Jom Buat Duit

Sunday, 30 September 2012

Siti Nurhaliza dalam pantang

GEMAR mengusik dan tertawa manja merupakan sifat Siti yang disenangi ramai.

MINGGU ini nama Datuk Siti Nurhaliza kembali ke carta panas. Hanya gara-gara menjemput para wartawan, pereka fesyen dan jurusolek untuk berkumpul di rumahnya yang terletak di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur banyak andaian awal terkeluar.
Ada yang muncul dengan andaian penyanyi nombor satu ini bakal mengumumkan kehamilan, tidak kurang juga yang membuat tilikan bahawa Siti bakal menerima menantu. Biasalah apabila terkait dengan Siti, pelbagai cerita akan terkeluar.

Siti yang tenang menyambut tetamu pada Khamis lalu di rumahnya lebih banyak menjemput tetamu menjamah makanan berbanding bertugas. Ketawanya manja dan ayu sewaktu dijolok pertanyaan untuk ditemuramah.

Akhirnya dalam satu sesi meja bulat, penyanyi Bukan Cinta Biasa itu membuka mulut. Semua pertanyaan dijawabnya sambil dia sendiri menjamah makanan. Tiada cerita panas sebenarnya yang mahu ditadahkan. Semuanya berkait kerjayanya dan yang penting dia sedang dalam pantang makan untuk persiapan menjayakan konsert solonya yang bakal dilangsungkan di Bukit Gambang City Resort, Kuantan pada 9 November ini.

Terlebih dulu, Siti sempat menjawab persoalan tentang anak teruna Datuk Khalid Muhammad Jiwa iaitu Ashraf yang bertemu mata dengan aktres Rozita Che Wan. Ashraf bertemu dengan pelakon jelita tersebut secara peribadi di sebuah majlis tertutup untuk mendapatkan kepastian benarkah janda bergetah tersebut mahu mengahwini bapanya yang popular dikenali sebagai Datuk K.
"Saya tahu mengenai perkara itu daripada rakan. Suami pun baru sahaja tahu tentang hal itu pagi tadi (Khamis). Saya faham yang Ashraf tu masih budak lagi. Dia hanya bergurau saja. Saya tidak kisah pun. Sebab budak-budak, biasalah darah panas. Tak ada apa-apa yang serius pun," kata Siti memberi penjelasan.

Lebih ditumpukan adalah persiapan Siti tentang konsert solonya yang bakal diadakan di negeri kelahirannya. Malah untuk konsert tersebut, Siti mengaku sudah mula berpantang dan memulakan senaman yang konsisten untuk menurunkan berat badannya daripada 58 kilogram kepada 55 kilogram.
"Lebih kurang sebulan sahaja lagi sebelum saya membuat persembahan di dalam konsert solo kedua ini nanti. Banyak persiapan yang saya perlu mulakan dari sekarang terutama sekali saya mahu kembali cergas dengan bentuk badan yang lebih kurus," jelasnya.

"Terus-terang saya sudah lama rindu untuk beraksi di pentas yang besar dalam konsert solo selepas konsert yang pertama dahulu iaitu Konsert Satu diadakan di Istana Budaya. Kali ini konsert ini akan adakan di luar Kuala Lumpur dulu dan rasanya ia memberi kelebihan kepada peminat bukan saja di Pahang tapi juga di kawasan negeri Pantai Timur," ujarnya yang sedang memikirkan konsep persembahan bersama penganjur konsert tersebut iaitu Creative Stars.

Menariknya, lokasi konsert kedua ini iaitu Grand Ballroom Bukit Gambang Resort City adalah dewan pertama terbesar di Asia Tenggara.
Persembahan konsert solo kedua terbesarnya itu nanti akan berlangsung selama dua jam dan Siti bakal menyanyikan lebih 20 lagu terdiri daripada lagu pop, balada serta lagu-lagu yang berkonsep tradisional.
Siti yang juga sempat memberitahu bahawa dia kini dalam perancangan untuk melancarkan pewangi eksklusifnya sekitar tahun depan.

Kosmo

Pesawat terhempas di Bandung, Indonesia

BEBERAPA anggota penyelamat memadamkan kebakaran pesawat ringan 202 Bravo yang terhempas di bangunan Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia di Bandung semalam.

JAKARTA - Sebuah pesawat ringan 202 Bravo yang sedang mengadakan pertunjukan aerobatik di Bandung Air Show 2012 di Pangkalan Udara Husein Sastranegara, Bandung terhempas semalam mengakibatkan juruterbang dan pembantu juruterbangnya maut.
Pesawat itu jatuh di kawasan bangunan Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (TNI-AU).

Mangsa yang terbunuh merupakan bekas pegawai TNI-AU.
Jurucakap Kementerian Perhubungan Indonesia berkata, kejadian berlaku pada pukul 11.42 pagi, lima minit selepas pesawat itu berlepas untuk persembahan aerobatik.
Berikutan kejadian itu, pihak penganjur telah membatalkan acara pertunjukan udara seterusnya sebagai tanda berkabung.

Bandung Air Show 2012, satu daripada acara sambutan ulang tahun ke-202 Kota Bandung yang memasuki hari ketiga semalam diteruskan hanya dengan acara pameran.
Sejumlah 28 pesawat termasuk dari beberapa negara seperti Malaysia, Singapura, Filipina, Amerika Syarikat dan Australia mengambil bahagian pada pertunjukan udara yang dijadual berlangsung selama empat hari mulai 27 September lalu. - Bernama

Saturday, 29 September 2012

Lelaki dituduh rogol, bunuh wartawan Ireland

SYDNEY: Seorang lelaki semalam dituduh merogol dan membunuh Jill Meagher selepas mayat wartawan Ireland itu ditemui dalam lubang cetek.
Mahkamah bersidang pada awal pagi untuk membolehkan Adrian Ernest Bayley didakwa ekoran kehilangan Jill, 29, di Melbourne, baru-baru ini.

Berasal dari Drogheda, County Louth, Jill dilihat kali terakhir pada awal pagi Sabtu lalu selepas keluar dengan kawan-kawannya. Difahamkan, mayat Jill ditemui di Gisborne South, kira-kira 30 kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang. Jurucakap polis Victoria berkata, anggota forensik masih menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian. Bayley, 41, dari pinggir Coburg ditahan selepas rakaman kamera litar tertutup memaparkan imejnya bercakap dengan Jill. - DM

Guru mengaku bersalah rakam video paha pelajar wanita

SINGAPURA: Seorang guru semalam mengaku bersalah terhadap 10 daripada 94 dakwaan mencabul kehormatan wanita.

Seow Swee Hong, 39, yang mengajar di sekolah di timur negara ini, menggunakan telefon bimbitnya untuk merakam gambar seluar pendek dan paha mangsa di sekolah dan di kedai buku Popular di hab HDB Tao Payoh, tahun lalu.

Mahkamah diberitahu, Seow melakukan sekurang-kurangnya separuh daripada kesalahan itu ketika masih lagi dalam ikat jamin polis.

Timbalan Pendakwa raya Awam, Lee Zu Zhao berkata, Seow berada di sekolah pada 25 Julai tahun lalu apabila dia merakam video yang memaparkan bahagian atas paha pelajar perempuan ketika pelajar itu menaiki tangga. - The New Paper

Beribu-ribu paku dalam badan

Gambar Hiasan
BANTUL (Indonesia): Seorang penduduk, Supiati, 25, di daerah Harjomulyo, Ogan Komering Ulu, selatan Sumatera, mengalami penyakit misteri.
Terdapat beribu-ribu paku di dalam tubuhnya menyebabkan dia kesakitan dan sukar untuk bergerak.

“Saya telah bertemu dengan ramai doktor tetapi kesakitan ini masih berterusan,” kata Supiati, semalam.

Walaupun telah dibawa ke hospital dua kali oleh bapanya, doktor hanya menemui bukti paku di dalam tubuhnya selepas pemeriksaan kedua.
Pengarah Hospital Besar Nur Hidayah, Arrus Ferry berkata, Supiati akan menjalani pembedahan selepas imbasan X-ray kedua mengesan paku di dalam tubuhnya.

Seorang jururawat, Evariyanti, mengaku dia dan beberapa jururawat lain mengeluarkan 56 paku dari tapak kaki Supiati.

“Setakat ini, lebih daripada 2,000 paku telah dikeluarkan dan saya rasa sedikit sihat,” kata Supiati dan tambahnya dia merasa resah kerana penyakitnya ini kini tersebar luas di kampung Dlinggo di mana bapanya mempunyai rumah di situ. - Jakarta Post

Penerbit filem Innocence of Muslims ditahan

NAKOULA bersama seorang pelakon di set penggambaran filem menghina Islam. LOS ANGELES: Hakim Persekutuan semalam mengarahkan lelaki California yang bertanggungjawab menghasilkan filem menghina Islam ditahan kerana dianggap berisiko tinggi melarikan diri.
Ketua Hakim Daerah Sentral, Suzanne Segal, berkata Nakoula Basseley Nakoula wajar ditahan selepas pihak berkuasa mendapati dia melanggar perintah pengawasan ekoran sabitan kes penipuan pada 2010.

Pendakwa, Robert Dugdale, berkata Nakoula melanggar perintah itu lapan kali, termasuk menipu pegawai menyelianya, serta menggunakan nama samaran.
Selepas disabitkan pada 2010, Nakoula dihukum penjara 21 bulan dan dilarang menggunakan komputer atau Internet selama lima tahun tanpa kebenaran pegawai penyelia. Kata Dugdale, Nakoula perlu ditahan berdasarkan pola penipuannya yang panjang.

“Dia sentiasa cuba menghilangkan diri,” katanya. Nakoula, 55, didakwa bertanggungjawab menghasilkan filem Innocence of Muslims dan mencetuskan protes besar-besaran di seluruh dunia. Melalui filem itu, Nabi Muhammad digambarkan sebagai kaki perempuan, pencabul kanak-kanak dan penipu.

Petikan sepanjang 14 minit daripada filem itu dimuat naik di YouTube pada Julai lalu dan mencetuskan bantahan di kalangan umat Islam di seluruh dunia.
Pada 11 September lalu, keganasan merebak dan mengorbankan empat diplomat Amerika Syarikat (AS) di Libya.

Nakoula penganut Kristian Koptik berasal dari Mesir tetapi berhijrah ke AS. Dia bersembunyi sejak identitinya diketahui. - AP

Wanita dakwa dipukau sebelum dicabul

KUALA LUMPUR: Seorang wanita mendakwa dipukau sebelum menuruti arahan seorang lelaki yang memintanya masuk ke dalam kereta Perodua Viva berwarna putih sebelum dicabul, Rabu lalu.
Dalam kejadian jam 5.40 petang itu, mangsa berusia 26 tahun berjalan berseorangan ke hentian menunggu bas berhampiran Jalan Pahang sebelum tiba-tiba kereta dipandu seorang lelaki berhenti dan terus memanggil namanya.

Menurut sumber, mangsa menghampiri kenderaan itu sebelum lelaki berkenaan memperkenalkan diri dan bertanya sama ada mengenalinya atau tidak.
“Bagaimanapun mangsa memberitahu tidak mengenali lelaki itu.

“Suspek kemudian terus membuka pintu dan menarik mangsa masuk ke dalam kenderaannya. “Mangsa ketika itu tidak cuba melawan sebaliknya akur dan mengikut suspek yang menyatakan hasrat mahu menghantar mangsa pulang ke rumahnya di Sungai Besi,” katanya.

Sumber berkata, ketika dalam perjalanan, suspek mengambil kesempatan memegang alat sulit mangsa beberapa kali, namun tidak dapat melawan seolah-olah dipukau.

“Suspek turut mengambil nombor telefon mangsa sebelum menghantarnya pulang,” katanya.

481,424 calon PMR duduki peperiksaan pada 9 Oktober ini

KUALA LUMPUR - Seramai 481,424 calon di seluruh negara akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bermula 9 Oktober ini.
Menurut Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pelajaran, sebanyak 3,560 pusat peperiksaan akan dibuka di seluruh negara dengan 33,898 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar.

Angelina Jolie versi Bollywood

PASANGAN kekasih terhangat Bollywood saat ini, aktres Kareena Kapoor dan aktor Saif Ali Khan kini meraih label Brangelina versi Bollywood.

Brangelina merujuk kepada pasangan pelakon tersohor Hollywood, Brad Pitt dan Angelina Jolie yang sudah bercinta dan bersekedudukan tanpa sebarang ikatan pernikahan selama tujuh tahun.
Kareena dan Saif pula melakukan perkara yang sama sejak lima tahun yang lalu.
Tiada langsung perasaan malu dalam diri Kareena dilabelkan setaraf pasangan Brangelina atau lebih tepat dirinya kini diumpamakan sebagai Angelina Jolie versi Bollywood, khususnya daripada segi bersekedudukan tanpa nikah dengan kekasih hati.

Kareena sebaliknya bersikap terbuka mengenai perkara tersebut.
Ia ekoran gosip tersebar sejak beberapa bulan lalu mengatakan dia dan Saif bakal berkahwin sekitar bulan Oktober ini.

Malah tarikh perkahwinan mereka iaitu pada 18 Oktober ini sudah didedahkan kepada media baru-baru ini oleh ibu Saif sendiri iaitu aktres veteran legenda Sharmila Tagore.
Namun khabarnya pula, tarikh itu ditunda ekoran Saif dikatakan sibuk dengan projek filem terbaharu lakonannya, Go Goa Gone.

Laporan-laporan akhbar di India sebelum ini juga telah mendedahkan bahawa Saif sudah menghantar beberapa dokumen undang-undang di pejabat pendaftaran Bandra, Mumbai, India pada 12 September lepas bagi membolehkan dia mengahwini Kareena.

Mengikut undang-undang di India, bagi pasangan yang ingin berkahwin mereka perlu menghantar borang berkaitan sekurang-kurangnya sebulan awal bagi mendapatkan kebenaran perkahwinan.
Justeru, Kareena dan Saif dijangka akan berkahwin selepas 12 Oktober nanti.
Namun, kedua-dua Kareena dan Saif sehingga kini masih mengunci mulut mengenai tarikh sebenar perkahwinan mereka.

Kareena terutamanya, seumpama bermain teka-teki tentang perkara itu.
Ini kerana ketika ditemui wartawan di India dan ditanya mengenai tarikh sebenar perkahwinan itu baru-baru ini, Kareena secara sinis menegaskan bahawa dia sudah lama 'berkahwin' dengan Saif.
"Sudah lima tahun saya dan Saif tinggal bersama. Kami beli rumah dan menghias rumah itu bersama-sama. Saya juga sudah jumpa keluarganya dan semua orang tahu mengenai hal ini," ujarnya.
Jelasnya lagi, perkahwinan mereka cuma masih belum ada pengesahan di atas kertas dan mereka akan melakukannya tidak lama lagi.

"Ertinya saya sudah berkahwin dengan Saif dan menjadi Puan Saif Ali Khan bukan suatu perkara baharu buat saya," ujar Kareena yang baru-baru ini turut menerima ucapan tahniah daripada pasangan Brangelina berhubung perkahwinan mereka itu.
Tambah Kareena, dia langsung tidak mempunyai masalah dengan anak-anak Saif daripada perkahwinannya terdahulu.
Hasil perkahwinan Saif bersama aktres Amrita Singh sebelum ini memperoleh dua anak iaitu Ibrahim dan Sarah.
Katanya: "Saya menyayangi kedua-dua Ibrahim dan Sarah seperti mana mereka menyayangi saya.

AKTRES jelita ini berjanji akan mengumumkan tentang tarikh sebenar perkahwinannya.


"Ibrahim dan Sarah juga hormati saya. Mereka sedang membesar dan Sarah kelihatan sangat cantik."

Isu tarikh perkahwinan Kareena dan Saif sebenarnya telah bertiup kencang sejak tahun lepas lagi, apabila pasangan itu dikatakan akan berkahwin pada bulan Februari atau Mac tahun tersebut.

Namun, mereka telah menundanya kerana ingin memberi tumpuan kepada penggambaran filem, Agent Vinod yang melibatkan mereka sebagai pelakon utama.

Sekarang ini timbul tarikh baharu pula. Kareena dan Saif dikatakan akan berkahwin pada 16 Oktober ini, tetapi Kareena pantas menafikan perkara berkenaan dengan berkata: "Sejak tahun 2009 sehingga kini, ramai pihak membuat spekulasi sendiri mengenai tarikh perkahwinan kami."
"Jangan risau, jika kami benar-benar berkahwin, sudah pasti kami akan mengumumkannya kepada media dan peminat semua," kata Kareena.
Walaupun sering diasak dengan pelbagai khabar angin mengenai tarikh perkahwinannya, Kareena tetap memberi tumpuan utama terhadap kariernya.
"Saya perlu bersikap profesional dan tidak mudah melatah. Industri hiburan pastinya mengundang pelbagai gosip dan anda perlu bijak menanganinya," ujar Kareena.

Peluk Islam
Dalam perkembangan sama, setelah berkahwin nanti, Kareena dikatakan akan menukar namanya menjadi KKK atau Kareena Kapoor Khan.
"Saif tidak mahu saya mengubah apa-apa selepas berkahwin nanti termasuklah nama saya, tetapi saya tetap akan menggunakan nama Kareena Kapoor Khan," ujarnya.
"Ia cukup bermakna buat saya kerana mempunyai dua nama keluarga hebat dalam industri perfileman Bollywood," katanya seperti dilaporkan Times of India.
Ketika ditanya mengenai agama anutannya selepas berkahwin dengan lelaki Muslim itu, Kareena yang beragama Hindu menjawab dalam nada tegas: "Itu satu soalan yang salah. Saya tidak akan menjawabnya. Sebelum ini media melaporkan bahawa Saif tidak akan memaksa bakal isterinya untuk menukar agama asalnya."

Spekulasi kehamilan
Mengenai karier lakonannya pula, selepas muncul dengan filem pecah panggung terbaharunya, Heroine, Kareena dikatakan menjadi pilihan penerbit tersohor di Bollywood, Sanjay Leela Bhansali untuk watak utama filem berjudul, Ram Leela.
Namun menurut laporan Times of India bertarikh 26 September lepas, Kareena tidak akan membintangi filem itu kerana dia dikatakan gagal memenuhi klausa kontrak lakonan untuk produksi filem di Bollywood.

KIRI: Kareena bersama kakaknya, Karishma Kapoor dirakam semasa menghadiri sebuah majlis hiburan di Mumbai pada 14 September lalu.


Sumber memberitahu akhbar berkenaan: "Dalam klausa kontrak perfileman di Bollywood mensyaratkan pelakon wanita terutama bagi watak utama tidak boleh hamil sepanjang penggambaran sesuatu filem."
"Justeru, adakah ini bermakna Kareena sudah hamil dan menjadi faktor kenapa dia tidak jadi membintangi filem terbaharu terbitan Sanjay Leela Bhansali, Ram Leela?
"Ini kerana soal angka bayaran lakonan sebelum ini tidak pernah menjadi penghalang kolaborasi antara Kareena dan Sanjay."

Saintis temui bukti terdapat aliran air di Planet Marikh

GAMBAR yang disiarkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan kelmarin menunjukkan batu-batu yang dipercayai pernah dihanyutkan air deras di planet Marikh.


WASHINGTON - Kenderaan robotik Curiosity menemui batu-batu yang pernah dihanyutkan air di planet Marikh, jelas Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) kelmarin.
Penemuan itu menunjukkan mungkin terdapat aliran air yang deras dan setinggi paras pinggang di planet tersebut.
"Kami teruja mengenai perkara ini," kata Ketua Saintis Institut Teknologi California, John Grotzinger.
Gambar-gambar batu itu dihantar kenderaan tersebut untuk dikaji oleh saintis-saintis NASA.
Kenderaan robotik itu mendarat di Kawah Gale di Marikh pada 6 Ogos lalu. - Agensi

Friday, 28 September 2012

Hancur hati seorang ibu apabila mendapat tahu semua 7 anaknya penagih dadah tegar

KERIAN: Hancur luluh hati seorang ibu apabila mendapat tahu semua tujuh anaknya adalah penagih dadah tegar hingga menyebabkan dia dicaci masyarakat yang menuduhnya tidak pandai mendidik anak.
Wanita malang itu, Zawiyah Osman, 68, berkata, aktiviti tujuh anaknya yang terbabit dalam penyalahgunaan dadah cukup menyedihkan, namun dia tidak mampu berbuat apa-apa selain menasihati anak-anaknya itu.
Lebih menyedihkan apabila empat dari tujuh anaknya itu meninggal dunia satu persatu kesan pengambilan dadah secara berlebihan.
“Saya tidak segan berkongsi pengalaman duka dialami kerana inilah takdir dalam hidup saya. Berat mata memandang, berat lagi bebanan jiwa yang saya tanggung selama ini.
“Walaupun semua anak mak cik penagih dadah, naluri keibuan dan kasih sayang saya kepada anak tidak pernah luntur. Mak cik tetap mengambil berat dan menjaga mereka,” katanya ketika ditemui pada sesi rawatan dan pemulihan penagih dadah anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
Pada sesi itu, Zawiyah membawa seorang anaknya, Fauzi, 30-an, untuk mendapatkan rawatan pemulihan daripada pihak AADK.
Dia yang juga seorang ibu tunggal mendakwa anaknya tidak pernah menyusahkan atau mencuri barang berharga miliknya walaupun bergelar penagih dadah.

“Walaupun mereka penagih tegar, semua mereka tidak pernah menyusahkan saya atau penduduk kampung.
“Mak cik tidak pernah berhenti menasihati mereka untuk berubah dan kembali menjadi manusia normal. Malangnya hati mereka tidak terbuka untuk kembali ke pangkal jalan sebelum ini,” katanya.

Dia mendakwa terpaksa mengorbankan segala yang dimiliki demi menjaga anaknya terutama membabitkan kos rawatan pemulihan supaya anaknya menjadi insan berguna.
“Namun, hajat mak cik tidak kesampaian apabila empat anak mak cik meninggal dunia satu persatu akibat bahana dadah. “Bagaimanapun, mak cik bersyukur kerana masih ada tiga lagi anak yang sedang menjalani rawatan pemulihan dadah. Makcik harap mereka dapat berubah dan tidak mengulangi kesilapan lalu,” katanya.
Sementara itu, Fauzi yang ditemui berkata, dia menyesal dengan penagihan dilakukan itu dan mendakwa ia berpunca daripada hasutan rakan yang juga penagih dadah.
Dia yang baru melangsungkan perkahwinan lima bulan lalu berhasrat untuk berubah demi ibu dan isteri tercinta.
“Saya sudah muak menjadi penagih dadah dan mahu kembali ke pangkal jalan. Hanya ini saja cara saya membalas jasa dan kesabaran ibu selama ini,” katanya.

Tiada jodoh - A. Aida

KUALA LUMPUR – “Tiada jodoh.” Demikian alasan penerbit dan pelakon, A. Aida merujuk kepada perkahwinannya dengan seorang pegawai polis di Jabatan Logistik Bukit Aman yang kini bagai retak menunggu belah.

Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 42, hadir ke Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam untuk menuntut cerai secara baik daripada suaminya, Deputi Superintendan (DSP) Suffian Sulaiman, 44, yang bertugas sebagai Ketua Unit Perhubungan Korporat di Jabatan Logistik Bukit Aman.
Penerbit drama kontroversi Halimah Jongang itu selaku plaintif hadir diwakili peguam syarie, Zulkifli Che Yong dan memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan 1984.

Menurut Aida, perkahwinan yang dibina selama lima tahun itu sudah tiada persefahaman dan mereka juga sudah tiada jodoh.
Bekas isteri kepada vokalis kumpulan Spring, Ameng itu dilihat cuba mengelak apabila ditanya punca perceraian tersebut.

“Saya sudah berbincang dengan keluarga dan anak-anak, keputusan ini (bercerai) telah direstui dan saya juga memberitahu hal yang sama kepada suami.
“Sekarang ini saya terlalu sibuk dengan penggambaran drama slot Samarinda dan telemovie, perkara ini terlalu mengganggu dan saya mahu selesai cepat-cepat,” katanya tanpa mahu mengulas sama ada masih tinggal serumah atau sebaliknya dengan suami.

Kosmo

2 Beradik Berkongsi 1 Isteri

GAMBAR pada 18 September menunjukkan Pasang (kiri) bersama abangnya, Mingmar Lama yang berkongsi seorang isteri bersama dua anak mereka

UPPER DOLPA, Nepal – Apabila Tashi Sangmo berusia 17 tahun, gadis itu mengahwini jirannya yang berumur 14 tahun dan adik lelakinya di sebuah kampung di pedalaman banjaran Himalaya di Nepal.

Pada zaman dahulu, anak-anak lelaki dalam hampir setiap keluarga di rantau ini akan berkongsi seorang wanita sebagai isteri.
Dikenali sebagai poliandri, amalan tersebut semakin terpinggir setelah masyarakat Nepal terdedah kepada budaya kehidupan moden.
Namun, beberapa buah perkampungan terpencil di Himalaya masih mengamalkan budaya bersuami lebih daripada satu itu.

“Budaya ini memudahkan hidup wanita kerana segala harta kekal dalam satu keluarga. Tiada pembahagian kekayaan dalam kalangan isteri seperti amalan poligami,” kata Sangmo.
“Semua pendapatan dikawal oleh saya. Mereka (suami-suaminya) pula bertanggungjawab mencari nafkah untuk keluarga ini,” tambahnya.
Apabila Sangmo berkahwin dengan Mingmar Lama 14 tahun lalu, kedua-duanya faham bahawa adik lelaki suaminya, Pasang akan menyertai rumah tangga mereka kelak.
Ketika itu, Pasang baru berusia 11 tahun.

Keluarga berkenaan kini memiliki tiga anak lelaki dengan masing-masing berusia lapan, enam dan empat tahun.
“Saya mahu berkongsi ikatan perkahwinan ini bersama abang saya kerana hidup kami akan menjadi lebih mudah,” kata Pasang, 25, di rumah mereka yang terletak di kampung Simen pada ketinggian 4,000 meter dari aras laut.

Masyarakat terpencil di rantau ini mengamalkan poliandri bagi mengelakkan sesebuah keluarga membahagi-bahagikan harta mereka.
Perasaan cemburu pula tidak wujud dalam kalangan mereka.
“Saya tidak cemburu berkongsi isteri dengan abang saya. Jika saya cemburu, pastinya saya
akan mengahwini wanita lain,”
kata seorang lagi pemuda

yang mengamalkan budaya poliandri yang dikenali sebagai Pema.
Dia dan abangnya, Karma dengan rela hati berkongsi seorang isteri berusia 30 tahun, Shitar Dorje.
Keluarga poliandri biasanya bersikap tidak kisah berhubung isu bapa kandung dengan anak-anak mereka memanggil kedua-dua bapa dan bapa saudara sebagai “ayah”.
Rantau terpencil ini terletak sekitar 500 kilometer dari ibu negara Nepal, Kathmandu. – AFP

Thursday, 27 September 2012

Neelofa cuti bersama Hans Isaac?

NEELOFA tidak henti-henti digosip bercinta dengan aktor kacak tinggi lampai, Hans Isaac biarpun dia pernah menafikannya. Terbaharu, merujuk kepada laman Twitter masing-masing, mereka berdua seolah-olah pergi ke destinasi yang sama iaitu di Koh Samui, Thailand.
Menerusi Twitter mereka, Neelofa dan Hans masing-masing menampilkan foto keindahan Koh Samui, selain tweet Neelofa memberitahu tentang pemergiannya ke sana.
Neelofa atau Lofa yang ditemui pada majlis pratonton filem Hantu Kapcai di Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada Selasa lepas mempunyai jawapan tersendiri yang diluahkan kepada Kosmo!.

Kosmo!: Pasti Lofa sendiri sudah tahu tentang gosip yang mendakwa Lofa bercuti bersama Hans Isaac di Koh Samui, Thailand baru-baru ini. Betul atau tidak?
NEELOFA: Jika mahu dikatakan saya bercuti bersama dia (Hans Isaac), dia sebenarnya sudah cuti lama (ke Koh Samui) sejak hari Khamis dan dia juga belum pulang lagi. Sedangkan, saya bersama kawan-kawan saya ingin bercuti selepas tamat penggambaran drama bersiri Kau Yang Terindah. Hans pula pergi ke sana dengan tujuan yang lain tapi apa yang menghairankan, mengapa mereka ini (blog-blog gosip hiburan tempatan) mahu paparkan gambar (yang) saya (rakam) dan jadikan ia isu besar.

Ini kerana memang saya sendiri yang muatnaik gambar (pemandangan di Koh Samui) tersebut. Pelik mengapa mereka paparkan gambar tersebut dan reka cerita lain. Jika Lofa mahu orang tahu bahawa Lofa bercuti bersama Hans, baik Lofa rakam gambar bersama dia sahaja.
Jadi Lofa memang bercuti bersama kawan-kawan Lofa?
Ya, betul.

Lofa ada berjumpa dengan Hans di Koh Samui?
Tidak sama sekali. Kami tidak berada di lokasi yang sama di Thailand, dia telah ke Phuket. (Pelakon) Nazim Othman juga ada bercuti di Phuket. Saya juga tidak jumpa Nazim kerana dia menginap di resort yang lain. Ini kerana percutian Lofa itu hanya selama dua hari sahaja. Lofa pergi hari Ahad dan pulang semalam (Isnin).

Jadi Lofa memang langsung tidak bertemu Hans di sana?
Dia pergi bersama saudara-maranya dan kumpulan golf yang disertainya untuk bermain golf di Koh Samui. Saya rasa di Koh Samui ada sebuah kelab golf.

Bagaimana penerimaan Lofa apabila perkara ini timbul dan timbul spekulasi bahawa Lofa dan Hans pergi bercuti berdua-duaan di Koh Samui?
Bagi saya, pertama, ia sememangnya secara kebetulan. Tapi untuk orang sabotaj privasi saya dan jadikan isu lain itu saya perlu terima kerana ia part of the parcel. Maksudnya, saya tidak boleh lari daripada perkara-perkara begini. Asalnya tujuan saya pergi bercuti untuk rehat dan tenangkan fikiran. Namun, pulang sahaja ke sini (Malaysia), serabut pula dengan cerita sebegini. Jadi, saya rasa saya perlu terima dan hadapi semua.

Adakah Hans tahu akan perkara ini?
Saya rasa tidak kerana ia hanya (digembar-gemburkan) dalam blog-blog. Tapi, apa yang bakal dia katakan dan lakukan saya tidak pasti. Sepanjang mengenali dirinya, saya rasa dia akan buat bodoh sahaja.
Ada terdetik rasa menyesal dalam diri kerana berkongsi di laman Twitter tentang percutian Lofa ini?
Ada sedikit (sambil ketawa). Ini kerana Lofa rasa seperti ia menjadi perkara besar padahal Lofa pergi ke sana hanya untuk bersuka ria dan bercuti. Rupa-rupanya, bertambah serabut kepala Lofa dibuatnya.

Kosmo

Tuesday, 25 September 2012

Mati ditetak selepas kahwin

KESAN darah masih jelas kelihatan di kaki lima tempat Kok Weng mati ditetak olehsekumpulan lapan lelaki selepas beberapa jam mangsa berkahwin di Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Seorang peniaga barangan alat ganti yang baru beberapa jam berkahwin tidak sempat menikmati malam pertama apabila dia mati ditetak oleh sekumpulan lapan lelaki bersenjatakan parang dan bertopeng di Taman Mount Austin di sini kelmarin.
Kejadian pukul 2 petang itu mengakibatkan Allan Tee Kok Weng, (gambar kecil) 36, maut selepas ditetak di kepala, leher serta badan di hadapan isterinya, Shiau Ting, 30-an. Sebelum kejadian, pasangan itu baru selesai minum bersama rakan-rakan di sebuah bistro di taman tersebut.
Difahamkan, pasangan itu melangsungkan upacara perkahwinan di Taman Daya dan sempat pulang ke rumah untuk menukarkan pakaian. Jarak antara dua tempat itu kira-kira tiga kilometer.
Seorang pekerja bistro yang enggan dikenali memberitahu, serangan itu berlaku terlalu pantas.
"Sebaik melangkah keluar, lelaki itu terus ditarik oleh lapan penjenayah yang memakai topeng ski sebelum dia ditetak berkali-kali.
"Selepas memastikan mangsa tidak bergerak, penjenayah itu kemudian melarikan diri. Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital," ceritanya.
Dalam pada itu, satu sumber memberitahu, kejadian itu disyaki bermotifkan dendam berikutan semakan mendapati mangsa mempunyai beberapa rekod jenayah lampau berkaitan gaduh, dadah dan curi.
Tinjauan Kosmo! di bilik mayat Hospital Sultan Ismail pula mendapati ahli keluarga dan kenalan rapat mangsa masih bersedih dengan kejadian itu dan enggan ditemu bual.
Di situ juga kelihatan sebuah kereta diikat dengan reben merah jambu yang lazimnya menjadi hiasan untuk membawa pengantin baru.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut.

Pihak muzium tidak tahu urus kasut Imelda

GAMBAR yang dirakamkan pada 19 September lalu menunjukkan sejumlah kasut yang pernah dipakai Imelda di Muzium Nasional Filipina.


MANILA - Beberapa pegawai muzium Filipina menyatakan, mereka tidak pasti apa yang hendak dilakukan dengan sejumlah besar pakaian dan kasut peninggalan bekas Wanita Pertama, Imelda Marcos (gambar) dan suaminya, Ferdinand Marcos yang pernah menjadi presiden.
Marcos digulingkan ekoran kebangkitan rakyat Filipina pada tahun 1986.
Menurut pegawai muzium, beberapa koleksi pakaian dan kasut itu berada dalam keadaan terbiar sejak lebih dua dekad lalu.
Muzium Nasional Filipina memberitahu, pihaknya menimbang untuk mempamerkan beberapa gaun Imelda tetapi tidak dapat membuat keputusan segera ekoran isu Marcos masih dianggap sensitif di negara berkenaan.
Pada masa yang sama, muzium tersebut mengesahkan laporan agensi berita AP bahawa sebahagian pakaian dan kasut milik Imelda rosak dalam hujan monsun pada bulan lalu.
Beberapa pegawai muzium berkata, sebahagian gaun dan kasut koleksi legenda Imelda rosak kerana berada dalam keadaan terbiar, hujan dan dimakan anai-anai. - AP

Monday, 24 September 2012

Ammar sudah banyak kali ajak kahwin - Puteri Saleha

PELAKON yang dikenali menerusi drama bersiri Asmaradana dan bakal muncul menerusi Evolusi KL Drift The Series pada 4 Oktober ini nekad mahu meninggalkan dunia lakonan untuk bekerja dalam bidang perhotelan.

Dia yang mempunyai ijazah dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Kolej Olympia, Kuala Lumpur dan ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti dari Kolej Taylor, Kuala Lumpur kini sudah bersiap sedia untuk menerima sebarang jawatan dalam bidang berkaitan.
Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 27, atau lebih dikenali Puteri Sarah berkata, dia sudah menghantar resume kepada beberapa buah hotel bertaraf lima bintang untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan ijazah yang diraihnya.

Bukan disebabkan merajuk atau kurang menerima tawaran berlakon, pelakon filem Lu Pikirlah Sendiri De Movie ini menganggap keputusannya untuk bersara daripada bidang lakonan adalah bagi memenuhi impian kedua-dua ibu bapanya.
“Malah jika fikir balik, baik juga saya bekerja macam orang biasa (bukan artis), ada jaminan masa depan dan kewangan. Sampai bila saya hendak berlakon dengan meraih pendapatan yang tidak tetap,” ujarnya ketika ditemui di majlis pelancaran Evolusi KL Drift The Series di Kuala Lumpur
baru-baru ini.

Tambah Puteri Sarah, memandangkan umurnya sudah mencecah 27 tahun dan akan menghampiri 30 tahun, sudah masanya dia memikirkan masa depan agar mendapat pendapatan yang tetap.
Ujar kekasih kepada pelakon Ammar Alfian ini lagi, resume yang dihantarnya itu juga adalah kepada beberapa hotel terkenal di luar negara dan jika mendapat maklum balas positif, dia tidak kisah andai terpaksa berhijrah.

“Saya memang hendak bekerja di luar negara sebab itu saya hantar resume ke hotel di sana. Adik-beradik saya juga ada di luar negara jadi apa salahnya saya pula ikut jejak mereka,” jelasnya.
Keputusannya untuk berhijrah ke luar negara itu juga turut mendapat sokongan kuat keluarganya dan Ammar sendiri.

Bercerita mengenai wataknya dalam Evolusi KL Drift The Series pula, dia berkata, dalam drama bersiri itu dia memegang watak sebagai Tasha seorang gadis lasak dan pemandu kereta drift.
“Memang sukar juga sebab saya terpaksa memandu kereta manual, saya sudah lama tidak memandu kereta jenis itu dan terpaksa diajar beberapa kali baru mahir,” ujarnya yang pertama kali bekerjasama dengan syarikat Skop Production.
Tambah Puteri Sarah, dia tidak menyangka ditawarkan watak utama dalam drama berkenaan kerana ketika itu dia hanya menemani Ammar yang turut berlakon drama itu untuk perbincangan dengan syarikat berkenaan.

“Terkejut saya apabila ditawarkan watak utama padahal saya hanya temankan Ammar ke situ. Lalu, saya tidak fikir panjang terus menerima tawaran tersebut memandangkan saya tidak pernah bekerja di bawah syarikat perfileman Datuk Yusof Haslam,” katanya.
Ketika diajukan persoalan jodohnya dengan Ammar pula, Puteri Sarah mengambil masa seketika untuk menyusun kata-katanya.
Katanya, dia dan Ammar sudah acap kali berbincang soal perkahwinan tetapi perbualan mereka masih tiada penghujung dan kata putus.
“Ammar sudah banyak kali ajak saya kahwin dan kami juga sudah banyak kali berbincang. Susah saya nak cakap bila kami akan berkahwin,” ujarnya yang sudah empat tahun menyulam cinta bersama Ammar.

Tambahnya, dia tidak mahu membuat sebarang sasaran umur untuk mendirikan rumah tangga dan membiarkan ia berlaku secara semula jadi.

Pertandingan Misai dan Janggut di timur Perancis


KOMBINASI gambar menunjukkan beberapa peserta yang menyertai pertandingan misai dan janggut di Mulhouse kelmarin. - Reuters


MULHOUSE - Lebih 100 orang menyertai pertandingan misai dan janggut peringkat Eropah di sini, timur Perancis kelmarin.
Pertandingan peringkat Eropah itu diadakan buat kali pertama.
Panel juri akan menilai dan memilih pemenang pertandingan tersebut. - Agensi

Sunday, 23 September 2012

Remy Ishak, Tiz Zaqyah sah putus cinta

MULA bercinta di lokasi filem Nur Kasih The Movie, Remy mendakwa walaupun telah putus cinta dengan Tiz, mereka masih boleh meneruskan hubungan profesional dalam lakonan. Terbaru, mereka digabungkan sebagai pasangan kekasih dalam drama Cinta Jangan Pergi

KALI ini putus cinta yang ke-453! Sebaik sahaja petikan usikan yang ditulis sebuah portal hiburan itu diucapkan semula ke telinganya, duta Dashing itu tergelak besar. Dia memberi isyarat tentang cerita yang sudah berbulan tersimpan di dada itu sudah bukan sesuatu yang menyakitkan untuk dikongsi. Sementelah kata Remy, dia tidak sanggup membiarkan imejnya tercalar disebabkan kisah peribadi.
Cerita cinta Remy Ishak dan Tiz Zaqyah muncul lagi. Kali ini, sekali lagi luahan beremosi Remy menerusi laman Twitter miliknya mengundang andaian peminat dan media bahawa dia dan Tiz sudah tidak sehaluan.

Petikan-petikan yang berbunyi 'the relationship was gone a long time ago...' serta 'the best way to end the relationship is to burn the bridge...' yang ditulis Remy beberapa hari lalu semakin menguatkan spekulasi ramai bahawa percintaan mereka sudahpun berkecai.
Akui Remy, tulisan itu sebenarnya satu kenyataan rasmi berhubung status percintaannya dengan Tiz yang sering berdepan persepsi ramai.

"Benar, kami sudah bukan lagi pasangan kekasih. Sudah tiga bulan dan rasanya sekarang saya patut membuat kenyataan agar kehidupan dan pergaulan seharian yang saya dan Tiz lalui tidak mengelirukan dan menimbulkan spekulasi yang lebih besar. Sebagai lelaki, saya ambil tanggungjawab itu untuk berterus-terang, saya tidak mahu memburukkan keadaan," tegas Remy tentang percintaannya yang telah bertemu jalan penamat.

Berputik cinta dari lokasi filem Nur Kasih The Movie, Remy bagaimanapun tidak menafikan dibaluti kesedihan kerana terpaksa melupakan perhubungan yang telah dibina sejak tiga tahun lalu.
"Siapa tak sedih lepas putus cinta, tapi saya kena terima hakikat bahawa kami tidak boleh meneruskan komitmen dan memasuki fasa yang lebih serius. Saya harus melepaskan Tiz, dia masih muda, masih banyak yang mahu diterokainya," ujar Remy sambil memohon semua pihak agar tidak mencari kesalahan mana-mana pihak atas perpisahan mereka.
REMY akhirnya mengakui secara terbuka bahawa hubungannya bersama Tiz tidak mampu diteruskan.


Lama menyembunyikan berita itu daripada pengetahuan umum, kata Remy, dia tidak berniat untuk menipu atau mempermain-mainkan harapan peminat.

"Selama ini saya dan Tiz anggap hubungan kami terlalu peribadi untuk dikongsikan. Saya tak mahu kecoh-kecoh tapi saya kena sedar, bila jadi artis saya tak boleh menidakkan keinginan orang untuk ambil tahu tentang hidup saya. Sudah tiga bulan kami bawa haluan masing-masing, sepanjang tempoh itu juga orang sudah mula pandang negatif apabila saya dan Tiz tidak lagi keluar dan masing-masing keluar bersama teman-teman berbeza.
"Sebelum timbul salah sangka atau cerita yang lebih teruk dan menjatuhkan imej kami berdua, rasanya sudah tiba masanya untuk saya buka mulut," katanya.

Sambil menjelaskan masih boleh berkawan dan perpisahan itu tidak menyekat hubungan profesional mereka sesama artis, sebagai bukti kata Remy: "Kami sama-sama di lokasi drama bersiri Cinta Jangan Pergi arahan Khabir Bhatia. Dalam drama itu saya masih boleh berlakon jadi kekasih Tiz."

Dua kali putus cinta bersama wanita berstatus selebriti, kali pertama bersama pelakon Ummi Nazeera dan kini Tiz, Remy ditanya tentang kesukaran mempertahankan cinta sesama artis yang berlaku ke atas dirinya.
"Kalau ada persefahaman yang kuat, rasanya tidaklah sukar sangat," jelas Remy yang pernah juga digosipkan bercinta dengan Maya Karin selepas berganding dalam teater Natrah dan filem Cun!
Ditebak lagi tentang punca perpisahan sesebuah percintaan yang lazimnya dikaitkan dengan kehadiran orang ketiga, Remy menafikan andaian itu.

"Seperti yang katakan tadi, saya tidak mahu kisah putus cinta antara saya dan Tiz ini dikaitkan dengan sesiapa, tiada siapa yang salah atau siapa betul. Kami putus secara baik. Saya dan Tiz kena terima hakikat bahawa kami tidak sefahaman dan tidak boleh meneruskan komitmen," katanya mahu fokus kepada karier namun tidak serik jika ditakdirkan jatuh cinta lagi.

Lelaki parah diserang harimau di Zoo Bronx


PONDOK menjual tiket kelihatan kosong berikutan pintu masuk Zoo Bronx ditutup selepas seorang lelaki cedera parah diserang harimau.


NEW YORK - Seorang lelaki yang melompat dari sebuah monorel dan masuk ke dalam kawasan harimau di Zoo Bronx di sini cedera parah apabila diserang oleh haiwan buas tersebut.
Menurut jurucakap Jabatan Polis New York, Leftenan Don Grimpel, lelaki berusia 25 tahun itu diserang selama hampir sepuluh minit oleh seekor harimau jantan berumur 12 tahun.
"Bahu dan kakinya patah. Kakinya juga berlubang kerana digigit," kata Grimpel. Mangsa yang berada dalam keadaan kritikal dibawa ke Pusat Perubatan Jacobi.
Pengarah Zoo Bronx, Jim Breheny memberitahu kakitangannya menggunakan pemadam api untuk menghalau harimau itu.

"Jika bukan kerana tindakan pantas dan kemampuan kakitangan bertindak dalam situasi kecemasan, insiden ini mungkin berakhir dengan kematian" tambah Breheny. - AFP

Saturday, 22 September 2012

Shila Amzah Juara Asian Wave terima hadiah RM1 juta

KUALA LUMPUR – Penyanyi Nur Shahila Amir Amzah atau Shila Amzah (gambar) yang mengharumkan nama negara apabila berjaya memenangi pertandingan nyanyian peringkat antarabangsa Asian Wave 2012 di Shanghai, China, malam kelmarin dikatakan bakal menerima hadiah dana lebih RM1 juta.

Mengikut laporan portal hiburan murai.com.my, Shila, 22, mengesahkan perkara itu tetapi angka sebenar hadiah kemenangan itu hanya diketahui hari ini setelah satu rundingan diadakan bersama penganjur pertandingan berkenaan.
“Hadiah dana itu meliputi rakaman album, konsert, promosi dan perkara lain yang melibatkan kerjaya saya di China nanti,” jelas Shila dalam portal berkenaan.
Malam kelmarin, Shila berjaya menewaskan penyanyi dari China, Korea Selatan, Singapura, Thailand dan India.

Penyanyi itu yang juga anak kepada penyanyi ND Lala menyanyikan tiga buah lagu iaitu Gemilang (lagu popular Jaclyn Victor), Grenade (lagu nyanyian Bruno Mars) dan sebuah lagi dalam bahasa Mandarin ketika pertandingan akhir berkenaan.
Shila yang membuat ucapan selepas dinobatkan sebagai pemenang di pentas Asian Wave itu menegaskan dia bersyukur kerana terpilih sebagai pemenang dalam kalangan penyanyi hebat lain yang turut bertanding.

“Saya berterima kasih kepada peminat serta pengundi dan pertandingan ini telah memberi peluang untuk menonjolkan bakat yang saya ada,” ujarnya dalam ucapan di laman YouTube.
Pada pusingan pertama Asian Wave 2012, Shila telah menyanyikan lagi penyanyi Adele, Set Fire to the Rain dan pada pusingan kedua dia mengalunkan pula lagu penyanyi Taiwan, Lee Hom iaitu Forever Love yang telah menarik perhatian juri dan komposer terkenal China, Eric Moo.
Daripada 30 orang peserta, hanya 12 orang terpilih ke pertandingan akhir yang telah berlangsung sejak 31 Ogos lalu dan pemilihan akhir seramai lima penyanyi sahaja.
Asian Wave merupakan pertandingan peringkat Asia Pasifik untuk mencari penyanyi bertaraf bintang yang mewakili negara masing-masing.

Shila yang kini berada di Shanghai akan pulang ke tanah air pada 26 September ini. Beliau bagaimanapun gagal dihubungi Kosmo! bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung kemenangannya itu.
Kosmo

Remy akui putus cinta dengan Tiz Zaqyah


REMY mengakui sudah benar-benar putus cinta dengan Tiz menerusi Twitternya bertarikh 20 September lalu (kelmarin).


ENGGAN mengesahkan mahupun menafikan, tetapi mengakui dirinya sedikit terganggu. Itu jawapan yang diberikan oleh aktres Tiz Zakiah ketika diminta memberikan komen tentang kebenaran dia dan kekasihnya, aktor Remy Ishak kini telah putus cinta.
Ia ekoran selepas Remy sendiri mengakui telah mengakhiri hubungan cinta itu di akaun Twitter miliknya pada 20 September lalu (kelmarin).

Remy telah menulis di akuan Twitter miliknya: "The relationship was gone a long time ago, i haven't been involved with anything and everything.
"The best way to end the relationship is to burn the bridge. Glad i did it. No turning back."
Tiz yang dihubungi Kosmo! semalam menegaskan dia enggan memanjangkan cerita cinta mahupun memberi komen mengenai kehidupan peribadinya.

"Saya tidak mahu komen hal peribadi. Apa yang ditulis Remy di Twitter itu hak dia. Siapa yang baca Twitter dia bacalah, saya tidak mahu komen mengenai tulisannya di Twitter.
"Sebenarnya, saya penat disoal soalan yang sama berulang kali. Jika boleh, saya mahu peminat menumpukan perhatian terhadap kerjaya saya bukannya kisah peribadi," ujarnya.
Biarpun begitu, Tiz yang kini sibuk berlakon drama bersiri Cinta Jangan Pergi yang turut menampilkan Remy Ishak mengakui: "Ya, saya mengaku ada terganggu sedikit tetapi saya masih boleh tanganinya dengan baik.

"Drama yang lakonan saya ini (Cinta Jangan Pergi) turut menampilkan Remy tetapi setakat hari ini kami belum ada sebarang babak bersama. Walau apa pun yang terjadi, apabila tiba bab kerja, saya dan Remy akan bersikap profesional," ujar aktres yang popular dengan filem dan drama Nur Kasih itu.
Tiz dalam pada itu menafikan hubungan cintanya diganggu orang ketiga. "Mengarutlah, tiada orang ketiga (antara kami)," tegas Tiz.
Kosmo

Anakanda Sultan Brunei berkahwin


GAMBAR di laman YouTube semalam menunjukkan Pengiran Muhammad Ruziani.


BANDAR SERI BEGAWAN - Anakanda perempuan pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkahwin dengan Pengiran Muhammad Ruziani kelmarin di Istana Nurul Iman yang mempunyai 1,700 bilik, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.
Anakanda Sultan Brunei itu, Puteri Hafizah Surusul Bolkiah, 32, berkahwin pada majlis yang diadakan di depan sejumlah tetamu pada Rabu lalu.
SULTAN HASSANAL BOLKIAH mengetuai upacara menepung tawar anakanda baginda, Puteri Hafizah Surusul Bolkiah di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan pada Rabu lalu.
 
Puteri Hafizah merupakan anakanda kelima Sultan Hassanal Bolkiah dengan isterinya, Permaisuri Pengiran Anak Saleha.
Anakanda Sultan Brunei itu mempunyai ijazah dalam bidang pentadbiran perniagaan dan bekerja sebagai seorang pegawai di Kementerian Kewangan.
Pengiran Muhammad Ruziani, 29, pula bekerja sebagai seorang kakitangan awam.
Sultan Hassanal Bolkiah mempunyai 12 anak, lima lelaki dan tujuh perempuan daripada tiga perkahwinannya.
Baginda pernah bercerai dengan Azrinaz Mazhar Hakim yang merupakan bekas pengacara stesen televisyen TV3. - Agensi

Friday, 21 September 2012

Ning dedah sebab sukar hamil


NING dijadual melahirkan anak sulungnya ini pada pertengahan Januari tahun depan. 
 

SEBELUM ini, penyanyi bersuara soprano Ning Baizura Sheikh Hamzah, 37, seolah-olah bermain teka-teki berhubung status usia kehamilan sulungnya.
Biarpun pernah ditanya ramai mengenai kehamilannnya, dia tetap berdiam diri dan menolak dengan baik daripada memberi sebarang komen kecuali dengan memberitahu semuanya akan didedahkan menerusi satu sidang akhbar.

Mungkin ada yang berasa cuak kenapa Ning sehingga perlu membuat sidang akhbar khas mengenai kehamilan sulungnya ini hasil perkongsian hidup bersama Omar Sharif Christopher Layton yang dikahwininya sejak 31 Januari 2008 itu.

Pelantun lagu Awan Yang Terpilu itu akhirnya tampil memberikan jawapan mengenai persoalan tersebut pada satu sidang akhbar yang berlangsung di Restoran Bijan, Kuala Lumpur kelmarin.
Ning juga turut mengulas mengenai penarikan diri daripada membuat persembahan Arthur's Day anjuran sebuah syarikat minuman keras yang dijadualkan berlangsung pada 28 September ini.

Kosmo!: Sudikah Ning kongsikan momen indah apabila mendapat tahu sudah hamil setelah hampir empat tahun mendirikan rumah tangga bersama Omar?
NING: Ingin saya nyatakan kandungan saya sudah memasuki lima bulan atau lebih tepat lagi 20 minggu. Saya dijadualkan melahirkan bayi sulung ini pada pertengahan bulan Januari tahun depan. Pada mulanya sukar untuk saya percaya berita kehamilan ini kerana sebelum ini saya disahkan oleh doktor pakar bahawa saya mempunyai masalah dalam sistem dalaman wanita, namun Alhamdulillah berkat doa dan rezeki Allah, saya akhirnya hamil.

Bagaimana dengan jantina bayi? Adakah anda dan suami sudah membuat ujian imbasan di hospital pakar yang merawat anda sebelum ini?
Sudah. Namun, bayi ini masih malu untuk menunjukkan jantinanya. Insya-Allah saya akan maklumkan apabila memperoleh keputusan kelak. Saya tak kisah lelaki atau perempuan asalkan sihat dan cukup sifat.

Anda ada beritahu mengenai masalah dalaman wanita yang menyukarkan anda hamil. Mungkin sudi kongsikan sedikit sebanyak tentang hal itu?
Lebih kurang dua tahun lepas saya dimaklumkan menghadapi masalah apabila terdapat gumpalan darah pada bahagian pundi kencing dan memerlukan saya menjalani pembedahan ketika itu. Ujar doktor yang merawat saya ketika itu, peluang untuk hamil sangat tipis. Bagaimanapun selepas pembedahan, saya disarankan untuk mengamalkan pemakanan dan cara hidup sihat dengan melebihkan pengambilan sayur-sayuran, ikan, susu kambing dan makanan berasaskan soya. Sehingga bulan Disember tahun lalu, saya masih terus mengambil ubat-ubatan atas nasihat doktor. Alhamdulillah, kini saya hamil dan ini anugerah Allah yang tidak ternilai apabila membuat pemeriksaan sekitar bulan Mei lalu.

Ada petua lain yang anda lakukan untuk mendapatkan zuriat? Ada alahan atau mengidam pelik-pelik sepanjang hamil?
Tiada yang pelik-pelik, kami sekadar mengikut aturan normal pasangan yang berkahwin. Sekarang saya masih mengamalkan makan tujuh biji buah kurma setiap hari selain melakukan senaman ringan. Saya belum mengidam yang pelik-pelik, cuma tiga bulan pertama hamil saya obses makan sayur. Begitu juga dengan alahan, setakat ini saya belum mengalami mual-mual, pening atau muntah lagi.

Bagaimana pula persiapan untuk menyambut kelahiran kelak?
Buat masa sekarang kami belum membuat sebarang persiapan, mungkin bulan ketujuh kehamilan baru mula membuat persediaan yang sepatutnya. Saya sudah membaca dua buah buku mengenai kehamilan dan kelahiran selain menonton beberapa dokumentari mengenai kelahiran bayi.

Sebelum ini ramai yang memperkatakan mengenai pembabitan anda untuk menjayakan konsert Arthur's Day anjuran sebuah syarikat minuman keras, sudikah anda jelaskan mengenai perkara tersebut?
Sekarang baru saya percaya rezeki bayi, sejak saya tolak undangan itu banyak undangan nyanyian lain yang datang. Semua telah saya perjelaskan sebelum ini menerusi kenyataan media melalui laman web saya www.ningbaizura.com. Cukuplah itu sahaja buat masa sekarang.

Perkembangan terkini anda?
Saya sedang sibuk membuat persiapan untuk memasuki pejabat baharu di Petaling Jaya yang mempunyai studio nyanyian sendiri. Selain itu, saya akan merakamkan sebuah album kanak-kanak umpama lullaby bersama Universal Music yang bakal diterbitkan awal tahun depan. Tahun depan juga ulang tahun ke-20 saya bergelar penyanyi dan saya sedang merangka pelan strategi untuk mengadakan konsert selain kembali aktif enam bulan selepas melahirkan anak pertama saya.

Kosmo

Yuna pilih karier berbanding cinta


YUNA tidak menyembunyikan realiti tentang hubungan cintanya bersama Qi yang sudah berakhir. Mereka bagaimanapun masih bersahabat. 
 

SIAPA sangka daripada seorang gadis biasa yang gemar menyanyi dan memuat naik karya ke dalam laman YouTube, kini dia merupakan seorang penyanyi yang telah dikenali bukan sahaja dalam industri muzik tempatan, namun di industri muzik antarabangsa juga.
Pemilik nama Yunalis Zaraai atau lebih mesra disapa Yuna, mengakui, hampir dua tahun berada di perantauan, dia kini menjadi semakin matang dan sentiasa berusaha untuk berjaya dalam karier yang dipilihnya ini.

Selain tentang karier yang dibina, kisah cintanya bersama seorang jejaka bernama Qi Qushairi atau Qi juga menjadi perhatian ramai.
Baru-baru ini, melalui laman sosial Twitter miliknya, Yuna dilihat sering meluahkan kata-kata berbaur kecewa.
Sejak itu, persoalan mengenai hubungannya bersama Qi menjadi perbualan yang berlegar di ruang internet.

Adakah mereka masih bersama ataupun hubungan cinta yang dijalinkan telah putus di tengah jalan? Begitupun, Yuna mempunyai penjelasan tersendiri
"Kami kini berehat daripada perhubungan serius dan ingin memberi fokus terhadap karier masing-masing. Ia agak susah kerana saya berada di sana dan Qi di sini, jadi keadaan menjadi sukar. Namun, kami menghormati keputusan masing-masing untuk mengejar impian menjadi penggiat seni.
"Tidak dinafikan kami masih berkawan dan masih punya hubungan yang baik. Mungkin disebabkan oleh jarak, ia menjadi sukar buat kami dan memandangkan perjalanan karier yang semakin sibuk, kami mengambil keputusan ini bersama. Kami mahu beri ruang kepada diri masing-masing untuk bekerja," jelas Yuna tentang hubungannya bersama Qi yang telah dibina sejak hampir dua tahun yang lalu.

Tambahnya, sebagai manusia, mereka juga pernah melalui perkara yang sama seperti pasangan lain. Namun, jika ada jodoh, dia tidak akan menolak. Tapi kini, tumpuannya memang terhadap karier di bidang nyanyian 100 peratus.

"Saya tidak meletakkan sebarang harapan dan kini saya tidak punya komitmen terhadap perhubungan ini. Saya dan dia bebas untuk melakukan apa sahaja dan saya juga sentiasa bekerja dan perhubungan cinta bukan lagi pilihan untuk saya. Namun kami masih mengambil berat tentang diri masing-masing.
"Saya hanya mahu peminat doakan yang terbaik buat kami dan apa yang terbaik untuk kami. Ini kerana, apabila masa itu belum sampai, kami tidak boleh memaksa diri untuk berkahwin atau sebagainya. Jika jodohnya bersama orang lain, saya terima," jelasnya lagi.

Kematangan
Mungkin ramai peminat Yuna telah sedia maklum bahawa gadis tinggi lampai ini telah berhijrah ke Amerika Syarikat untuk mengembangkan sayap kariernya sebagai seorang penyanyi di sana.
Ternyata, namanya semakin mekar di perantauan apabila tahun ini dia dicalonkan dalam dua anugerah muzik yang memang terkenal iaitu MTV Music Award dan European Music Award (EMA).
Sukar untuk bertemu gadis ini di Malaysia, kesempatan dan peluang yang ada digunakan sepenuhnya oleh pihak media untuk menemuramah dan bertanya seberapa banyak soalan yang boleh dalam perkembangan Yuna di negara perantauan.

"Sebenarnya, saya tidak begitu sedar betapa cepat tahun 2012 ini berlalu. Sedar-sedar, sudah mahu hujung tahun. Banyak perkara boleh berlaku dalam jangka masa setahun ini. Jadi adalah sangat rugi jika saya tidak melakukan apa-apa yang boleh meningkatkan karier saya.
"Alhamdulillah, dalam masa 10 bulan, telah banyak yang saya capai dengan membuat apa yang termampu. Album juga telah siap dan kini sedang melakukan promosi dengan membuat jelajah ke beberapa destinasi.
"Saya sebenarnya bangga dan bersyukur dengan apa yang dikecapi. Ini semua berkat doa peminat dan keluarga saya juga untuk sampai ke tahap begini," tutur Yuna merendah diri ketika muncul pada sidang akhbar Yuna Homecoming Concert yang bertempat di Tropicana Golf & Country Resort, Petaling Jaya, Selangor Rabu lepas.

Akui Yuna, berada seorang diri di sebuah negara besar seperti Amerika Syarikat membuatkan dirinya ingin berusaha sebaik mungkin untuk berjaya. Memandangkan dirinya sebagai pendatang baharu di negara lain, mempunyai tahap keyakinan yang tinggi sangat diperlukan.
Bagi Yuna, siri jelajah musim panas di Amerika Syarikat (AS) adalah permulaan kejayaan dinikmati di sana. Ini kerana, tutur anak kelahiran Kedah ini, selepas melakukan siri jelajah tersebut, penjualan album meningkat serta semakin ramai yang mula mengenali dirinya sebagai seorang penggiat seni.
"Pernah ada sebuah rancangan realiti di sana (AS), ambil lagu yang berjudul Lullaby sebagai lagu latar dan secara tiba-tiba penjualan single Lullaby meningkat naik. Alhamdulillah, memang saya gembira dengan kejayaan tersebut.
"Dengan apa yang saya telah belajar ini, saya harap dapat gunakannya pada tahun-tahun yang mendatang sebagai bekalan untuk saya maju dalam bidang yang saya minati ini. Saya juga akui, tahun ini ialah tahun belajar buat diri saya," cerita Yuna sopan menyusun kata.

Pengorbanan
Bicara gadis berusia 26 tahun ini, sebagai seorang anak tunggal, dia membuat keputusan yang agak berat dan besar dalam hidupnya.
"Sebagai anak tunggal, saya memang rapat dengan keluarga, jadi untuk berhijrah ke sana ialah perkara besar bagi saya. Saya juga pernah berfikir dua tiga kali tentang keputusan ini.
"Jadi, setelah berjaya menempatkan diri di sana, biar saya beri fokus terhadap perkara ini. Saya akan dapatkan projek sebanyak yang mungkin.
"Saya jenis yang suka mencuba buat perkara yang baharu bagi diri, namun jika tidak berjaya, tidak mengapa asalkan kita mencuba," jelas Yuna yang dilihat sentiasa positif dalam apa jua yang dilakukannya.

Tuturnya lagi, selagi Tuhan memberikannya akal untuk menjadi kreatif, ia akan digunakan sebaik mungkin.
"Sementara saya masih muda dan mampu lakukannya, saya akan teruskan usaha ke arah itu. Bagi pendapat saya, artis lain juga perlu punya perangai yang sama untuk berjaya," ujarnya.

Kosmo

Ais lautan Artik semakin mencair


IMEJ satelit yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) menunjukkan kecairan ais laut yang berlaku di kawasan Artik.


NEW YORK - Sekumpulan pakar kelmarin memberi amaran kecemasan berikutan kesan global akibat kecairan ais di kawasan Artik yang tidak diramal boleh berlaku, termasuklah pelepasan gas metana dari kawasan permafrost yang ketika ini berada di bawah ais.
Universiti Columbia dan kumpulan aktivis alam sekitar Greenpeace mengadakan majlis berasingan bagi membincangkan data kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang menunjukkan bahawa ais di lautan Artik telah menyusut kepada permukaan paling kecilnya sejak ia mula direkodkan pada tahun 1979.
Menurut data daripada Pusat Data Salji dan Ais di Boulder, Colorado, imej-imej satelit menunjukkan litupan ais Artik cair kepada 3.4 juta kilometer persegi pada Ahad lalu yang merupakan titik ramalan terendah tahun ini.

"Di antara tahun 1979 dan 2012, kita mengalami penurunan ais laut sebanyak 13 peratus bagi setiap dekad, melonjak daripada kadar enam peratus di antara tahun 1979 hingga 2000," kata pakar oseanografi, Wieslaw Maslowski ketika berucap pada majlis Greenpeace.
"Jika trend ini berterusan kita akan kehilangan ais laut menjelang hujung dekad ini," Maslowski. - AFP

Askar Britain lahirkan anak di medan perang


SEBUAH kereta perisai meronda kawasan di sekitar Kem Bastion, selatan Afghanistan pada 10 Januari 2007. 
 

LONDON - Seorang anggota tentera Britain melahirkan anak lelaki semasa berkhidmat di sebuah kem tentera tempat Putera Harry ditempatkan di Afghanistan.
Kelahiran di zon perang itu dipercayai kes pertama seumpamanya dalam sejarah tentera Britain.
Askar wanita berkenaan yang merupakan seorang pengendali meriam, melahirkan bayinya pada Selasa lalu di Kem Bastion.
Terletak dalam wilayah Helmand, kem tersebut merupakan pangkalan utama tentera Britain di selatan Afghanistan.

Pangkalan itu diserang hebat oleh kumpulan Taliban pada minggu lalu dengan menyebabkan dua askar Marin Amerika Syarikat (AS) terbunuh manakala enam pesawat pejuang AS turut musnah.
Mengulas kelahiran mengejut itu, Kementerian Pertahanan Britain (MOD) dalam satu kenyataan semalam menyatakan ia tidak menyedari askar tersebut sedang mengandung.
Kenyataan MOD menegaskan bahawa pihaknya tidak akan membenarkan askar wanita dikerahkan ke medan perang sekiranya mereka hamil.
Kenyataan sama enggan mendedahkan sama ada askar tersebut yang tidak didedahkan identitinya menyedari tentang kehamilannya.

"Kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan baik di hospital tersebut dengan mereka kini diberikan rawatan terbaik," kata kementerian berkenaan.
Menurut kementerian itu lagi, sepasukan doktor akan diterbangkan ke Afghanistan dalam tempoh beberapa hari lagi bagi membantu askar terbabit dan bayinya pulang ke Britain.
Askar wanita berkenaan hamil sebelum dihantar ke medan perang ekoran dia dikerahkan ke Afghanistan pada Mac lalu.

Ditanya tentang insiden tersebut, sebuah badan amal penjagaan kanak-kanak di Britain, National Childbirth Trust menyatakan tugas berat askar terbabit dipercayai menyebabkan dia tidak menyedari atau cuba untuk tidak mengendahkan kehamilannya.
"Askar ini mungkin terlalu fokus pada tugasnya tambahan pula, dia berada dalam situasi hidup mati di zon perang. Ini menyebabkan dia tidak menyedari atau tidak mengendahkan kehamilannya," kata ketua eksekutif badan amal tersebut, Belinda Phipps.

Menurutnya, kehamilan tersebut mungkin tidak disedari oleh askar-askar lain.
"Bukan semua wanita memiliki perut yang besar semasa hamil, sebahagian wanita mempunyai rahim yang jauh ke dalam," tambahnya. - AP

Widodo menang pilihan raya


JOKO WIDODO (memegang mikrofon) menyampaikan ucapan sambil dikelilingi oleh para penyokongnya di Jakarta semalam.


JAKARTA - Penyandang gabenor Jakarta, Fauzi Bowo mengaku kalah dalam pilihan raya penentu semalam dan mengucap tahniah kepada pencabarnya Joko Widodo, selepas kiraan pantas yang dilakukan agensi undian mendapati Widodo memperoleh lebih daripada separuh undi.
Gabenor baharu Jakarta bakal berdepan cabaran untuk menangani masalah kesesakan lalu lintas dan kekurangan kemudahan infrastruktur.

Proses pengiraan undi dilakukan di 400 daripada 15,000 tempat membuang undi dengan undi rosak kira-kira dua peratus. Keputusan rasmi bagaimanapun dijangka diumumkan pada 29 September nanti.
Sebelum ini, Widodo mendahului keputusan undian pusingan pertama pada Julai lalu dengan memenangi 43 peratus undi dan Bowo mendapat 34 peratus undi. Namun kedua-dua calon itu gagal mencapai keputusan undi 50 peratus yang diperlukan untuk menang.
Widodo disokong oleh parti kedua terbesar Indonesia, Parti Perjuangan Demokratik dan Parti Gerakan Indonesia Raya yang diketuai oleh Prabowo Subianto, bekas komander pasukan khas Indonesia.

Bowo pula disokong oleh Parti Demokratik pimpinan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono.
Para penganalisis meramalkan ia satu pertembungan yang sengit. Terdapat seramai tujuh juta pengundi berdaftar. Kertas undi akan dikira dengan tangan di semua tempat undi selepas pengundian ditutup. - AFP

Thursday, 20 September 2012

Rogol, samun gadis terdesak


KHAIRI menunjukkan gambar fotofit suspek kes rogol (belakang) pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang lelaki bertindak licik apabila menjadikan sebuah bilik hotel bajet di Taman Segar, Cheras di sini kononnya sebagai tempat temu duga namun sebaliknya merogol dan menyamun seorang gadis yang merupakan siswazah sebuah kolej swasta Khamis lalu.
Mangsa berusia 22 tahun tersebut dikatakan terpedaya dengan helah suspek selepas terpengaruh dengan tawaran gaji lumayan sebagai jurujual yang dikatakan mampu memperoleh pendapatan RM400 sehari selepas melayari sebuah laman web.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, mangsa diarahkan datang ke bilik hotel bernombor 207 oleh suspek bergelar Faye, 30-an, selepas berhubung melalui e-mel. Suspek mengaku sebagai orang yang akan menemu duga mangsa.
Katanya, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa kemudian pergi ke bilik itu pada pukul 7.03 petang bersendirian dengan membawa dokumen berkaitan.

