Jom Buat Duit

Monday 6 August 2012

Kempunan ganjaran RM4 juta


CHONG WEI ditenangkan oleh Ketua Jurulatih perseorangan lelaki Malaysia, Rashid Sidek selepas tewas kepada Lin Dan di Arena Wembley, London malam tadi. 
 

KUALA LUMPUR - Harapan seluruh rakyat Malaysia untuk melihat jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei membawa pulang pingat emas pertama negara dalam Sukan Olimpik sekali lagi hampa selepas beliau tumpas kepada musuh tradisinya, Lin Dan dari China pada acara final perseorangan lelaki badminton Sukan Olimpik 2012 di Arena Wembley, London malam tadi.

Dalam perlawanan itu, Chong Wei menang set pertama 21-15 tetapi tewas 10-21 dan 19-21 pada set kedua dan ketiga dalam perlawanan yang cukup mendebarkan.

Kekalahan itu juga bermakna Chong Wei terlepas peluang memperoleh ganjaran RM4 juta yang dijanjikan jika beliau meraih pingat emas acara itu.

Jika beliau muncul juara semalam, Chong akan mendapat wang tunai RM2 juta sumbangan Kementerian Belia dan Sukan menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) kepada setiap pemenang pingat emas Olimpik serta RM1 juta yang dijanjikan oleh sebuah syarikat perabot, 3V Holdings Sdn. Bhd.

Kosmo

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters