Jom Buat Duit

Friday, 1 February 2013

Lindsay Lohan Masuk Penjara Lagi?

Los Angeles: Aktres Lindsay Lohan akan menghadapi perbicaraan pada 18 Mac atas dakwaan menipu polis California mengenai nahas kereta Jun tahun lalu dan melanggar tempoh percubaan, meningkatkan kemungkinan dia mungkin dihantar semula ke penjara.

Hakim di Los Angeles, kelmarin menetapkan tarikh perbicaraan atas dakwaan berhubung dengan nahas kereta itu dan berkata, mahkamah akan menangguhkan perbicaraan pada masa sama berikutan sama ada Lindsay melanggar tempoh percubaan dalam insiden itu seperti pada insiden kecurian barang kemas pada 2011.

Bintang Mean Girls itu yang masuk dan keluar dari pusat pemulihan dan penjara sejak 2007, memakai baju hitam tanpa lengan dan kelihatan letih dalam sesi ringkas mahkamah itu.

Dia tiba di Los Angeles dari New York Selasa lalu dan mengenepikan peguam lamanya untuk memilih peguam baru, Mark Heller.

Lindsay membuat pengakuan tidak bersalah terhadap tiga dakwaan salah laku cuai ketika memandu, menipu dan menghalang polis apabila mengatakan dia tidak memandu kereta sport miliknya itu yang merempuh sebuah trak di Santa Monica Jun tahun lalu.

Lindsay, 26, meninggalkan mahkamah tanpa bercakap kepada media. - Reuters

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)