Jom Buat Duit

Sunday, 3 February 2013

Ekin AF3 Muncul Dengan Album Selepas Putus Asa

Bintang Akademi Fantasia 3 (AF3) iaitu Ekin Rahman akui pernah berputus asa untuk meneruskan kerjayanya di dalam bidang nyanyian sekitar 3 tahun lalu.

Ekin atau lebih dikenali dengan Ekin AF3 itu memberitahu dia berputus asa kerana kecewa impiannya untuk bertapak di dalam industri sebaris dengan penyanyi terkenal lain amat sukar.
"Bayangkan ketika lebih 5 tahun bertapak di dalam indusrti hiburan tanah air, saya masih perlu berusaha keras untuk dikenali sebaris dengan penyanyi lain yang ada. Sehinggakan saya memang sudah putus asa ketika itu.

"Saya pun tidak tahu mengapa, mungkin selepas tidak bergantung dengan Astro dan bergerak atau menguruskan diri sendiri, saya kurang diberi perhatian atau publisiti," katanya kepada murai.com.my selepas pelancaran album Ekin Rahman - Satu Percaturan

Bagaimanapun, Ekin berkata semangatnya untuk terus berjuang dalam industri seni muzik kembali apabila Stadium First Sdn Bhd sudi untuk menghasilkan sebuah album solo untuknya.
"Lapan tahun menunggu sejak bergelar bintang AF3, akhirnya impian saya untuk memiliki sebuah album terlaksana kini. Saya tidak pernah menyangka untuk memilikinya kerana sebelum ini saya hampir berputus asa.

"Namun saya bersyukur kerana Stadium First berjaya mengesan bakat saya dan yakin dengan kredibiliti saya dalam bidang ini. Biarpun terpaksa menunggu 8 tahun untuk melahirkannya namun saya puas hati dengan penghasilan album ini," jelasnya lagi.

Album yang memuatkan 7 buah lagu itu terdiri daripada lagu-lagu seperti Satu Percaturan, Mencari Cinta, Ceritaku Dan Dia, Kekasih, Zapin Budi, Dengarlah Sayang dan Moment Us.
Menurut Ekin lagi, dia yakin masih ada peminat yang menyokongnya walaupun sudah lama tidak muncul dalam mana-mana media atau televisyen.

"Saya tidak bimbang kerana terdapat peminat yang masih menyokong saya. Buktinya di Facebook Page saya ramai yang gembira dan memberi sokongan apabila saya beritahu album saya kini sudah pun keluar.

"Album ini pun sebagai hadiah kepada peminat yang selama ini menyokong dan lama menunggu kemunculan album saya," tambahnya lagi.
Album Ekin Rahman - Satu Percaturan akan berada di pasaran bermula Februari ini dan diedarkan oleh Warner Music Malaysia.
MURAI

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)