Jom Buat Duit

Sunday 17 February 2013

Pelakon veteran Kuswadinata meninggal dunia

Pelakon veteran Kuswadinata atau nama sebenar Kuswadi Bujang, 74, meninggal dunia di Hospital Ampang di sini hari ini akibat kanser usus dan sakit buah pinggang. 

Presiden Persatuan Seniman Malaysia Zed Zaidi berkata Kuswadinata meninggal dunia kira-kira 5 petang dan jenazah akan dibawa pulang ke alamat No.7, Jalan Rasmi 1, Taman Rasmi Jaya, Ampang, Selangor. 

Jenazah dijangka dimandi sebelum disembahyangkan di Masjid Bukit Indah, Ampang pada 8 pagi esok, katanya ketika dihubungi Bernama. Allahyarham meninggalkan balu Kamariah Mohd Said, 57, serta empat anak iaitu Jasmine, 27, Hafsham, 26, Irwan, 25, dan Rizal, 23. 

Anak kelahiran Singapura itu memulakan kerjaya sebagai pelakon pada 1957 menerusi syarikat perfileman Cathay Keris. Antara filem lakonannya ialah Ibu Mertuaku, Antara Dua Darjat, Lang Buana dan Gerak Khas 3.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters