Jom Buat Duit

Friday 15 February 2013

Tragedi Hari Valentine Day Buat Jaguh Olimpik, Oscar Pistorius

Jaguh Olimpik dan Paralimpik Afrika Selatan, Oscar Pistorius yang juga dikenali sebagai 'Blade Runner' ditahan pihak berkuasa kerana menembak mati teman wanitanya di kediamannya di sini.

Menurut laporan polis, seorang wanita berusia 30 tahun ditemui mati di kawasan tempat tinggal Silverlakes.

"Kami menjumpai pistol 9mm di tempat kejadian. Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan," ulas jurucakap polis, Katlego Mogale seperti yang dipetik dari Reuters.

Laporan Johannesburg's Talk Radio 702 mengatakan pelari pecut itu telah menembak teman wanitanya sejak setahun lalu, Reeva Steenkamp yang merupakan seorang model di kepala dan lengan. Namun kemungkinan insiden itu terjadi kerana salah faham kerana rumahnya dipecah masuk.

Terdapat khabar angin mengatakan Reeva Steenkamp memasuki rumah itu dan cuba membuat kejutan untuk Pistorius bagi menyambut Hari Valentine.

Pistorius dikenali ramai kerana menggunakan karbon fiber bagi menggantikan kecacatan di kedua belah kakinya yang dilahirkan tanpa fibula. Dia merupakan atlit Paralimpik pertama yang menyertai Olimpik sehingga mara ke semifinal 400 meter di London 2012.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters