentangan.
"Kereta ini kemudian bertembung pula dengan sebuah kereta jenis Honda Civic dipandu seorang lelaki menyebabkan Proton Iswara itu terputus dua.
"Yang Shin dan adiknya, Soo May Xin, 16, yang duduk di bahagian hadapan bagaimanapun terselamat dengan mengalami kecederaan parah," katanya di sini semalam.
Menurutnya, kedua-dua mangsa menerima rawatan di Hospital Melaka dan keadaan mereka dilaporkan stabil.
Katanya, pemandu kereta jenis Honda Civic berkenaan, Salehuddin Ishak, 42, turut terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.
Dua korban renjatan elektrik
ANGGOTA polis dan penduduk kampung
mengangkat mayat Rosli dan Mohd. Daishan di Kampung Tengah, Bukit
Panau, Tanah Merah malam kelmarin untuk dibawa ke Hospital Tanah Merah.
TANAH MERAH - Dua lelaki mati selepas terkena renjatan elektrik ketika cuba menaikkan bendera menggunakan buluh dalam kejadian di Kampung Tengah, Bukit Panau, dekat sini malam kelmarin.
Rosli Hussin, 47, yang merupakan Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan rakannya seorang penoreh, Mohd. Daishan Ibrahim, 37, masing-masing ditemui mati pada kira-kira pukul 12 tengah malam di tempat kejadian dengan kesan lebam di telinga dan kaki akibat terkena arus elektrik bervoltan tinggi.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superitendan Abdul Aziz Mahmud, berkata, kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa memegang buluh sepanjang 12 meter yang dipercayai basah dengan niat menaikkan bendera sebuah parti politik.
Tanpa diduga, buluh yang dipasang dengan bendera itu terkena kabel yang berada pada ketinggian sembilan meter sebelum kedua-dua mangsa terkena kejutan elektrik.
Menurut Abdul Aziz, kejadian itu kemudian disedari penduduk kampung sebelum mereka mendapatkan bantuan pihak polis dan hospital berdekatan.
Bergelap sokong kempen Earth Hour 2012
SEBAHAGIAN bangunan di Kuala Lumpur
memadamkan lampu bermula pukul 8.30 malam sebagai tanda menyokong
sambutan Earth Hour 2012 malam tadi.
BERGELAP. Sebahagian rakyat Malaysia memadamkan lampu serta menghentikan penggunaan peralatan elektrik bermula pukul 8.30 malam tadi dalam usaha untuk menyokong kempen Earth Hour 2012.Kempen satu jam itu bertujuan untuk menanamkan semangat kepada penduduk dunia untuk melakukan satu tindakan proaktif dalam menangani isu pemanasan global.
Earth Hour merupakan satu acara tahunan peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) dalam menangani masalah pemanasan global. Ia diadakan pada Sabtu terakhir bulan Mac setiap tahun bagi menggalakkan orang ramai memadamkan lampu yang tidak diperlukan untuk tempoh satu jam bagi meningkatkan kesedaran mengenai perubahan iklim.
200 'Awang Hitam' merusuh
SEBAHAGIAN daripada warga Nigeria berkumpul di Kondominium Venice Hill, Batu 9, Kajang semalam.
KAJANG - Kira-kira 200 'Awang Hitam' yang tinggal di Kondominium Venice Hill, Batu 9 di sini merusuh setelah mereka tidak berpuas hati dengan tindakan tujuh anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) yang didakwa memukul seorang pelajar warga Nigeria di pekarangan kondominium itu semalam.
Rusuhan pada pukul 12 tengah hari itu menyebabkan sebuah pondok pengawal di pintu masuk utama dan salah satu pejabat pengurusan di blok Tower 3 kondominium tersebut rosak dipecahkan kumpulan tersebut.
Seorang saksi berkata, warga Nigeria terbabit bertindak berkumpul di tepi jalan dengan membawa parang dan batang besi kerana tidak berpuas hati rakan mereka dipukul.
Kejadian itu dikatakan berpunca apabila suspek berusia 35 tahun yang juga seorang pelajar sebuah kolej di sini didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang tukang cuci wanita tempatan berusia 43 tahun.
Lelaki berkenaan didakwa bertindak memeluk, mencium serta mencabul mangsa terbabit ketika wanita melakukan kerja mencuci di tingkat 15 blok Tower 3 kondominium tersebut pada pukul 11.30 pagi.
11 rakyat malaysia cedera
PASUKAN penyelamat termasuk bomba melakukan kerja memadam
api dan menyelamat mangsa di hadapan Hotel Lee Gardens Plaza, Hatyai
semalam.
BANGKOK – Seramai lima orang terbunuh manakala lebih 300 yang lain cedera dalam kebakaran sebuah hotel semalam di Hatyai semalam, kata beberapa pegawai.
Hatyai yang terletak dalam wilayah Songkhla ialah bandar raya terbesar di selatan Thailand yang menjadi destinasi popular di kalangan rakyat Malaysia.
Kebakaran berlaku di Hotel Lee Gardens Plaza yang terletak di pusat bandar Hatyai pada pukul 1 petang waktu tempatan (pukul 2 petang waktu Malaysia).
Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd. Aini Atan memberitahu, letupan dipercayai akibat kebocoran gas di sebuah restoran makanan segera yang terletak di tingkat satu bangunan 33 tingkat itu.
Katanya, sejumlah 11 rakyat Malaysia yang cedera itu menerima rawatan di Hospital Hatyai.
Bagaimanapun jelasnya, status kecederaan dan identiti mereka masih belum dikenal pasti.
“Pihak kami sedang mengumpul maklumat mengenai rakyat Malaysia yang cedera dalam letupan gas itu. Namun tiada rakyat Malaysia yang terkorban dalam kejadian itu,” katanya. Dalam perkembangan berkaitan, Gabenor Wilayah Songkhla, Grisada Boorach pula memberitahu, empat lelaki dan seorang wanita maut dalam tragedi tersebut, namun identiti masing-masing masih belum dikenalpasti.
BANGKOK – Seramai lima orang terbunuh manakala lebih 300 yang lain cedera dalam kebakaran sebuah hotel semalam di Hatyai semalam, kata beberapa pegawai.
Hatyai yang terletak dalam wilayah Songkhla ialah bandar raya terbesar di selatan Thailand yang menjadi destinasi popular di kalangan rakyat Malaysia.
Kebakaran berlaku di Hotel Lee Gardens Plaza yang terletak di pusat bandar Hatyai pada pukul 1 petang waktu tempatan (pukul 2 petang waktu Malaysia).
Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd. Aini Atan memberitahu, letupan dipercayai akibat kebocoran gas di sebuah restoran makanan segera yang terletak di tingkat satu bangunan 33 tingkat itu.
Katanya, sejumlah 11 rakyat Malaysia yang cedera itu menerima rawatan di Hospital Hatyai.
Bagaimanapun jelasnya, status kecederaan dan identiti mereka masih belum dikenal pasti.
“Pihak kami sedang mengumpul maklumat mengenai rakyat Malaysia yang cedera dalam letupan gas itu. Namun tiada rakyat Malaysia yang terkorban dalam kejadian itu,” katanya. Dalam perkembangan berkaitan, Gabenor Wilayah Songkhla, Grisada Boorach pula memberitahu, empat lelaki dan seorang wanita maut dalam tragedi tersebut, namun identiti masing-masing masih belum dikenalpasti.
Subscribe to:
Posts (Atom)


