Jom Buat Duit

Thursday, 31 January 2013

Shah Rukh Khan perjelas komen kontroversinya

MUMBAI - Bintang Bollywood, Shah Rukh Khan bertegas dia 'selamat dan gembira' di India dalam usahanya untuk menamatkan kontroversi berhubung artikel tentang pengalamannya sebagai orang Islam di negara ini.
India mempunyai majoriti penduduk beragama Hindu.

Artikel yang disiarkan dalam majalah Outlook Turning itu dihasilkan oleh pelakon tersebut.
Dalam artikel itu, Shah Rukh mendakwa pemimpin-pemimpin politik menjadikannya sebagai simbol tentang semua perkara buruk dan yang tidak patriotik mengenai orang Islam di India.

Artikel berkenaan mendorong pengasas kumpulan Lashkar-e-Taiba, Hafiz Saeed mempelawa Shah Rukh tinggal di Pakistan jika dia berasa tidak selamat hidup di India.

Kelmarin, Menteri Dalam Negeri Pakistan, Rehman Malik turut campur tangan dengan menggesa India agar melindungi keselamatan Shah Rukh sekali gus mencetuskan bantahan daripada Setiausaha Dalam Negeri India, R. K. Singh.

"Kita berupaya menjaga keselamatan rakyat kita, lebih baik beliau (Rehman) mengambil berat tentang keselamatan warganya (Pakistan)," kata Singh.


Bagi meredakan keadaan, Shah Rukh dalam kenyataan balasnya kepada media kelmarin menegaskan bahawa komennya dalam majalah berkenaan telah disalah tafsir.
"Tiada satu bahagian pun dalam artikel itu yang menyatakan atau membayangkan saya berasa tidak selamat, terganggu atau bermasalah tinggal di India," jelasnya.

"Saya mahu memberitahu kepada mereka yang memberikan nasihat tanpa diminta bahawa kami di India berasa amat selamat dan gembira. Kami memiliki kehidupan demokratik, bebas dan sekular," tambah aktor tersebut.

Shah Rukh yang melonjak popular menerusi filem pecah panggung, Dilwale Dulhania Le Jayenge sebelum ini pernah menjadi sasaran kecaman parti politik Shiv Sena.
Parti politik Hindu berhaluan kanan itu kerap memainkan sentimen anti-Islam dan anti-Pakistan. - Agensi

Wednesday, 30 January 2013

Letak Racun Dalam Alat Sulit Sebelum Bersetubuh

Gambar Hiasan

Rio De Janeiro: Seorang wanita dituduh cuba membunuh suaminya dengan meletakkan racun dalam alat sulitnya sebelum meminta lelaki terbabit melakukan seks dengannya.

Lelaki berusia 43 tahun yang terkejut itu kini menyamannya atas cubaan membunuh.

Wanita dari Sao Jose do Rio Preto di Brazil itu meletakkan bahan bertoksik dalam kemaluannya sebelum menggoda suami untuk tidur bersama, lapor akhbar tempatan semalam.

Namun apabila dia meminta suaminya melakukan seks oral kepadanya, lelaki itu dikatakan enggan kerana menyedari ada bau aneh. Lelaki yang curiga itu kemudian membawa isterinya ke hospital, di mana doktor menjalankan ujian terhadapnya dan mendapati dia meletakkan bahan beracun dalam kemaluannya. - TS

Ketagih makan bulu kucing

 Detroit: Apabila menyentuh mengenai tabiat pelik, seorang wanita, Lisa, 43, dari Detroit, Michigan tidak dinafikan memang seorang yang aneh.
Dia mengakui gemar memakan bulu kucing dan menelan tiga perempat bebola bulu kucing sehari.

Dia sudah memakan lebih 3,200 bebola kucing sejak ketagihannya itu bermula sejak 15 tahun lalu.
“Saya ketagih makan bulu kucing,” katanya dalam musim baru program TLC My Strange Addiction. Kisah Lisa adalah satu daripada banyak siri yang sangat pelik dalam musim keempat rancangan popular itu yang akan mula ditayangkan pada 13 Februari depan.

Lisa menyediakan pilihan snek aneh itu dengan mengumpulkan bulu kucing dari sekitar apartmen tempat tinggalnya termasuk di lantai dan di belakang sofa, tetapi mengatakan “bulu paling sedap ialah daripada tubuh kucing itu sendiri.”

Dia memanjakan haiwan peliharaannya itu dengan lidahnya seperti ibu kucing memanjakan anaknya serta menjelaskan dia tidak menjilat punggung atau celah kuku kaki haiwan itu. Lisa mula menjamah hidangan bulu kucing sebagai cara untuk lebih dekat dengan haiwan peliharaannya itu dan menggelarnya ‘ikatan mesra’. Dia juga berkata bulu kucing amat menenangkan.

Sementara kebanyakan daripada kita tidak boleh menerima walaupun seurat bulu anjing, Lisa ketagih ingin menikmati bulu kucing setiap dua jam.

Dia juga menjelaskan proses ketika mengulum bebola bulu kucing seperti sedang mengulum gula-gula getah.

“Saya akan mencuitnya sedikit dan memasukkan ke dalam mulut. Saya kunyahnya sebentar, mengeluarkannya semula dan memasukkan kembali ke dalam mulut,” katanya. - Daily Mail

Tuesday, 29 January 2013

Kontrak RM28 juta Salman Khan

AKTOR tersohor Bollywood, Salman Khan mencatat rekod baharu apabila menandatangani perjanjian bernilai Rs. 500 (RM28 juta) dengan Star TV Network untuk iklan rangkaian televisyen antara yang terbesar di India itu.

Sehingga tempoh lima tahun yang lepas, pelakon berusia 47 itu muncul menerusi filem pecah panggung, Ready, Dabangg, Bodyguard, Ek Tha Tiger dan Dabangg 2 yang mana setiap satunya mengumpul kutipan mencecah Rs.100 (RM5.6 juta).

Pengurus Besar Star Gold, Hemal Jhaveri, memberitahu portal berita India, IANS, Salman Khan adalah pilihan yang tepat memandangkan pencapaian yang telah diraih menerusi rekod filem-filem pecah panggung lakonannya.

"Salman merupakan pelakon yang konsisten dari segi kutipan pecah panggung filem-filem lakonannya. Dari segi tersebut, dia merupakan pelakon yang memiliki nilai tertinggi dalam kalangan pelakon di Bollywood," ujarnya.

Tambahnya, mengikut kepada perjanjian, saluran TV itu akan memiliki hak siaran eksklusif televisyen menerusi semua filem terbaharu Salman.

"Selepas perjanjian yang dibuat pada tahun ini, kami mempunyai hak penyiaran eksklusif terhadap kesemua filem lakonan Salman atau apa-apa penerbitan yang berkaitan dengan pelakon itu," katanya.
Salman yang mempunyai masalah kesihatan dan bakal mendapatkan rawatan di Amerika Syarikat akan memulakan penggambaran tidak lama lagi untuk filem Kick, No Entry Mein Entry dan Sooraj Barjatya.

Monday, 28 January 2013

Tohmahan mencuri gagal jejaskan Awal, Scha

KETIKA menemui pasangan selebriti suami isteri ini pada majlis Cabaran Switch For Xtra anjuran Petronas di Kuala Lumpur, baru-baru ini, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya kelihatan seperti masih dalam dalam fasa berbulan madu.

Sedangkan mereka sebenarnya sudah enam bulan bergelar suami isteri sejak 4 Mei tahun lalu.
Tidak gusar dengan keadaan sekeliling yang pernah menuduh mereka panjang tangan dalam sebuah majlis pembukaan gedung pakaian terkemuka pada tahun lepas, kedua-dua Awal dan Scha menyatakan perkara itu tidak sedikit pun menutup periuk nasi mereka.

Malah, mereka bersyukur apabila rezeki masing-masing semakin mencurah-curah sejak berkahwin.
Kata Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 32, sejak kontroversi berkenaan melanda mereka berdua, tawaran mengacarakan majlis tetap banyak diterimanya.

Malah, syarikat pengurusan majlis yang sama dengan gedung pakaian terkemuka yang telah menyebabkan isu mencuri itu timbul masih menjemput mereka untuk ke acara tertentu.

"Selepas kontroversi itu berlaku, saya dan Scha masih dijemput oleh syarikat yang sama tetapi kami tidak pergi sebab sudah berasa jauh hati," ujarnya yang menyertai Cabaran Switch For Xtra bersama Scha, Faizal Ismail dan Hanis Zalikha.

Tambahnya, dia yakin dirinya dan Scha berada pada pihak yang benar kerana mereka tidak pernah membuat sebarang kesalahan.

Sehingga sekarang ini, Awal dan Scha masih memikirkan bagaimana kontroversi berkenaan boleh dikaitkan dengan diri mereka.
"Saya bersyukur sangat, selepas berkahwin dan dilanda kontroversi itu, rezeki saya semakin banyak," katanya.

"Kontrak sebagai pengacara program Melodi juga disambung setahun lagi dan program, Awal Lagi pula akan masuk musim kedua pada bulan April nanti," ujarnya.

Awal memberitahu, tidak ada mana-mana syarikat atau individu yang bekerja dengan mereka membatalkan kerjasama yang telah dirancangkan disebabkan isu mencuri itu, sebaliknya kontroversi berkenaan dijadikan bahan jenaka.

"Semasa program Melodi, Zizan (Zizan Razak) pernah menegur baju saya lawa. Saya cakap, saya curi baju berkenaan, kami semua tergelak," ujarnya.

Perkara yang sama turut diakui oleh isteri Awal yang juga pengacara dan pelakon, Scha, 30, apabila isu mencuri turut menjadi bahan jenaka tatkala dia menghadiri sesuatu majlis.

"Ketika hadir pada satu majlis, teman wartawan ada membuat lawak suruh saya curi barang di tempat itu. Jadi, setakat ini ia hanya jadi gurauan dan tidak pernah diambil serius oleh sesiapa pun," ujarnya.
Namun pemilik nama sebenar, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al- Yahya ini menjelaskan, ketika awal kontroversi itu berlaku, dia mengakui cukup tertekan. Ini kerana melibatkan soal maruah dirinya dan Awal.

"Saya tidak pernah mencuri, demi Allah saya tidak pernah buat benda itu, saya tidak faham macam mana benda-benda itu boleh dikaitkan dengan nama kami," katanya yang berharap tahun baharu ini tidak timbul lagi isu berkenaan.

Mengakui periuk nasinya juga tidak pernah terjejas, Scha bersyukur kerana masih menerima tawaran berlakon drama dan telemovie yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

Anak
Selesai bercerita mengenai kelangsungan hidup mereka selepas dilanda kontroversi dituduh mencuri, Awal dan Scha menyatakan jauh di sudut hati, mereka teringin untuk menimang cahaya mata.
Namun, disebabkan nasihat beberapa temannya supaya tidak terlalu tertekan dan mengharap untuk mendapatkan anak, Awal dan Scha lebih memilih pendekatan untuk tidak merancang.

"Kami tidak rancang apa-apa kalau ada rezeki ada, setakat ini saya jaga pemakanan dan gaya hidup sihat," ujar Scha.

Tambahnya, beberapa temannya ada memberikan nasihat agar tidak terlalu mengharap agar kehamilan itu berlaku secara semulajadi.

"Kata mereka, kalau kami tertekan hendak anak sangat nanti tidak jadi pula akan beri kesan kepada kesuburan kami, jadi kami memilih untuk bergembira dan menikmati kehidupan kami berdua dulu," jelasnya yang tidak kisah memiliki badan gemuk apabila mengandung kelak.

Bagi Awal pula, dalam hatinya memang teringin untuk memiliki anak tetapi selagi belum ada rezeki mereka berdua akan membuat aktiviti yang disukai mereka.

"Kalau hendak pergi melancong atau ke mana-mana kami akan buat sekarang, nanti bila sudah ada bayi susah pula hendak buat," ujarnya yang menganggap Allah sudah menentukan masa yang tepat untuk mereka mempunyai anak nanti.

Scha pula menambah, walaupun masih dalam fasa pengantin baharu, dia sentiasa berdoa agar dapat mempunyai anak sendiri seperti rakan artisnya yang berkahwin pada tahun yang sama dengan mereka seperti pasangan Diana Danielle dan Farid Kamil.

Berlakon
Bercerita mengenai kerjaya mereka pula, Awal memberitahu, bahawa dirinya masih lagi mencintai dunia lakonan dan dia tidak pernah berhenti dalam bidang itu walaupun kini kelibatnya jarang-jarang dilihat dalam drama atau filem.

"Sebelum ini sibuk dengan persiapan perkahwinan, menjadi pengacara dan sebagainya, jadi saya banyak tolak tawaran berlakon, saya tidak pernah lupa bidang itu sebenarnya," jelasnya yang bakal muncul dalam telemovie baharu, Syurga Seorang Isteri pada 2 Februari nanti.

Kata Awal, tahun ini dia akan cuba untuk mengimbangi kembali kerjaya pengacaraan dengan lakonan agar tidak disalah anggap bahawa dirinya sudah melupakan kerjaya berkenaan.

"Ramai yang anggap saya sudah berhenti berlakon, jadi tawaran pun sudah kurang, tahun ini saya akan bahagikan masa untuk kedua-dua bidang itu agar ia selari," ujarnya.

Tambahnya, selepas ini dia akan memulakan penggambaran drama bersiri, 24 episod untuk slot Akasia di TV3 dan mengharapkan pengarah dan penerbit tidak salah anggap bahawa dirinya sudah berhenti berlakon.

Bagi Scha pula, dia sekarang sedang giat mempromosikan filem terbaharunya, Awan Dania The Movie yang bakal ditayangkan pada bulan Mac nanti dan bakal memasuki set penggambaran untuk beberapa telemovie dan drama baharu.
Sumber:  www.kosmo.com.my

Saya bukan gay! - James Franco

AKTOR kacak, James Franco mengakui dirinya telah ditohmah sebagai seorang gay ketika di zaman persekolahannya dahulu. Namun, pelakon siri filem Spider-Man itu menegaskan dia tidak peduli tentang hal itu kerana dia adalah lelaki sejati.

Ujarnya kepada MTV News: "Di zaman persekolahan saya dahulu, ramai yang membuat spekulasi saya ini seorang gay.

"Sebenarnya, apa yang berlaku ialah apabila saya menolak cinta seorang pelajar wanita. Disebabkan sakit hati, dia telah menyebarkan gosip di sekolah saya itu mendakwa saya seorang gay."

Aktor berusia 34 tahun itu pernah bercinta dengan aktres Marla Sokoloff selama lima tahun sebelum putus cinta dan kembali bercinta, juga selama lima tahun dengan pelakon Anna O'Reilly.
Dia yang kini kembali solo sejak tahun 2011 menegaskan, dirinya tidak kisah dituduh sebagai seorang gay.

"Saya tak kisah digelar sebagai gay kerana saya lelaki sejati!" tegasnya.

Irwansyah dan isteri antara yang ditahan berpesta dadah

JAKARTA - Artis popular Indonesia, Irwansyah dan isterinya, Zaskia Sungkar serta Raffi Ahmad dan Wanda Hamidah adalah empat artis yang ditahan bersama 13 yang lain ketika sedang berpesta dadah di rumah Raffi di Lebak Bulus, Jakarta Selatan pada pagi semalam.

Mereka ditangkap sepasukan anggota Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia yang menyerbu rumah Raffi pada waktu subuh setelah mendapat maklumat orang ramai.

Penahanan artis terbabit serta suspek lain itu diumum Ketua BNN, Anang Iskandar pada sidang media di sini petang semalam.

Irwansyah popular di Malaysia menerusi lagu Pecinta Wanita dan My Hearts serta sinetron Andai Ku Tahu dan Upik Abu dan Laura. KOSMO

Sunday, 27 January 2013

Periksa Tatu dibahagian Alat Sulit Tentera

Moscow: Tentera Russia semalam mengeluarkan perintah untuk memeriksa tatu pada bahagian sulit anggotanya.

Satu sumber Kementerian Pertahanan berkata, langkah itu tidak ada kena mengena dengan undang-undang mengharamkan kumpulan gay.

Dalam kenyataan yang disiarkan akhbar Izvestia, kementerian itu berkata, tumpuan akan diberikan pada muka, organ seks dan punggung. Sumber Kementerian Pertahanan juga berkata, pemeriksaan dilakukan untuk memastikan kesihatan dan penampilan semata-mata, bukan untuk menentukan kecenderungan seks anggota tentera. - Agensi

Lukis Tatu di Bahagian Sulit

Kota Kinabalu: Memalukan apabila segelintir remaja Islam di bandar raya ini, termasuk pelajar sekolah, tidak mengendahkan larangan agama yang mengharamkan cacahan tatu pada mana-mana anggota tubuh, sebaliknya melakukannya untuk tujuan suka-suka berikutan dipengaruhi rakan sebaya.

Trend itu jika tidak dibendung pihak berkuasa dan institusi kekeluargaan dikhuatiri boleh merosakkan akidah remaja terbabit kerana ia perbuatan zaman jahiliah selain boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Lebih membimbangkan, remaja berkenaan bijak menyembunyikan kegiatan mereka daripada pengetahuan keluarga, terutama ibu bapa, apabila mencacah tatu di bahagian sulit seperti payudara dan ari-ari.

Siasatan Metro Ahad mendapati ada gadis Islam berusia antara 17 hingga 30 tahun mengenakan tatu di badan sebagai hiasan kerana beranggapan ia unik dan menarik selain dianggap simbol seks.

Seorang remaja yang mahu dikenali sebagai Laila, 19, mengakui tertarik memiliki tatu selepas melihat pelbagai gaya dan lakaran tatu pada tubuh rakannya. Metro

Saturday, 26 January 2013

Calon Parti Pekerja Lee Li Lian Menang Pilihan Raya Kecil Punggol East, Singapore

Calon dari Parti Pekerja Lee Li Lian Menang Pilihan Raya Kecil Punggol East, Singapore dengan majoriti 3182 undi.

Lee Li Lian memperolehi sebanyak 16,038 undi manakala pencabar terdekatnya dari pada parti pemerintah iaitu PAP memperolehi 12,856 undi.

Sementara itu Kenneth Jeyaretnam dari parti Reform memperolehi 353 undi dan Desmond Lim Bak Chuan dari parti SDA pula hanya memperolehi 168 undi. Kedua - dua mereka kehilangan wang deposit.

Tahniah Lee Li Lian.

Friday, 25 January 2013

Bayi perempuan berusia 11 bulan dicabul Atuk sendiri

Georgetown: Seorang datuk berusia 50-an kini menjadi buruan polis selepas dipercayai terbabit mencabul kehormatan cucunya iaitu bayi perempuan berusia 11 bulan di Taman Tun Sardon, Gelugor di sini.

Ibu bayi itu berusia 21 tahun membuat laporan polis selepas mendakwa anak perempuannya dicabul bapa mentuanya sendiri dalam kejadian yang berlaku sepanjang bulan ini.

Jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan dan pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan bayi berkenaan dan bayi itu dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP), untuk pemeriksaan lanjut.

Menurutnya, suspek masih bebas dan dikehendaki hadir untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu melakukan serangan dan kekerasan jenayah dengan niat menjatuhkan dan mencabul kehormatan.

“Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman yang dikenakan,” katanya.

Sementara itu, seorang lelaki warga Thailand berusia 27 tahun dicekup pengusaha restoran makanan laut dengan bantuan orang ramai selepas menceroboh masuk ke premis itu di Jalan Rumbia, Sungai Nibong di sini kelmarin.
Kejadian berlaku jam 1.30 pagi ketika premis berkenaan berkunci dan siasatan mendapati suspek mengumpil kunci untuk masuk ke dalam kedai sebelum tindakannya berjaya dikesan pemilik restoran berkenaan.

Jurucakap polis berkata, dengan bantuan orang ramai suspek berjaya ditahan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan atas kesalahan pencerobohan rumah dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga setahun atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng mengesahkan kejadian.
METRO

Gadis dirogol polis

Sumbawa: Kegiatan harian di bandar Sumbawa Besar di sini, kembali normal selepas, sehari selepas rusuhan meletus hingga memusnahkan dua pasar mini, dua kediaman, sebuah hotel dan sebuah tempat beribadah.

Keganasan di wilayah Nusa Tenggara Barat itu turut menyebabkan kira-kira 2,216 penduduk keturunan Bali hilang tempat tinggal.

“Keadaan kembali normal. Penduduk sudah mula menjalankan kegiatan harian mereka seperti biasa,” kata jurucakap polis Nusa Tenggara Barat, Sukarman Husein.
Menurutnya, berikutan kejadian itu, 816 anggota polis dikerah untuk menguasai kawasan terjejas dan menghalang keganasan merebak.

Rusuhan dilapor berlaku berikutan kematian Aryati, 30, yang didakwa dirogol dan didera oleh teman lelakinya, Gede Eka Suarjana, anggota polis berusia 21 tahun yang berkhidmat dengan pasukan polis Sumbawa.

Sementara itu, polis berkata, Aryati terbunuh dalam kemalangan jalan raya ketika membonceng motosikal bersama Suarjana.
Selasa lalu, anggota keluarga Aryati dan beberapa pelajar Universiti Samawa mengadakan perhimpunan di Balai Polis Sumbawa, meminta pihak berkuasa menjelaskan punca kematiannya.

Tidak puas hati dengan penjelasan polis, mereka bertindak untuk merusuh.
Sukarman menggesa penduduk supaya tidak mudah terpengaruh dan membiarkan polis menyiasat kejadian itu menurut undang-undang. - Jakarta Post

Thursday, 24 January 2013

Janin 5 bulan dalam longkang

KUALA LUMPUR — Janin bayi lelaki cukup sifat ditemui dalam sebuah longkang besar di belakang pejabat Jabatan Kerja Raya, Jalan Sentul Manis di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata janin tersebut ditemui oleh seorang pekerja pembersihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kira-kira pukul 1.14 tengah hari.

"Janin cukup sifat itu dijumpai semasa kerja pembersihan dilakukan,” katanya dalam khidmat pesanan ringkas.

Zakaria berkata janin berkenaan ditemui di atas plastik sampah yang tersangkut kerana air cetek dan tidak mengalir deras.

Beliau berkata janin itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat pada pukul 3.30 petang.
BERNAMA

Wednesday, 23 January 2013

Beego, Linda kahwin 8 Jun


BEEGO dan Linda dijadualkan bakal menjalani kehidupan sebagai suami isteri menjelang bulan Jun tahun ini.

WALAUPUN pernah dikecewakan dengan isu rumah tangga yang hanya mampu bertahan selama empat bulan dan menduda sejak tahun 2009, Beego atau nama sebenarnya Mohd. Aszerul Nizam Abdullah, 33, tidak pernah berputus asa untuk mencari kebahagiaan bersama insan yang lain.
Dia yang sebelum ini berkahwin dengan Intan Shahira Mohd. Shahru pada 28 Disember 2007, mengakui akan melangsungkan perkahwinan kali keduanya pada pertengahan tahun ini bersama pelakon terkenal, Linda Hashim.

Pelakon yang meraih populariti menerusi sitkom Puteri, arahan Aziz M. Osman itu, telah merisik dan sekali gus mengikat tali pertunangannya bersama Linda,29, pada Oktober tahun lalu.
Beego yang sebelum ini telah membelanjakan keseluruhan kira-kira RM157,000 bagi persiapan perkahwinan terdahulu sempat memberitahu Kosmo! mengenai persiapan pernikahan keduanya itu pada majlis kesyukuran dan berzanji sempena Maulud Nabi yang diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Hulu, Klang, Selangor yang dianjurkan oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).
Ikuti temu bual bersama Beego yang buat pertama kali mendedahkan tentang tarikh sebenar pernikahannya dengan Linda.

Kosmo!: Benarkah khabarnya Beego akan berkahwin dengan Linda pada tahun ini?
BEEGO: Ya, saya dan keluarga telah merisik Linda pada Oktober tahun lalu dan majlis itu yang meraikan pertunangan saya dan dia diadakan secara mengejut. Ia akan diakhiri di jinjang pelamin tidak lama lagi. Insya-Allah kami akan berkahwin pada 8 Jun tahun ini.

Beego kata pertunangan itu dilakukan secara mengejut, boleh jelaskan dengan lebih lanjut?
Saya dan keluarga sebenarnya datang hanya untuk merisik Linda. Bagaimanapun, apabila semua ahli keluarga berkumpul dan kegembiraan itu memuncak, kedua-dua belah pihak secara tidak langsung meminta kami mengikat tali pertunangan pada masa yang sama. Mujur, saya ada membawa sebentuk cincin berbatu permata selain daripada cincin belah rotan sebagai tanda merisik.

Melihat kepada kegembiraan itu, jadi keluarga Linda boleh menerima dengan hati terbuka kisah hidup Beego yang turun dan naik mahkamah?
Alhamdulillah, saya telah menerangkan segalanya kepada keluarga Linda tanpa ada berselindung apa-apa dan mereka boleh menerima saya dengan seadanya. Hanya saya dan teman-teman rapat sahaja yang tahu perkara sebenar. Mereka yang membaca dalam media cetak itu hanya mengenali dan mengetahui kisah hidup saya secara kasar.

Berbalik kepada soal perkahwinan, sudahkah Beego menyediakan barang kelengkapan perkahwinan dan membuat perancangan untuk upacara itu nanti?
Saya sudah membeli barang-barang hantaran seperti kasut, beg tangan dan pewangi. Bagi perancangan upacara perkahwinan kami nanti, majilis akan diuruskan oleh kakak sulung Linda sendiri, Erin yang memiliki butik andaman Erin & Erinas Wedding.

Jadi Beego cuma menguruskan barang-barang hantaran sahaja?
Tidak juga, untuk tempat dan konsep, kami dan Erin akan sama-sama berbincang bagi mendapatkan penyelesaian yang terbaik. Bukan apa, kakak Linda ingin yang terbaik untuk adiknya, jadi kami dengan berbesar hati mengalu-alukan keikhlasan Erin untuk membantu kami.

Di manakah lokasi persandingan itu nanti?
Insya-Allah, kami akan mengadakan persandingan di Finas, Kuala Lumpur dengan kerjasama Seniman dan juga Finas sendiri.

Kenapakah Beego memilih Finas dan tidak di hotel mewah seperti kebanyakan artis yang lain?
Saya rasa semua rakan artis dan media sudah biasa dan mengenali tempat ini, jadi lebih mudah jika saya membuat majlis perkahwinan itu nanti di Finas sahaja.

Apakah konsep perkahwinan Beego dan Linda nanti?
Ia berkonsep dalam taman.

Bagaimanakah pula dengan kad jemputan dan senarai tetamu yang akan diundang?
Kami baru sahaja ingin menempah kad jemputan. Bagi senarai tetamu yang akan dijemput, sudah tentulah keluarga dan sahabat handai, rakan-rakan artis dan para media.

Adakah Beego akan menjemput bekas isteri nanti?
Saya tidak mahu membawa sejarah hitam kehidupan yang lepas ke masa hadapan saya. Jadi, saya rasa cuma orang yang memberi kebahagiaan dan kebaikan buat diri saya sahaja yang akan saya undang ke majlis perkahwinan saya itu nanti.
KOSMO

Tuesday, 22 January 2013

Haluan muzik Yuna & Aizat

YUNA dan Aizat merupakan dua nama besar yang kini sedang meniti di bibir peminat muzik tempatan. Ditambah pula dengan kejayaan yang diraih melalui Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL 27) baru-baru ini, kemanisan mengharungi kejayaan dalam karier yang dibina lebih bermakna.

Sememangnya sebelum ini, belum pernah Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Zarai dan Muhammad Aizat Amdan yang lebih mesra disapa sebagai Aizat berkolaborasi dalam mana-mana lagu mahupun sebarang konsert atau majlis persembahan mega.

Adakah mungkin kejayaan pada AJL 27 akan menyatukan Yuna dan Aizat kelak untuk suatu kolaborasi?

Ketika ditemui pada majlis kesyukuran Yuna dan Aizat di TAR Villas, Taman Ampang Jaya, Ampang, Selangor, kelmarin, tutur kedua-dua anak muda ini, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkolaborasi bersama.

Namun, jadual yang padat dan tambahan pula kini Yuna sendiri telah mempunyai karier yang sibuk di Amerika Syarikat (AS) membuatkan perancangan tersebut tertangguh.

Memang tidak dinafikan, setelah Aizat membantu Yuna menyampaikan lagu ciptaan sepenuhnya Yuna, Terukir Di Bintang pada peringkat akhir AJL 27, terserlah keserasian antara mereka dan Aizat dikatakan sesuai membawa lagu Yuna itu bagi versi lelaki.

"Kami pernah rancangkan perkara ini sudah lama sebenarnya, tetapi belum punya masa untuk duduk bersama dan berbincang secara serius mengenainya. Ini kerana, Yuna memang dapat kita lihat, dia kini sedang sibuk dengan kerjayanya di AS.

"Bagi merealisasikan perkara tersebut buat masa ini, memang agak sukar. Jadi, saya tidak mahu terlalu tergesa-gesa untuk melakukannya. Saya percaya, jika ada rezeki, pasti peluang itu akan hadir kelak," ujar Aizat.

Aizat cemburukan Yuna
Buat masa ini, tutur Yuna dan Aizat, kedua-dua masing-masing sedang sibuk untuk membuat persiapan album baharu yang berkemungkinan dilancarkan tahun ini.
Menurut Aizat yang bernaung di bawah syarikat labelnya sendiri iaitu Kasi Gegar Entertainment (KGE), dia kini dalam proses menyiapkan album ketiganya.

"Album ketiga saya itu sudah 10 peratus siap dan kali ini saya ingin membuat perubahan terhadap muzik. Saya mahu muzik saya kali ini dapat dinikmati oleh semua golongan peminat ketika membuat persembahan di atas pentas.

"Saya tidak mahu menjadi penyanyi yang hanya 'layan' lagu sendiri tanpa menghiraukan peminat.
"Jadi kali ini, album saya ada banyak kejutan. Dalam album terbaharu ini juga, banyak lagu yang saya buat penyusunan muzik sendiri. Jadi, saya memang teruja untuk nantikan kehadirannya kelak," jelas Aizat yang banyak belajar daripada kursus yang diikutinya selama dua bulan di London pada tahun lepas.

Tambah pelantun lagu Pergi ini, sebanyak 12 buah lagu akan diselitkan dalam album ketiganya itu termasuk yang berbahasa Inggeris.

Katanya lagi, sudah tiba masanya untuk dia berubah dan menyuntik kelainan dalam muziknya.
"Semenjak saya berada lama dalam industri dan boleh dikatakan dewasa, saya rasakan dahulu saya tulis lirik ikutkan apa yang telinga saya suka dengar.

"Namun kali ini, saya rasa pelbagai perkara lagi yang boleh dilakukan sebagai penyanyi. Saya tidak mahu lagi banyak menulis lagu tentang cinta dan perpisahan. Mungkin saya akan ke arah lain yang berkisar tentang pelbagai perkara," bicara Aizat.
Selain itu, sebagai penyanyi muda, Aizat juga jujur mengakui bahawa dia cemburu dengan peluang yang diperoleh Yuna.

Dapat bekerjasama dengan komposer dan pemuzik hebat seperti gitaris dari kumpulan legenda, Incubus iaitu Mike Einziger yang merupakan idolanya sejak kecil lagi adalah impian setiap pemuzik.

Kolaborasi Yuna, David Foster
Bukan mudah untuk menambat hati komposer atau penulis lirik malah syarikat label besar antarabangsa bagi mempercayai bakat yang ada pada diri terutamanya penyanyi dari luar.
Namun, berbekalkan bakat yang wujud dalam diri, segala usaha Yuna sebagai pemuzik tercapai kerana baru-baru ini, Yuna telah meraih kepercayaan daripada legenda muzik terkenal, David Foster untuk menandatangani kontrak dengan label Verve Music Group.

"Alhamdulillah, setelah selesai kontrak bersama The Fader, kini saya telah pun bernaung di bawah Verve Music Group yang dipengerusikan oleh David Foster.
"Mereka memang sudah lama mahu bernaung dengan syarikat itu, namun ketika itu saya masih lagi di bawah The Fader.
"Saya bakal muncul dengan sebuah album baharu pada bulan Jun atau Julai tahun ini.

"David sangat menyokong saya dan dia faham arah tuju muzik saya bagaimana. Sebagai seorang komposer dia memberi kebebasan kepada saya," ujar Yuna.

Isu Uji Rashid
Melihat kepada kejayaan yang dicapai Yuna dalam industri muzik di AS, anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini mengakui label pertama yang menaungi karier seninya di sana iaitu The Fader sangat membantu dalam mempromosikan dirinya ketika dalam proses membina nama di situ.

Kini, dia tidak perlu lagi terlalu bertungkus-lumus untuk memperkenalkan diri walaupun telah berada di bawah label muzik baharu dan hanya memberi konsentrasi terhadap promosi muzik sahaja.

Menjawab persoalan mengenai kontroversi nama Uji Rashid yang digugurkan daripada menyampaikan Terukir Di Bintang pada AJL 27 baru-baru ini, beritahu Yuna, dia memohon agar isu ini tidak dipanjangkan lagi.

Katanya, semua persoalan telah dijawab dan dia menganggap isu tersebut sudah selesai.
"Memang saya yang membuat keputusan untuk memilih Uji Rashid kerana saya sangat meminati dirinya dan ingin tampilkan kelainan dalam persembahan.
"Namun, saya juga perlu akur dengan keputusan pihak pengurusan dan mereka yang lebih arif tentang perkara ini.

"Jika mahu penjelasan yang lebih lanjut, boleh merujuk semula kepada kenyataan yang dibuat oleh pihak pengurusannya dalam program Melodi. Semuanya ada di situ," jelas Yuna.
KOSMO

Monday, 21 January 2013

Yuna Tidak Tolak Jodoh Dengan Julian Schratter


Siapakah Julian Schratter yang baranglai lebih dikenali dengan nama throughjuleslens? Dia adalah jejaka yang disebut-sebut telah berjaya menambat hati penyanyi, Yunalis Zarai atau Yuna .

Gosip ini mula bertebaran apabila ramai mata telah menyaksikan kepada kemesraan yang terjalin di antara dua individu ini khususnya di laman sosial Instagram mereka.

Yuna yang mengakui masih single itu berkata bahawa Julian adalah merupakan jurugambar merangkap temannya dari Amerika Syarikat. Pada sekitar November tahun lalu, Julian telah menjadi perhatian setelah dilihat sering bersama Yuna ketika sebulan penyanyi itu pulang ke Malaysia.

Dalam pada itu, Yuna tidak menolak kemungkinan jika dia bertemu jodoh dengan jejaka bukan Melayu. Bagi Yuna, Islam itu sebuah agama yang indah dan mudah untuk dipelajari. Yuna malah ibubapanya tidak menilai seseorang itu daripada asal usul seseorang itu. Yahoo

Sunday, 20 January 2013

Rita Rudaini tetap saman suami


Rita Rudaini bersama dua orang anaknya lelakinya, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2.


Rita Rudaini sudah lali biarpun setiap kali muncul di hadapan media, pasti gelora rumah tangganya menjadi bahan bicara. Ibu anak dua itu juga langsung tidak terjejas emosinya saat bercerita tentang drama terbaharu lakonannya, Sehangat Asmara bersama Adi Putra. Dia yang masih dibelenggu isu perebutan hak jagaan anak bersama suami, Aidil Zafuan Abdul Radzak.

"November lalu saya sudah berjaya membatalkan perintah kembali taat atau nusyuz yang difailkan oleh Aidil (suami). Sekarang ini, saya ada satu lagi saman ke atas Aidil berkenaan bayaran nafkah bulanan diri saya dan anak-anak.

"Tapi, lepas dia gagal dengan tuntutan kembali taat di Petaling Jaya, Aidil ada failkan semula kes baharu di Mahkamah Rendah Syariah Seremban. Kali ini dia kemukakan permohonan cerai dan penjagaan anak.

"Bagi saya, fail sahajalah kes itu seluruh negara sekali pun, saya akan ikut rentak dia dan pertahankan hak saya. Sebagai ibu, saya akan pertahankan anak-anak saya dan sebagai isteri saya akan pertahankan hak saya. Sebelum ini dia tarik balik permohonan cerai, sekarang dia ingin bercerai pula. Kalau mahu bercerai, saya akan persoalkan apa salah saya. Saya berani sebab saya tahu bahawa saya tidak buat salah," tegas Rita tanpa banyak emosi yang tumpah usai sidang drama Cinta Terhalang di Publika, Mont Kiara, Selalu.

Rita memfailkan tuntutan nafkah daripada Aidil pada 8 November lalu dan kes itu akan disebut semula pada 23 Januari ini (Rabu).

Pada November lalu juga, Rita berjaya dalam permohonannya untuk membatalkan perintah kembali taat yang difailkan oleh Aidil Zafuan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.
Krisis rumah tangga Rita dengan pemain bola sepak kebangsaan itu bermula apabila lelaki berusia 26 tahun itu bertindak keluar dari rumah mereka di Damansara, Kuala Lumpur ketika aktres itu pulang ke kampung halamannya di Arau, Perlis bersama anak-anak.

Rita dan Aidil bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki sehingga menyebabkan perkahwinan tersebut timbul pelbagai masalah. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang putera iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2.

Berbalik kepada statusnya kini yang secara rasminya masih bergelar isteri kepada Aidil, Rita tidak pernah menghukum semua lelaki sebagai sama.

"Bukan semua lelaki tidak baik. Pasti ada di luar sana yang bertanggungjawab dan menyayangi isteri masing-masing sepenuh hati. Jika pada masa akan datang ditakdirkan bertemu lelaki lain, orang itu mesti lebih menyayangi anak-anak berbanding diri saya," katanya sambil menyuarakan rasa kagum terhadap karakter Zainal Arief (Adi Putra) menerusi drama Sehangat Asmara yang akan memulakan siaran di saluran Mustika HD bermula esok.

"Walaupun mendapat tentangan keluarga, Zainal sangat cintakan isterinya Kamelia. Dia sanggup tunggu sehingga lapan tahun untuk memenangi semula hati Kamelia. Saya juga mahukan lelaki seperti Zainal Arief," katanya.

Menjadi Kamelia Najwa, Rita melakonkan watak wanita yang berdepan krisis rumah tangga dan berlawan kes perebutan anak dengan suaminya, Zainal. Seolah-olah melakonkan realiti sendiri di kaca televisyen, Rita diasak tentang keterbukaannya itu.

"Saya wanita dan ibu yang mengalami situasi yang dialami Kamelia, sudah tentu ia memudahkan saya untuk menghayati karakter. Bagaimanapun, saya mulanya sedikit kekok dengan Adi. Saya risau takut-takut dilabel gatal pula bila pegang-pegang Adi, manalah tahu," katanya ketawa tanpa menafikan kaitan karakter Kamelia dengan dirinya.
Tambah Rita: "Dalam drama itu, kami cuma bahagia masa bercinta sahaja, masuk episod kahwin, saya terus kena menangis di lokasi."

Dalam perkembangan terbaharu, Rita kini kembali berkongsi lokasi dengan pelakon Lisdawati setelah mereka bergaduh di satu lokasi penggambaran, tujuh tahun lalu. Timbul sedikit isu, apabila Rita dibidas oleh Fauzi Nawawi (suami Lisdawati) sebagai bersifat tidak matang kerana membuat permintaan agar lelaki itu tidak berada di lokasi jika ada penggambaran membabitkan Rita. Dalam drama Kerana Sarah itu, Rita melakonkan watak heroin manakala Lisdawati watak pembantu.
"Pernah ada satu babak, saya dan Lisda kena berlaga bahu. Kami tetap buat sebab Lisda dan saya sudah tiada apa-apa masalah. Masing-masing buat hal sendiri di lokasi. Tentang Fauzi, saya memang tak mahu dia ada di lokasi ketika saya ada," tutup Rita enggan membuka kisah lama. KOSMO

Saturday, 19 January 2013

Leonardo DiCaprio mahu berehat panjang

BERLIN - Aktor filem Titanic, Leonardo DiCaprio dilaporkan berhasrat untuk berehat panjang daripada berlakon kerana dia mahu memberi tumpuan kepada kempen alam sekitarnya.
DiCaprio berkata demikian ketika diwawancara akhbar tabloid Jerman, Bild semalam.

Bintang dari Amerika Syarikat itu berkata, dia sedikit keletihan dan ingin bercuti panjang kerana sudah membintangi tiga buah filem dalam tempoh dua tahun.

"Saya ingin memperbaiki keadaan dunia. Saya akan bergerak ke seluruh dunia untuk melakukan perkara baik untuk alam sekitar," katanya kepada Bild.
Filem terbaharu DiCaprio, Django Unchained meraih dua anugerah pada majlis Golden Globe Ahad lalu.

Dia juga baru-baru ini membintangi filem The Great Gatsby dan The Wolf of Wall Street.
Pelakon berusia 38 tahun itu turut mendedahkan bahawa dia menggunakan kereta berkuasa elektrik dan panel solar di rumahnya demi menjaga alam sekitar. - AFP

Syarat Fara Fauzana jika bermadu

PENYAMPAI radio HotFM, Fara Fauzana Mohd. Fadzil yang juga pengacara program terkenal Nona, seringkali diajukan persoalan tentang rumah tangga.

Memandangkan umurnya sudah berganjak 33 tahun, persoalan teman lelaki dan rumah tangga sering menjadi bahan perbualan antara dirinya bersama pendengar radio dalam segmen AM Krew setiap hari di HotFM.

Ketika ditemui pada pelancaran program terbaharu TV9 di The Curve, Mutiara Damansara, Fara Fauzana berkongsi mengenai isi hatinya tentang isu rumah tangga dan syarat yang mesti dipatuhi jika dia perlu bermadu.

Kosmo!: Jika tidak keberatan, mahu tanya adakah Fara kini sudah mempunyai teman lelaki sekarang?
FARA: Saya masih berusaha, pernah ada (teman lelaki) dahulu, kira-kira dua tahun lepas.
Adakah anda rasa sunyi kerana umur sudah mencecah 33 tahun tetapi masih solo?
Saya tidak terlalu sunyi, saya bertuah kerana ada tiga sahabat baik yang sentiasa membuatkan hidup saya tidak sunyi.

Adakah Fara akan menolak jika ditakdirkan berkahwin dengan suami orang?
Saya tidak kisah berpoligami tetapi dengan syarat, isteri lelaki itu yang perlu datang meminang saya.

Kenapakah perlu begitu?
Perkara itu menjadikan perkahwinan saya nanti tiada masalah kerana tidak ada unsur-unsur mahu berselindung.

Kenapakah Fara masih solo, adakah kerana terlalu memilih dengan status anda yang popular?
Saya tidak mencari teman lelaki tetapi saya berusaha, pintu hati saya sentiasa terbuka tidak pernah tertutup.

Adakah anda ada letakkan sasaran umur atau masa untuk mendirikan rumah tangga kelak?
Tidak ada sasaran tetapi saya jenis yang pentingkan keluarga dan saya memang hendak anak memandangkan umur sekarang.

Adakah keluarga anda mendesak untuk mendirikan rumah tangga segera?
Sesiapa pun tidak pernah desak saya untuk berumah tangga, rasanya ibu rasa bersalah kepada saya sebab masa berumur 21 tahun saya hendak berkahwin tetapi dihalang.

Bolehkah ceritakan sedikit mengenai cinta anda dihalang itu?
Masa itu saya baru tahun pertama belajar di universiti, saya hendak berkahwin dengan teman lelaki saya ketika itu, memanglah mendapat halangan keluarga.

Mengenai karier pula, adakah kontrak anda mengendalikan Nona akan disambung?
Ya, ia disambung setahun lagi. Kali ini lebih banyak bergandingan dengan Neelofa.

Adakah pandangan Fara jika Neelofa menang mengalahkan anda dalam Anugerah Bintang Popular bagi kategori kategori Pengacara TV Wanita Popular?
Saya sudah menang hampir tujuh kali rasanya, tidak kisah Neelofa menang. Kami dalam program yang sama itu prinsip saya, menang dia maknanya program kami berjaya.
KOSMO

Friday, 18 January 2013

Mogok seks

MANILA: Wanita di sebuah perkampungan di selatan Filipina berjaya mewujudkan keamanan selepas mengancam melakukan ‘mogok seks’ jika pasangan mereka terus berperang, lapor agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam.
Amaran mengenai ‘mogok seks’ itu dibuat wanita di Kampung Dado, Mindanao, yang sering menyaksikan berlaku pertikaian di kalangan penduduk setempat.

Pegawai serantau Suruhanjaya Tinggi Pelarian PBB (UNHCR), Rico Salcedo, berkata tindakan itu akhirnya membolehkan 102 keluarga yang mendiami kampung berkenaan hidup aman dan membangun.
“Kawasan ini sering berlaku konflik membabitkan pertikaian di antara keluarga atau isu tanah,” katanya.

Menurut Salcedo, idea ‘mogok seks’ itu datang daripada sekumpulan wanita tempatan yang menubuhkan perniagaan jahitan.

Bisnes mereka terjejas apabila produk siap dijahit tidak dapat diserahkan kepada pelanggan kerana laluan di kampung itu sering ditutup untuk mengelak keganasan.
Menurut Salcedo, kejadian tembak-menembak sering berlaku di kalangan lelaki tempatan, terutama di kawasan berhampiran jalan.

Pemimpin kumpulan wanita itu, Hasna Kandatu, berkata mereka bersepakat enggan melayan suami masing-masing jika terus mencetuskan masalah.
“Jika mereka keluar rumah untuk berkelahi, mereka tidak dibenarkan pulang dan kami enggan melayan mereka,” katanya. Pertikaian suku membabitkan masalah tanah, wang atau politik sering berlaku di selatan Filipina. - AFP

Individu yang curi duit Lisa Surihani dicam

Kuala Lumpur: Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung penipuan membabitkan ibu dan pelakon, Lisa Surihani, 26, yang kehilangan wang RM50,000 selepas kad mesin juruwang automatik (ATM) mereka ditukar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani berkata, pihaknya kini mengenal pasti individu yang terbabit mengeluarkan wang itu selepas membuat kad ATM baru tanpa pengetahuan mangsa.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Harian Metro pada Isnin lalu melaporkan Lisa Surihani, 26, dan ibunya, Siti Amira Ahmad, 62, kerugian RM50,000 apabila wang dalam akaun bersama milik mereka hilang selepas kad ATM mereka ditukar. Kehilangan wang itu disedari Siti Amira ketika ingin mengeluarkan wang jam 10.30 pagi di mesin ATM di sebuah bank di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, dekat sini, 11 Januari lalu.

Sumber polis berkata, ketika membuat semakan baki simpanan, Siti Amira mendapati wang dalam akaun bersama itu berkurangan dan mengesyaki berlaku penipuan kerana sebelum ini dia tidak membuat pengeluaran wang. Menurutnya, apabila dirujuk kepada bank, dia diberitahu kad ATM miliknya tidak boleh digunakan kerana sudah ditukarkan kad baru oleh individu lain tanpa pengetahuannya.

Berikutan itu, Siti Amira bersama Lisa Surihani membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Bangi pada hari sama,” katanya. Sumber itu berkata, rekod pengeluaran menunjukkan wang dalam akaun dua beranak itu dikeluarkan di beberapa tempat dan terbaru di Kuantan, Pahang, Selasa lalu.

Janin kekasih dalam kereta

Petaling Jaya: Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang melakukan pemeriksaan sebuah kereta dalam satu sekatan jalan berhampiran Pangsapuri Kayangan, Jalan PJS 10/24, di sini, terkejut apabila menemui satu bungkusan berisi janin, semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, anggota berkenaan menahan sebuah kereta dinaiki dua lelaki selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan sebelum diarahkan berhenti untuk pemeriksaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, janin itu ditemui dalam keadaan berbalut dengan tuala kecil dipercayai untuk dibuang atau ditanam.
“Siasatan awal mendapati janin itu milik teman wanita kepada pemandu kereta terbabit yang mengalami keguguran biasa.

“Suspek berusia 26 tahun dan rakannya kini ditahan bagi membantu siasatan, malah teman wanitanya turut dipanggil ke balai polis untuk diambil keterangan,” katanya.
myMetro

Britney Spears pulangkan cincin pertunangan

BINTANG pop terkenal, Britney Spears, 31, yang memutuskan pertunangan dengan Jason Trawick, 41, selepas 13 bulan bertunang dilaporkan telah memulangkan cincin pertunangan 3.5 karat kepada bekas tunangnya itu baru-baru ini.

Menurut laman gosip TMZ.com, Britney yang mempunyai dua orang anak lelaki, Sean Preston, 7, dan Jayden James, 6, hasil perkahwinannya sebelum ini dengan Kevin Federline bertindak memutuskan pertunangan tersebut kerana Jason enggan memiliki anak.

"Jason amat menyayangi anak-anak Britney tetapi dia tidak mahu memiliki anaknya sendiri," kata sumber yang rapat dengan pasangan itu.

Tambah sumber itu lagi, pasangan tersebut kerap bertengkar tentang penambahan bilangan anak dan ia menjadi punca utama mereka berpisah. Britney tidak diminta untuk memulangkan kembali cincin yang diberi ketika Jason melamarnya tetapi dia membuat keputusan itu sendiri.

Trawick merasakan hubungannya bersama Britney telah merampas sikap individu dirinya sehingga dia tidak boleh mengambil pelanggan lain dan kini dia tidak sabar untuk kembali fokus terhadap kerjayanya sebagai agen publisiti di Hollywood.

Pasangan itu dikatakan telah berpisah secara baik. Britney merupakan pemilik tunggal kepada rumah yang didiami mereka berharga RM25 juta dan tidak mempunyai sebarang masalah kewangan.
Penyanyi yang mengumumkan perpisahan mereka pada 11 Januari lalu mengatakan dia selalu kagum dengan Trawick dan akan kekal sebagai teman baik.

Shakira dedah bentuk badan?

BARCELONA - Bintang pop Colombia, Shakira mendedahkan bentuk badannya yang hamil menerusi beberapa keping gambarnya yang didedahkan kelmarin.

Salah satu gambar tersebut menunjukkan penyanyi itu memakai gaun yang berwarna putih.
Bagaimanapun, salah satu gambar yang dikeluarkan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu menunjukkan Shakira bergambar bersama kekasihnya, Gerard Pique.
Pique merupakan pemain kelab bola sepak Barcelona di Sepanyol.

Gambar berkenaan menunjukkan Shakira mendedahkan perutnya kerana dia hanya memakai bra dan kain di bawah paras pinggang.

Shakira, 35, dan Pique, 25, mula menjalin hubungan selepas pemain bola sepak tersebut muncul dalam klip video lagu rasmi Piala Dunia 2010 berjudul Waka Waka bersama penyanyi jelita itu.
Pasangan yang belum berkahwin itu mengesahkan hubungan mereka pada 29 Mac 2011 menerusi laman Twitter dan Facebook.
Mereka dijangka menimang cahaya mata pada awal tahun ini. - Agensi

Monday, 14 January 2013

Lagi Boeing 787 alami masalah

TOKYO - Sebuah pesawat syarikat Japan Airlines, Boeing 787 Dreamliner mengalami kebocoran minyak buat kali kedua semalam dalam tempoh kurang seminggu.
Menurut laporan berita Jiji Press, insiden tersebut berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di sini ketika pesawat itu sedang diperiksa oleh beberapa pekerja.
Pesawat tersebut diperiksa selepas ia mengalami masalah kebocoran minyak pada Selasa lalu di Boston, Amerika Syarikat (AS).

Pihak syarikat berkenaan tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan komen.
Pada Jumaat lalu, pihak penguat kuasa peraturan penerbangan di AS mengumumkan pemeriksaan keselamatan perlu dilakukan ke atas pesawat Boeing 787 Dreamliner selepas berlaku beberapa masalah melibatkan kapal terbang berkenaan.
Pada Isnin lalu, kebakaran berlaku di dalam kabin sebuah pesawat syarikat Japan Airlines selepas ia mendarat di Boston dari Jepun.

Syarikat Japan Airlines dan All Nippon Airways merupakan pelanggan penting syarikat Boeing kerana kedua-duanya membuat banyak tempahan pesawat tersebut. - Agensi.

Wednesday, 9 January 2013

Uday Chopra bakal tamat zaman bujang?

Bintang bertubuh sasa, Uday Chopra, dikatakan bakal menamatkan zaman bujangnya bersama bekas finalis America's Next Top Model, Nargis Fakhri pada Mac ini.

Bagaimanapun pasangan yang sering dilihat bersama sejak awal tahun lalu ini menafikan berita itu. Jelas Uday, dia kesal dengan penyebaran khabar angin itu.

"Saya akui memang kami sering bersama tapi bukan bermaksud kami akan berkahwin.

"Sejujurnya, saya amat selesa bersama Nargis. Dia sangat memahami dan sering mengambil berat.

"Namun hubungan kami hanya sebagai rakan. Lagipun saya belum sedia menamatkan zaman bujang," kata aktor yang terkenal menerusi filem Mohabbatein.

Tuesday, 8 January 2013

Imej sotong gergasi yang dirakam di Lautan Pasifik didedahkan saintis


IMEJ yang disiarkan pihak stesen televisyen NHK dan Discovery Channel semalam menunjukkan sotong gergasi di dalam laut dekat Kepulauan Ogasawara, Jepun.


TOKYO - Beberapa saintis menyatakan mereka berjaya merakamkan gambar seekor sotong gergasi sepanjang kira-kira lapan meter di dasar Lautan Pasifik.

Pendedahan itu dibuat semalam selepas pihak Muzium Sains Kebangsaan Jepun berjaya membuat penggambaran haiwan laut dalam itu di habitat semula jadi sotong berkenaan buat kali pertama.
Ia merupakan hasil kerjasama dengan stesen televisyen NHK dan saluran Discovery Channel.

Para saintis itu menemui sotong tersebut pada kedalaman 630 meter dengan menggunakan sebuah kapal selam pada Julai tahun lalu sekitar 15 kilometer ke timur Pulau Chichi di utara Lautan Pasifik.
Penyelidik muzium tersebut, Tsunemi Kubodera berkata, pasukan penyelidikannya mengekori sotong besar itu pada kedalaman 900 meter ketika haiwan berkenaan menyelam jauh ke dasar lautan.

Rakaman stesen televisyen NHK menunjukkan haiwan berwarna perak dan bermata hitam besar itu berenang melawan arus laut dengan belalainya melilit umpan sotong.
"Haiwan itu bersinar dan amat cantik," kata Kubodera.

Sebelum ini, Kubodera hanya merakamkan gambar seekor sotong raksasa yang ditangkap dan dinaikkan ke dalam botnya pada tahun 2006. - AFP

Monday, 7 January 2013

Gambar Puteri Diana semasa remaja dilelong


SEKEPING gambar yang akan dilelong menunjukkan Diana (kiri) berada di sebelah Russell. 
 

AMHERST, New Hampshire - Sekeping gambar Puteri Diana ditanda dengan tulisan yang meminta ia tidak diterbitkan akan dilelong pada bulan ini.
Gambar tersebut menunjukkan ketika Diana belum berkahwin dengan pewaris kedua takhta Britain, Putera Charles.

Menurut firma lelongan, RR Auction, gambar berkenaan mungkin tidak pernah dipamerkan kepada media sebelum ini.

Tarikh yang terdapat di belakang gambar itu ialah Februari 1981.
Gambar tersebut dirakamkan selepas Charles dan Diana menamatkan spekulasi bahawa mereka akan berkahwin.

Menurut agensi berita AP semalam, gambar berkenaan diperoleh dari Arkib Caren.
Arkib itu mengumpulkan koleksi gambar-gambar dari surat khabar dan penerbitan lain.
Gambar tersebut dibeli dari akhbar Daily Mirror tujuh tahun lalu.
Naib Presiden RR Auction, Bobby Livingston pada Sabtu lalu menyatakan beliau tidak mengetahui identiti lelaki yang berada di sebelah Diana.

Bagaimanapun, beliau difahamkan, sebuah akhbar Britain berjaya mengenal pasti identiti lelaki itu.
Media Britain mengenal pasti lelaki muda itu sebagai Adam Russell.
Russell ialah cicit bekas Perdana Menteri Britain, Stanley Baldwin.
Diana dan Charles berkahwin pada 29 Julai 1981.
Bagaimanapun, perkahwinan tersebut berkecai pada 1996.

Diana kemudian meninggal dunia akibat nahas jalan raya di sebuah terowong di Paris, Perancis pada tahun 1997.
Beliau merupakan ibu kepada Putera William dan Putera Harry. - Agensi

AJL27 milik Terukir Di Bintang nyanyian Aizat

TERUKIR Di Bintang muncul sebagai Juara Lagu ke-27 menewaskan 11 pesaing lain.

Lagu ciptaan sepenuhnya Yunalis Zarai atau Yuna itu disampaikan oleh penyanyi, Aizat Amdan dalam persembahan yang santai tetapi klasik.

Naib juara milik lagu Idola hasil ciptaan Audi Mok dan Azlan yang disampaikan Azlan and The Typewriter.

Lagu Ku Akui nyanyian Hafiz yang dicipta komposer terkenal, Ajai di tempat ketiga.

Sementara itu, Hafiz mengulang kemenangan tahun lalu apabila diumumkan pemenang Vokal Terbaik menerusi lagu Ku Akui bagi AJL27 ini.

Persembahan Black dan RJ dalam menyampaikan lagu Teman Pengganti dipilih penonton sebagai Persembahan Terbaik.

Sunday, 6 January 2013

Zarina Anjoulie tertekan kena jel

KUALA LUMPUR - Pelakon dan model kontroversi Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul mengakui dirinya menghadapi tekanan perasaan ketika dua hari bermalam di Penjara Kajang.
Perkara itu dinyatakan oleh Zarina, 27, atau lebih mesra disapa sebagai Anju menerusi akaun Twitternya semalam setelah dijamin keluar oleh adik perempuan tirinya Jumaat lalu.
Seorang pengikut di Twitter pelakon itu bertanya apakah pengalaman dan perasaannya duduk di penjara.

Zarina menjawab di akaun Twitternya: "Kalau macam awak, saya rasa awak sudah menangis. Hanya yang kuat boleh bertahan."
Dalam pada itu, Zarina memberitahu, dia akan mengadakan sidang akhbar bagi menjelaskan situasi yang berlaku ke atas dirinya.

"Kepada semua wartawan beri peluang untuk saya berehat dahulu. Insya-Allah dalam minggu depan saya akan jelaskan. Buat masa ini saya sibuk berbincang dengan peguam dan keluarga," ujarnya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantarkan kepada Kosmo! Ahad kelmarin.

Zarina Anjoulie Lavocah merasa masuk penjara

BUKAN kali pertama Zarina Anjoulie Lavocah dikaitkan dengan dadah. Pada tahun 2010 dia pernah ditahan dalam satu operasi oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Sepang, bagaimanapun ujian air kencingnya menunjukkan dia negatif daripada pengaruh dadah.

Sepi seketika kemudian muncul pula dengan kontroversi dibayar untuk beraksi separuh panas dalam sebuah majalah di Indonesia, sepanjang minggu pelakon itu muncul semula dengan kes dadah terbaharunya.

Sudahlah ditangkap bersama temannya Mohamad Fakhruzaim atas dakwaan memiliki dua biji pil Eramin 5 pada 30 Disember lalu, Zarina yang mengaku tidak bersalah di mahkamah pada Rabu lalu tidak dijamin oleh mana-mana ahli keluarganya sehingga pukul 4 petang. Hasil kegagalan itu, dia terpaksa diheret ke Kompleks Penjara Kajang, Selangor.

Nasib teman lelakinya tidaklah semalang Zarina kerana dijamin oleh abangnya. Sebelum itu pelakon yang masih bergelar pelajar sebuah kolej swasta itu telah direman selama tiga hari di lokap polis.
Sempat merasa masuk penjara yang sebenar, Jumaat lalu pelakon yang pernah membintangi drama Anak Pontianak itu bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin oleh adik perempuan tirinya sebanyak RM2,000. Zarina, 27, yang berbaju kelabu dan berseluar merah jambu, dijamin kira-kira pukul 10 pagi (Jumaat) di bilik jamin Kompleks Mahkamah Petaling Jaya.

Kes itu akan disebut semula 8 Februari nanti. Dakwaan ke atas Zarina dan rakannya dikemukakan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Zarina yang dihubungi Sensasi Bintang bagaimanapun tidak sempat untuk berbual panjang kerana keletihan dan kehabisan bateri telefon.

"Betul saya ditahan, kena dua malam dalam penjara dan lega sekarang dibebaskan. Maaf saya tak dapat berbual panjang, telefon saya kehabisan bateri," katanya dalam nada biasa.
Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi telah mengeluarkan kenyataan bahawa artis wanita tersebut berkemungkinan dipecat sebagai ahli Seniman sekiranya dia didapati bersalah dalam hal ini.

"Kita tidak mahu artis yang terlibat dalam kontroversi menjejaskan nama baik artis lain. Dalam kes Zarina, buat sementara ini kita akan gantung keahliannya kerana mahkamah belum lagi membuat keputusan."
"Sekiranya mahkamah mendapati dia bersalah, Seniman akan memecatnya daripada menjadi ahli," ujar Zed Zaidi.

