SUDAH agak lama cerita mengenai pelakon kacak Shahrizal Jaszle tidak
muncul menerusi media selepas kontroversi percintaannya bersama pelakon
Miera Liyana yang berakhir sekitar awal tahun lepas. Selepas itu,
Shahrizal dilihat seolah-olah cuba melarikan diri daripada pihak media
dengan tidak menghadirkan diri pada majlis-majlis hiburan.
Menolak anggapan bahawa dia melarikan diri daripada media, ujar
Shahrizal, dia sebenarnya terlalu sibuk dengan penggambaran beberapa
buah drama yang kini ada beberapa daripadanya sudah ditayangkan di kaca
TV seperti Pelamin Di Pusara dan Rindu Bertamu Di Abu Dhabi.
“Bukan sebab kes putus cinta saya menyepi dan seolah-olah melarikan
diri daripada pihak media. Sebaliknya, saya sibuk dengan penggambaran
drama. Drama yang kini sedang ditayangkan di TV3 iaitu Rindu Bertamu Di
Abu Dhabi menuntut saya berada di lokasi selama tiga bulan,” jelasnya
lagi.
Pada bulan Disember lalu, hero filem Azura 2012 itu juga secara
tiba-tiba mengejutkan peminat-peminatnya dengan berita pertunangannya
bersama seorang bakal doktor bernama Redzwani Puteri, 25.
Mengakui keputusannya untuk bertunang dalam usianya yang baru 24
tahun bukan dibuat secara terburu-buru, Shahrizal mengatakan sudah
mengenali Redzwani lama dan merasakan gadis itu adalah pilihan tepat
untuk dijadikan isteri.
Hasrat untuk memperisterikan Redzwani dengan cepat nampaknya tidak
kesampaian kerana Shahrizal diberi tempoh selama dua tahun untuk
berkahwin dengan tunangnya sekali gus menafikan yang dia dan Redzwani
bakal berkahwin pada tahun ini.
“Kami masih lagi merancang tarikh perkahwinan. Bukan tahun ini.
Insya-Allah pada tahun 2015. Sebabnya, keluarga dia (Redzwani) minta dia
habis belajar dulu sebelum berkahwin,” jelasnya ketika ditemui pada
sesi penggayaan rantai mutiara Rafflesia yang bakal diberikan kepada
pemenang-pemenang mengikut kategori yang dipertandingkan di Festival
Filem Malaysia (FFM), di Hotel Parkroyal, Kuala Lumpur.
Ditebak mengenai cabaran bertunang dalam tempoh yang lama, ulas
Shahrizal, dia sedia menghadapinya dan tetap mengikut saranan orang tua
mereka.
Akui Shahrizal, tempoh dua tahun itu juga membolehkan dia dan tunangnya memfokuskan pada kerja dan pelajaran.
“Memang kalau ikutkan rasa macam lama sangat tunang selama dua tahun
tetapi ia tidak menjadi masalah buat kami kerana saya sibuk dengan
berlakon dan dia juga sibuk belajar,” ujarnya mengenai tunangnya yang
kini mengikuti pengajian ijazah keduanya iaitu perubatan dan pembedahan
selepas memperoleh ijazah dalam bidang perubatan sains.
Teman baik
Mengulas mengenai pertemuannya bersama Redzwani, ujar Shahrizal:
“Redzwani sebenarnya merupakan teman baik saya. Saya kenal dia sudah
lama. Dia adalah kawan baik saya, malah kami rapat sebab kedua-dua
keluarga kami juga saling kenal mengenali antara satu sama lain,”
tuturnya.
Mendedahkan sebab dia menyukai tunangnya itu, kata Shahrizal, ia
adalah kerana mereka berkongsi minat yang sama iaitu fotografi. Ujarnya
lagi, Redzwani juga seorang yang sangat penyabar dengan kerenahnya dan
kesibukannya sebagai seorang pelakon.
“Kami mempunyai minat yang sama iaitu suka mengambil gambar. Saya
juga memerlukan seorang yang kuat sabar dan dia memang sangat sabar
dengan saya malah dia juga pandai membuat kerja rumah serta pandai
memasak,” puji Shahrizal terhadap Redzwani.
Mengulas mengenai tema dan persiapan perkahwinan, ujar Shahrizal, dia
dan tunangnya sudah mengatur persiapan perkahwinan sebanyak 20 peratus
dan bercadang untuk mengadakan perkahwinan dalam taman.
Cacat
Di luar kehidupan peribadinya, Shahrizal memberitahu, akan membawa
watak sebagai orang cacat untuk drama slot Azalea di TV3. Mengakui
sering membawa watak hero dan baik, jelas Shahrizal, dia ingin versatil
dalam lakonan dan mencuba watak-watak yang berlainan pula.
Jelas Shahrizal juga, dia kini lebih selektif dalam pemilihan drama
dan tidak mahu tangkap muat sebarang drama yang ditawarkan kepadanya.
“Saya lebih mementingkan kualiti daripda kuantiti. Saya suka watak
yang mencabar untuk menguji lakonan saya daripada main terima segala
tawaran yang datang,” tegasnya.
kosmo.com.my
Jom Buat Duit
Thursday, 28 February 2013
Artis Korea alami gangguan seksual dalam kereta api bawah tanah.
SALAH seorang ahli kumpulan Sunny Days iaitu Im Soo-jung telah
mengalami insiden yang menakutkan apabila dia diraba oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali baru-baru ini.
Menurut laporan laman web soompi.com, kejadian itu berlaku sewaktu penyanyi berkenaan menggunakan pengangkutan kereta api bawah tanah untuk pulang ke rumahnya di Seoul, Korea Selatan setelah selesai menjalani penggambaran sebuah klip video.