“Sebaik sahaja mangsa masuk ke bilik itu, suspek terus menarik tangannya dan merogol mangsa. Bukan itu sahaja, suspek turut menyamun telefon bimbit dan jam tangan mangsa.
“Identiti suspek masih belum diperolehi kerana dia tidak mendaftar di situ. Ogos lalu, terdapat kes serupa berlaku ke atas wanita berusia 23 tahun melibatkan modus operandi dan suspek yang sama,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Bagaimanapun tambahnya, wanita itu mendapat maklumat daripada laman web berlainan dan pekerjaan sebagai jurujual ditawarkan dengan gaji RM200 sehari.
Sehubungan itu, Khairi semalam mengedarkan fotofit suspek tersebut berdasarkan maklumat yang diberi oleh dua mangsa bagi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya tampil kepada polis.
“Graduan, terutamanya gadis yang terdesak untuk mendapatkan pekerjaan selepas tamat belajar, dinasihatkan supaya berhati-hati dengan tawaran yang tidak masuk akal bagi mengelakkan kejadian sama berulang,” katanya.

Pembedahan pertama pemindahan rahim ibu kepada anak di dunia


TIGA daripada lebih sepuluh pakar bedah yang melakukan transplan rahim ibu kepada anak perempuan di Sweden. Dari kiri: Andreas G Tzakis, Pernilla Dahm-Kähler dan Mats Brannstrom.


STOCKHOLM - Sepasukan doktor di Sweden berjaya melakukan pembedahan pemindahan rahim daripada ibu kepada anak perempuan yang pertama di dunia, kata satu pasukan perubatan kelmarin.
Universiti Gothenburg menyatakan, dua wanita tempatan berusia dalam lingkungan 30-an menerima rahim daripada ibu mereka dalam pembedahan di Hospital Sahlgrenska, barat Sweden pada hujung minggu lalu.

Identiti mereka tidak didedahkan.
"Lebih sepuluh orang doktor bedah yang berlatih bersama untuk prosedur tersebut selama beberapa tahun mengambil bahagian dalam pembedahan sukar ini," kata ketua pasukan pakar bedah berkenaan, Mats Brannstrom.

Beliau merupakan seorang profesor Obstetrik dan Ginekologi di Universiti Gothenburg.
Menurutnya, rahim seorang wanita itu telah dibuang bertahun-tahun lalu akibat kanser servik. Sementara wanita kedua pula dilahirkan tanpa rahim.

" Kedua-dua pesakit yang menerima rahim baharu berada dalam keadaan baik tetapi penat selepas menjalani pembedahan. Ibu mereka sudah boleh berjalan dan akan dibenarkan keluar dari hospital beberapa hari lagi," jelas Brannstrom.
Pihak universiti berkenaan memberitahu, dianggarkan antara 2,000 hingga 3,000 wanita di Sweden tidak dapat mengandung kerana ketiadaan rahim.
Pasukan perubatan tersebut memberitahu, kualiti rahim dikawal oleh ovari dan hormon di dalam badan manusia. Berdasarkan teori tersebut, mereka menjelaskan, rahim wanita yang sudah mengalami menopaus boleh menampung kehamilan.

Seorang penerima rahim tersebut yang dikenali sebagai Anna berkata, dia memilih untuk menjalani pembedahan tersebut bagi memulihkan semula fungsi badannya seperti wanita lain.
"Satu perasaan hebat kerana dapat merasai pengalaman ini (mempunyai rahim)," katanya dalam komen yang disiarkan di laman web Hospital Sahlgrenska.
Menurutnya, tiada jaminan dia dan teman lelakinya akan dapat menimang cahaya mata selepas prosedur tersebut.
"Namun, kami ada peluang yang baik. Jika saya hamil, ia adalah bonus buat kami," katanya.
- Reuters

Wednesday, 19 September 2012

Janin ditemui di tangga kuarters KLIA


SAIFUL NIZAM menunjukkan tempat janin yang ditemuinya di atas tangga di kuarters KLIA, Nilai.


NILAI - Seorang kakitangan Jabatan Imigresen terkejut apabila menemui janin manusia di tangga tingkat satu sebuah blok kuarters KLIA dekat Nilai semalam.
Saiful Nizam Abas, 40, berkata, dia ternampak janin itu ketika keluar dari rumah berhampiran lokasi kejadian untuk mengambil seorang kanak-kanak yang dijaga oleh isterinya.
"Sebaik sahaja membuka pintu rumah, saya terkejut melihat beberapa tompokan darah di lantai berhampiran tangga untuk naik ke tingkat atas.

"Saya ikut kesan tompokan darah itu sebelum ternampak objek yang bergulung seperti janin manusia," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Katanya, selepas memaklumkan perkara itu kepada jiran, dia kemudian segera menghubungi polis.
Jelasnya, dia difahamkan oleh jururawat Klinik Kesihatan Kuarters KLIA yang tiba di lokasi bagi membantu siasatan, berdasarkan pemerhatian awal ia janin manusia berusia dalam lingkungan tiga bulan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Yusof Awang berkata, polis masih menyiasat kejadian itu dan sedang menunggu keputusan forensik daripada Hospital Tuanku Ja'afar Seremban.
Beliau berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu, diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai di talian 06-758 3222.

Bomoh nikah batin didakwa


KEADAAN Mohd. Sombas ketika ditahan oleh JHEAINS dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung LBJ, Labu kelmarin.


SEREMBAN - Seorang lelaki yang diberkas berhubung dakwaan memperdayakan wanita untuk tujuan seks dilepas tanpa dibebaskan dengan bon jaminan sebanyak RM15,000 bagi empat kes berasingan di Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.
Bon jaminan itu dikenakan terhadap Mohd. Sombas Abdullah, 48, sementara menunggu keempat-empat pertuduhan di bawah Enakmen Jenayah Syariah 1992 Negeri Sembilan dibacakan terhadapnya pada 9 Oktober depan.

Di Mahkamah Tinggi Syariah, Mohd. Sombas dikenakan bon jaminan RM12,000 dengan enam penjamin kakitangan awam atas tiga kesalahan mengikut Seksyen 49, 50 dan 52 Enakmen Jenayah Syariah 1992 Negeri Sembilan.
Hakim Syarie Abu Zaky Mohamad mengeluarkan perintah bon jaminan tersebut bagi kesalahan mencela agama Islam, mempermain ayat suci al-Quran dan hadis serta melakukan perbuatan ajaran salah.

Sementara itu, di Mahkamah Rendah Syariah, Hakim Syarie Hamizan Mohd. Nor mengenakan bon jaminan RM3,000 terhadap Mohd. Sombas dengan dua penjamin kakitangan awam.
Lelaki yang mendakwa dirinya sebagai bomoh itu disiasat mengikut Seksyen 77 Enakmen Jenayah Syariah 1992 Negeri Sembilan iaitu memperdaya serta melarikan wanita untuk tujuan seks.
Pendakwa Syarie Kanan, Wan Mohd. Helmi Masran dan Zulzaidi Mahmod dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) mengendalikan kesemua kes yang dikenakan terhadap tertuduh manakala Mohd. Sombas tidak diwakili peguam.

Mohd. Sombas yang sudah berkeluarga gagal membayar bon jaminan tersebut. Tiada ahli keluarga tertuduh kelihatan di mahkamah. Malam tadi tertuduh ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai sebelum dia kemudian ditahan di penjara.
Kosmo! semalam melaporkan seorang bomoh yang didakwa memperdaya pesakitnya yang terdiri daripada wanita untuk melakukan hubungan seks dengan alasan perubatan terperangkap apabila dia ditahan oleh JHEAINS di sebuah rumah di Kampung LBJ, Labu di sini kelmarin.
Sebelum melakukan hubungan seks dengan pesakitnya, lelaki itu didakwa turut mengadakan upacara nikah batin dengan wanita berkenaan.

Kosmo

Hui Yee mati di pangkuan bapa

BATU PAHAT - Selepas lima tahun menikmati kehidupan sebagai insan normal, Tee Hui Yee yang merupakan penerima organ jantung baharu menerusi satu pembedahan maraton pada 2007, meninggal dunia secara mengejut di kediaman ibu bapanya di Kampung Parit Besar di sini semalam.
Gadis berusia 19 tahun itu yang pernah menyentuh hati nurani rakyat Malaysia kerana terpaksa menyorong jantung mekanikalnya yang diletakkan di dalam beg untuk ke mana-mana, disahkan meninggal dunia di pangkuan bapanya, Tee Ah Soon pada pukul 10.02 pagi semalam.

Ibunya, Dina Bato Sam Bua, 51, berkata, anak kesayangannya itu mengadu sakit dada dan bahagian kiri tengkuknya selepas dia keluar makan bersama rakan-rakan di sebuah restoran hidangan kukus berhampiran kira-kira pukul 9 malam kelmarin.

Menurutnya, selepas anaknya muntah, dia bersama rakan baik anaknya, Thong Liew Sze Yun, 17, mengurut badannya perlahan-lahan dan dia sempat menjamah sekeping roti sebelum muntah sekali lagi.

Ketika itu, katanya, dia turut memujuk anaknya itu supaya mendapatkan rawatan di hospital malam kelmarin tapi anaknya itu enggan kerana beranggapan dia hanya diserang gastrik.
"Saya mula cemas apabila melihat anak bongsu daripada empat beradik itu menggigil dan kedua-dua tangannya kejang kira-kira 9 pagi semalam sebelum menjerit memanggil bapanya, Tee Ah Soon," katanya ketika ditemui di pusat persemadian di Jalan Fatimah di sini.
Sementara itu, Ah Soon berkata, isterinya itu cuba mengurut mendiang tetapi tidak berhasil malah situasi anaknya itu makin teruk sehingga dia terpaksa membuat bantuan pernafasan dari mulut ke mulut (CPR) selama 10 minit tetapi masih tidak berjaya.
"Saya sempat mendengar nafas terakhirnya sebelum dia kelihatan kaku lalu menyebabkan saya bergegas membawanya ke Hospital Batu Pahat.
"Doktor tidak memberitahu kami punca kematiannya sama ada ia berkaitan dengan jantung atau tidak," kata pekebun sayur itu.

Kisah Hui Yee yang menderita sakit jantung sejak berusia dua tahun mendapat liputan meluas media apabila terpaksa bergantung nyawa selama setahun dengan jantung mekanikal sebelum menjalani pemindahan jantung pada Oktober 2007.

Klik Untuk Saya k... :)

free counters