Mengulas lebih lanjut mengenai isu ini, Zed Zaidi turut memaklumkan bahwa mana-mana artis yang telah dipecat sebagai ahli Seniman, secara automatik akan turut dibuang daripada senarai Finas.
"Ini adalah syarat yang tertakluk dalam Padu Citra yang mewajibkan pelakon menyertai persatuan yang diiktiraf Finas."
"Jika masih ada produksi yang mengambilnya berlakon, kita boleh ambil tindakan," tegas Zed Zaidi.

Tuna dilelong RM5.5 juta


KIYOSHI Kimura bergaya dengan ikan tuna yang dibeli pada harga RM5.5 juta di hadapan restoran sushi miliknya di Tokyo, Jepun semalam.


TOKYO - Seekor tuna sirip biru gergasi mencatat sejarah apabila ia dilelong pada harga AS$1.8 juta (RM5.5 juta) dalam satu majlis lelongan pertama di pasar ikan Tsujiki, dekat sini semalam.

Harga tersebut adalah tiga kali ganda berbanding rekod jualan tahun lalu iaitu AS$640,000 (RM1.9 juta). Ikan seberat 222 kilogram itu ditangkap di perairan Oma, utara Jepun. Pasar ikan Tsujiki sering mengadakan acara lelongan ikan dan menjadi antara lokasi kegemaran pelancong asing.

Ikan itu dibeli oleh Kiyoshi Kimura, presiden dan pemilik syarikat yang mengendalikan rangkaian restoran popular Sushi-Zanmai. Kimura juga memenangi bidaan ikan tuna sirip biru pada tahun lalu.

Saya mahu memenuhi ekspektasi pelanggan yang ingin menikmati tuna terbaik Jepun pada tahun ini. Dengan tuna ini, saya harap dapat menceriakan rakyat Jepun," kata Kimura yang dipetik daripada akhbar Jiji Press.

Berdasarkan kepada harga itu, sekilogram ikan tuna tersebut berharga sekitar 700,000 yen (AS$7,940 atau RM24,180). Maka, sekeping sushi yang menggunakan ikan itu boleh mencecah harga kira-kira 30,000 yen (AS$340 atau RM1,036).

Namun, Kimura menyatakan dia tidak akan menjual sushi pada harga begitu mahal. Sebaliknya hanya dijual pada harga lebih realistik iaitu 398 yen (AS$4.50 atau RM13.75). - AFP

Saturday, 5 January 2013

Aktibiti & Bahan lucah membabitkan kanak-kanak dibongkar

WASHINGTON: Satu operasi polis antarabangsa membanteras aktiviti pornografi kanak-kanak membawa kepada penahanan 245 orang dan berjaya menyelamatkan 123 kanak-kanak kebanyakannya di Amerika Syarikat (AS), kata agensi keselamatan negara itu semalam.
Pengarah Penguatkuasaan Imigresen Dan Kastam AS, John Morton, berkata 23 suspek ditahan di enam negara berasingan.

“Bagaimanapun, saya tidak boleh mendedahkan identiti negara terbabit atas alasan operasi yang sangat sensitif,” katanya. Menurut Morton, 13 daripada kanak-kanak yang diselamatkan itu ditemui di luar AS sepanjang Operasi Bunga Matahari selama lima minggu bermula 1 November tahun lalu.
Katanya, operasi berkenaan dijalankan bagi mengenal pasti individu yang memiliki, memperdagangkan atau menghasilkan bahan lucah membabitkan kanak-kanak. “Antara kanak-kanak yang diselamatkan, 45 orang berusia bawah 12 tahun, termasuk tiga daripadanya belum mencapai usia tiga tahun,” katanya.

Kata Morton, 70 daripada mangsa adalah perempuan dan 43 lelaki.

Daripada jumlah itu, katanya, 23 orang dianggap mencapai usia dewasa.
Operasi itu dinamakan Bunga Matahari sebagai mengenang ulang tahun pertama siasatan polis Denmark terhadap seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang merancang untuk merogol budak berusia 11 tahun.

Siasatan itu bermula setahun lalu selepas polis mengesan rancangan remaja terbabit di Internet. Suspek berjaya ditahan hasil penelitian sekeping gambar dimuat naik menunjukkan papan tanda sebuah lebuh raya yang memaparkan sekuntum bunga matahari. Penemuan itu membolehkan polis mengesan alamat suspek dan menyelamatkan budak perempuan berkenaan. - AFP

Mahasiswa dirogol bergilir - gilir dalam bas oleh 5 lelaki

NEW DELHI: Lima lelaki yang didakwa merogol seorang mahasiswa universiti selama berjam-jam dalam sebuah bas ketika kenderaan itu dipandu di sekitar ibu negara India, kini berdepan tuduhan membunuh, merogol serta beberapa tuduhan lain.
Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dihukum mati. Pendakwa, Rajiv Mohan, memfailkan tuduhan berkenaan semalam.

Selain merogol, lima lelaki terbabit juga didakwa melakukan pencemaran bahan bukti, menculik, membunuh serta beberapa tuduhan lain.
Kertas tuduhan tidak didedahkan dan Rajiv memohon supaya perbicaraan itu dijadual hari ini dijalankan secara tertutup. Tertuduh dikenali sebagai Ram Singh seorang pemandu bas; adiknya, Mukesh Singh (tukang cuci bas di syarikat sama); Pavan Gupta, (penjaja buah-buahan); Akshay Singh (tukang cuci bas) dan Vinay Sharma (jurulatih kecergasan).

Tertuduh keenam, seorang remaja berusia 17 tahun dijangka dibicarakan di mahkamah juvana yang menyediakan hukuman maksimum penjara selama tiga tahun.

Pemilik bas berkenaan juga ditahan dan didakwa kerana menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan permit mengendalikan perkhidmatan bas persendirian.
Semua tertuduh tidak hadir di mahkamah.

Pihak berkuasa berkata, mereka akan memohon supaya tertuduh dikenakan hukuman mati.
Rancangan itu mendapat sokongan bapa mangsa.

Katanya, hukuman paling berat perlu dikenakan ke atas pesalah yang merogol anaknya. “Jika ada undang-undang baru digubal, ia patut dinamakan sempena anak saya,” katanya.

Serangan ke atas wanita berusia 23 tahun itu menyebabkan mangsa mati kerana kecederaan dalaman yang parah.

Insiden itu juga mencetuskan perdebatan mengenai layanan pihak berkuasa terhadap wanita di seluruh India serta mendorong demonstrasi harian bagi mendesak kerajaan bertindak tegas.

Sementara itu, Persatuan Peguam India berkata, ahli badan itu tidak sepatutnya memberikan sebarang khidmat membela tertuduh kerana kekejaman yang mereka lakukan. Mahkamah dijangka melantik peguam bela untuk mewakili semua tertuduh dalam perbicaraan nanti. - AP

Anuar Zain tiga dekad bergelar penghibur

SELAMA 30 tahun bergelar penghibur, penyanyi kacak Anuar Zain bakal menghadiahkan peminat setianya konsert yang diberi nama Anuar Zain Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari pada 16 Februari depan.

Konsert yang akan berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil pada jam 8.30 malam itu menampilkan Mac Chew sebagai pengarah muzik di samping turut membariskan 26 pemuzik orkestra dengan bertemakan Bold & Classy.

Meletakkan sasaran 6,000 penonton, Pengarah Pentas konsert, Jennifer Thompson berkata, setakat ini hampir 60 peratus persiapan konsert sudah berjalan dan pihaknya berharap konsep yang dirancang berjaya dilaksanakan.

“Kami sedang mengusahakan sesuatu yang istimewa khusus buat peminat setia Anuar Zain. Walaupun tidak dapat menyatakan secara terperinci apakah konsep yang ingin kami tampilkan, apa yang pasti ia memberi suatu kenangan indah yang akan dikenang sampai bila-bila dan harus dilihat sendiri penonton nanti.

“Selain itu, istimewanya pada konsert ini ia memaparkan tayangan visual yang berlainan mengenai pembabitan Anuar sejak mula menjadi penyanyi dari zaman kanak-kanak hingga kini.

“Sebanyak 21 lagu Anuar sejak album pertama akan dipersembahkan kepada peminat di samping gabungan lagu medley yang begitu mengasyikkan,” katanya.

Jennifer berkata, pastinya peminat yang hadir berasa sangat bertuah kerana menjadi penonton pertama menyaksikan kesinambungan video klip Ajari Aku berjudul Sempurnakan Aku.

Sementara itu, Pengurus Promosi konsert, Sam Kassim mengingatkan peminat Anuar supaya segera mendapatkan tiket yang semakin terhad berikutan sudah banyak yang terjual.

Tiket berharga RM598 (Gold), RM398 (Silver), RM298 (Bronze) dan RM88 (Palladium B) boleh dibeli menerusi TicketCharge (www.ticketcharge.com.my).

Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari ini adalah konsert solo pertama dipersembahkan Anuar selepas 30 tahun berada dalam industri muzik tempatan.

Malah, pemilihan tarikh 16 Februari dipilih sempena ulang tahun kelahiran Anuar ke-43 yang jatuh sehari sebelum itu.

Sam berkata, melalui konsert itu, Anuar mahu mempamerkan sesuatu yang berbeza yang belum pernah dilihat ribuan peminatnya sebelum ini.

Pendek kata, Anuar mahu menjadikan malam persembahan itu sebagai malam penuh bersejarah, intim dan dikenang sebagai yang terbaik daripadanya.

Selain itu, dalam konsert yang berlangsung selama dua jam itu, Anuar juga akan menyertakan ‘footage’ dan gambar nostalgia serta teknologi skrin LED.

Siapa bakal jadi juara dalam AJL esok

DUA belas lagu yang bertanding pada Anugerah Juara Lagu 27 (AJL27) di Stadium Putra, Bukit Jalil malam esok memiliki kekuatan dan kelebihan tersendiri. Malah semuanya dikatakan berpeluang untuk menang. Namun segala-galanya bergantung pada penilaian pihak juri dan rezeki masing-masing.

Justeru, lagu manakah yang bakal diangkat sebagai Lagu Terbaik AJL27? Semuanya bakal terjawab pada malam kemuncak anugerah yang bermula jam 9 malam.

Daripada 12 lagu yang bertanding, tiga daripadanya disebut-sebut akan mengungguli Lagu Terbaik iaitu Terukir Di Bintang (Yuna), Patah Seribu (Shila Amzah) dan Ku Akui (Hafiz).

Lagu lain yang turut memberi saingan sengit adalah Ombak Rindu (Hafiz & Adira), Idola (Lan & The Typewriter), Teman Pengganti (Black & RJ) dan pendatang baru, Amir Jahari dengan lagu Tanpamu. lagu Anak Kampung dendangan penyanyi popular dari Sabah, Jimmy Palikat bersama kumpulan One Nation Emcees pula diramal–kan akan menyaingi kategori Persembahan Terbaik yang akan dinilai menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS) penonton.

Karya lain yang turut melangkah ke peringkat akhir AJL27 ialah Pelangi Senja (Stacy), Andai Ku Bercinta Lagi (Mojo), Lagu (Bedroom Santuary) dan Simetri (Hazama & Amy Search).

Mungkinkah Juara Akademi Fantasia, Hafiz yang baru saja diangkat sebagai Artis Lelaki Terbaik pada Anugerah Planet Muzik (APM 2012) bakal mengulangi kejayaannya tahun lalu dengan merangkul trofi Juara Lagu dan Vokal Terbaik?

Paling mencuri tumpuan pada tahun ini pastinya persembahan Shila Amzah yang sudah memenangi pelbagai anugerah iaitu Lagu Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik 19; Power Vocal Award (Shout! Awards 2012) dan Artis Wanita Terbaik (APM 2012).

Shila yang baru kembali dari Shanghai ketika dihubungi berkata, dia sangat bersyukur kerana lagu Patah Seribu berjaya melangkah ke final.

“Saya tidak meletakkan harapan tinggi pada AJL27 kerana mara ke peringkat akhir pun sudah cukup bermakna buat karier seni. Terus terang, saya sangat sibuk dan tidak cukup masa untuk berlatih. Justeru, sebaik tiba dari Shanghai, saya gunakan masa yang singkat ini untuk berlatih sebaik mungkin.

“Apapun, saya berusaha memberikan yang terbaik dan selebihnya saya serahkan kepada pihak juri untuk membuat penilaian,” katanya yang bakal menggayakan busana rekaan Hazwani Osman pada malam persembahan nanti.

Dalam pada itu, Black yang mempertaruhkan lagu Teman Pengganti berkata, dia percaya lagu duetnya dengan RJ itu memiliki kekuatan tersendiri dan berpeluang untuk menang.

“Dari segi persiapan, saya fokuskan pada aspek vo kal dan persembahan. Pada masa sama, saya dan RJ berdoa semoga kami diberikan kesihatan yang baik pada malam persembahan nanti. Saya juga berehat seketika daripada aktiviti seni untuk memberikan fokus pada AJL27,” katanya.

Dalam perkembangan lain, penganjuran AJL27 kali ini ialah kategori Persembahan Terbaik yang membabitkan undian SMS 100 peratus daripada penonton.

Tahun ini, AJL27 menampilkan barisan 10 juri termasuk yang ‘diimport’ dari luar bersama nama besar dalam bidang muzik tempatan untuk mengadili per–sembahan finalis malam esok.

Barangkali, ramai peminat yang kecewa kerana Yuna menarik diri pada saat akhir untuk menyampaikan lagu Terukir Di Bintang. Namun, kekecewaan peminat sedikit sebanyak terubat kerana artis yang dipilih Yuna untuk menggantikan tempatnya juga bukan calang-calang iaitu Aizat Amdan yang bakal menyampaikan lagu ciptaannya itu.

Apa yang pasti, penganjuran AJL27 tidak lengkap tanpa persembahan barisan artis popular tanah air. Antara yang bakal membuat persembahan ialah Misha Omar, Ziana Zain, Faizal Tahir dan Royal Air Force.

Ia turut dimeriahkan dengan persembahan penyanyi rock lama seperti Ramli Sarip, Man Kidal, Aris Ariwatan, Joey BPR dan Rahmat Mega. Gandingan hos yang mengacarakan Purple Carpet pula menampilkan trio iaitu Kamal Adli, Miera Lyana dan Sazzy Falak.

Ahli politik merogol Wanita?


SEORANG wanita menampar Brahma yang tidak berbaju.

NEW DELHI - Belumpun reda kemarahan rakyat ekoran kes rogol lima lelaki ke atas seorang gadis baru-baru ini, polis di negeri Assam, timur laut India menangkap seorang pemimpin parti Kongres yang memerintah negara ini, Bikram Singh Brahma kerana kesalahan yang sama kelmarin.

Dia ditangkap kerana didakwa merogol seorang ibu yang mempunyai dua anak di sebuah kampung di Santipur di daerah Chirang di negeri berkenaan.

Imej yang disiarkan di televisyen India menunjukkan beberapa wanita mengepung Brahma dan mengoyak bajunya.

Seorang wanita turut menampar muka ahli politik itu.
Menurut polis, Brahma memasuki rumah wanita tersebut dan merogolnya pada pukul 2 pagi waktu tempatan.

Seorang pegawai polis, G.P. Singh berkata, ekoran jeritan wanita itu, beberapa orang di kampung tersebut keluar dari rumah dan menangkap Brahma.
Ketika kejadian, Brahma sedang melawat kampung tersebut.

BRAHMA yang tidak berbaju dipukul oleh seorang wanita dengan sebatang kayu.

Kejadian itu berlaku selepas seorang pelajar wanita berusia 23 tahun dirogol oleh sekumpulan lelaki di dalam sebuah bas di New Delhi pada 16 Disember tahun lalu.

Pelajar itu meninggal dunia di sebuah hospital di Singapura pada minggu lalu akibat kecederaan dalaman selepas dia dipukul dengan batang besi dan dicampak keluar dari bas itu.
Lima lelaki telah didakwa kelmarin kerana merogol dan membunuh pelajar tersebut.

Mereka yang didakwa itu ialah pemandu bas tersebut, Ram Singh dan adiknya, Mukesh Singh.
Mukesh bertugas sebagai pencuci bas tersebut.

Turut didakwa ialah seorang penjaja buah-buahan, Pavan Gupta dan pengajar kecergasan, Vinay Sharma.

Seorang lagi pencuci bas, Akshay Singh juga didakwa melakukan perbuatan itu.
Kesemua mereka berdepan hukuman mati jika disabit kesalahan. - Agensi

Zarina Anjoulie Bebas selepas dua hari tidur jel


ZARINA ketika menunggu adiknya membayar wang jaminan di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA - Selepas dua hari bermalam di Penjara Kajang, pelakon dan model kontroversi Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul akhirnya bebas setelah dijamin keluar oleh adik perempuan tirinya semalam.

Ogy tinggalkan dunia seni



IMPIAN Ogy untuk membuka sebuah restoran kini tercapai. Banyak masanya kini dihabiskan di sini.


PELAKON dan pengacara sensasi, Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy memberitahu, dia tekad mahu meninggalkan dunia seni untuk memberi fokus kepada restoran yang baru dibukanya. Restoran itu dinamakan sebagai Ogy D’Greenwood.

Kata Ogy ketika ditemui pada majlis pelancaran restoran itu yang terletak di Greenwood, Gombak, Kuala Lumpur baru-baru ini, keputusan tersebut diambil bukan kerana tidak mendapat sebarang tawaran lakonan tetapi memiliki sebuah restoran merupakan impiannya sejak dahulu lagi.

“Saya bukan merajuk atau sudah tiada tawaran lakonan tetapi membuka restoran memang impian saya dari dahulu lagi. Terus terang saya katakan bahawa saya telah ketepikan dunia seni sejak Mei tahun lalu untuk menghadiri kursus perniagaan dan persiapan membuka restoran.

“Lagipun sejak restoran mula beroperasi November lalu, masa saya banyak dihabiskan di sini dan diri ini tidak ada masa untuk ke lokasi penggambaran,” katanya yang merancang untuk membuka restoran itu sejak setahun setengah yang lalu.

Sungguhpun begitu, jelas anak kepada Allahyarham Ahmad Daud dan Saadiah itu, darah seni yang mengalir dalam dirinya tidak akan pernah luput.
Jika ada tawaran yang benar-benar menarik dan sesuai dengan jadual waktunya, tawaran itu akan dipertimbangkannya.

Meskipun pernah melalui jatuh bangun perniagaan menerusi syarikat penerbitan Ogy Production yang diusahakan sejak sekian lama, pengalaman pahit itu tidak sesekali mematahkan semangatnya untuk mencuba sesuatu yang baharu.

“Jatuh bangun dalam perniagaan itu adat. Pengalaman itulah yang menjadikan saya kuat seperti hari ini. Saya bersyukur kerana keluarga dan rakan kongsi banyak membantu,” tuturnya.
Selain itu, restoran itu akan menjadi peninggalan buat anak angkat Ogy, Nur Aminah Aishah yang kini berusia lima tahun.

“Ketika saya masih aktif dengan dunia seni dahulu, dia selalu memahami kesibukan saya. Sekarang tibalah masa untuk saya membayar semula hutang masa saya kepada dia. Apa yang saya lakukan sekarang adalah demi masa depannya juga.

“Sejak menghabiskan lebih banyak masa dengannya, kehidupan diri ini lebih tenang, teratur dan bahagia. Jadi pada usia 50 tahun, saya bukannya muda lagi. Rasanya sudah tiba masanya untuk saya bertukar corak kehidupan,” luahnya yang berazam untuk menjadi ibu yang berdedikasi buat anaknya itu.

Ogy D’Greenwood mula dibuka pada pukul 12 tengah hari sehingga 12 malam itu menghidangkan masakan Thai, Barat, mi kuah Singapura, rojak Singapura dan paling istimewa, mi udang resipi arwah bapanya, Datuk Ahmad Daud serta hidangan nasi Arab.
Setakat hari ini sambutan yang diterima daripada pelanggan amat menggalakkan, malah pihak Ogy tidak menang tangan menerima tempahan perkhidmatan katering.

“Sambutan setakat ini sangat menggalakkan kerana pihak Ogy D’Greenwood bukan sahaja menyediakan perkhidmatan katering tetapi juga menyediakan tempat untuk majlis pertunangan, perkahwinan dan juga pelbagai acara lain,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, menariknya Ogy D’Greenwood turut menawarkan kursus dalam bidang masakan termasuklah pastri, bakeri, pramusaji, kecantikan, keusahawanan dan seni persembahan.

Bagi mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman web www.ogydgreewood.com.my. Selain itu, Ogy juga sedang merancang untuk membina sebuah studio yang boleh disewakan untuk penggambaran berdekatan dengan restorannya.

Klik Untuk Saya k... :)

free counters