Menurut pihak polis, Soo-jung terus membuat aduan di balai polis setelah merasakan dirinya mengalami gangguan seksual.
Kemudian beberapa anggota polis berjaya menangkap lelaki tersebut yang merupakan seorang pekerja kilang.
"Ketika ini lelaki yang terlibat dengan kejadian itu telah ditahan tanpa syarat dan sekiranya didapati bersalah dia akan didakwa di bawah undang-undang gangguan seksual," ujar wakil polis tersebut.
Bagaimanapun, lelaki yang telah ditangkap itu menyatakan dia langsung tidak berniat menyentuh tubuh Soo-jung dari belakang dan mendakwa perbuatan tersebut berlaku secara tidak sengaja.
Sementara itu, wakil jurucakap Sunny Days menjelaskan bahawa Soo-jung sangat terkejut dengan kejadian tersebut dan kini dia sedang berehat di rumah buat sementara waktu.

Wednesday, 27 February 2013
Rozita Che Wan & Zain Saidin akan berkahwin pada bulan Julai ini?
SETELAH kisah percintaan mereka sering diperkatakan media dan
peminat, akhirnya pasangan Zain Saidin, 29, dan Rozita Che Wan, 42,
mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
Perkara ini didedahkan sendiri oleh Rozita menerusi sebuah akhbar semalam yang mendakwa dia dan Zain bakal melangsungkan perkahwinan pada hujung bulan Julai ini.
Namun ia menimbulkan persoalan kerana hujung Julai merupakan bulan Ramadan. Justeru, adakah Rozita dan Zain akan berkahwin pada bulan Ramadan tahun ini?
Bagi mendapatkan kesahihan mengenai perkara tersebut, Kosmo! menghubungi kakak Zain iaitu bekas anggota kumpulan Elite, Sasha.
Kosmo!: Bolehkah Sasha komen mengenai kenyataan Rozita yang dia akan berkahwin dengan Zain pada hujung bulan Julai ini?
SASHA: Sebenarnya saya agak terkejut dengan perkara tersebut dan langsung tidak tahu apa-apa mengenainya. Lagipun saya baru sahaja pulang dari Sydney, Australia minggu lalu dan Zain sendiri tidak pernah berbincang apa-apa pun mengenainya (kahwin pada hujung Julai).
Adakah Sasha fikir mereka akan melangsungkan perkahwinan pada bulan tersebut?
Saya rasa ia sesuatu yang agak mustahil memandangkan ketika itu merupakan bulan Ramadan dan umat Islam sedang berpuasa. Jadi, saya rasa tidak mungkin mereka akan melangsungkannya pada masa berkenaan.
Apabila berita ini tersebar saya ada menghubungi Zain untuk mendapatkan penjelasan sebenar. Dia memberitahu saya memang dia dan Rozita akan berkahwin, tetapi pada hujung tahun dan bukan pada hujung Julai ini.
Adakah selama ini keluarga merestui hubungan Zain dan Rozita memandangkan umur Rozita dan Zain jauh berbeza iaitu 13 tahun?
Sebagai kakak, saya memang tiada halangan dan Zain bebas memilih sesiapa sahaja yang ingin menjadi teman hidupnya, asalkan dia gembira dengan pilihannya itu. Keluarga kami pula memang mengamalkan sikap terbuka dan merestui hubungan mereka berdua selama ini. Memang faktor umur tidak menjadi halangan dan semua keputusan terletak di tangan Zain.
Memandangkan Zain akan berkahwin pada tahun ini, bagaimanakah pula Sasha sendiri, tidakkan ingin kembali mendirikan rumah tangga setelah bercerai pada tahun lalu?
Keinginan untuk berumah tangga itu memang ada memandangkan saya jenis wanita yang tidak boleh hidup keseorangan, namun jodoh semuanya terletak pada kuasa Allah.
Sepanjang bergelar ibu tunggal adakah mana-mana lelaki yang cuba mendekati Sasha?
Tidak dinafikan memang ada yang cuba mendekati dan ingin mengambil saya sebagai isteri. Buat masa ini, ia masih lagi dalam proses penilaian dan mengenal hati budi masing-masing. Saya mahu membuat keputusan yang tepat untuk memilih teman hidup agar pisang tidak berbuah dua kali.
Bagaimanakah dengan perkembangan kerjaya Sasha sekarang ini?
Sehingga kini saya masih lagi aktif dalam dunia lakonan dan drama terbaharu saya berjudul Cinta Adam dan Hawa sebanyak 26 episod akan ditayangkan tidak lama lagi.
Bagaimanapun, saya lebih banyak mendapat tawaran membuat pertunjukan fesyen di merata-rata tempat. Cuma sesekali saya turut diberi peluang menjadi pengacara sesebuah majlis serta tampil sebagai artis undangan dalam beberapa buah program TV.
KOSMO

Monday, 25 February 2013
Aliff Aziz lelaki yang baik - Adira
HUBUNGAN rapat dan mesra antara penyanyi genit Adira dan penyanyi
kelahiran Singapura, Aliff Aziz bukan lagi rahsia. Mereka berdua juga
tidak lagi menyembunyi hubungan rapat itu, malah telah memuat naik
gambar bersama di Instagram baru-baru ini.
Jika diselak lipatan sejarah, kedua-dua mereka sememangnya mempunyai rekod percintaan yang pernah mencetuskan kontroversi.
Adira pernah dikaitkan dengan Hafiz manakala Aliff sudah tentu 'meletup' dengan cintanya bersama pelakon Anne Ngasri yang musnah di pertengahan jalan.
Tidak mengambil pusing sejarah silam masing-masing, baik Adira mahupun Aliff mengakui serasi bersama.
Kata Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi ketika ditemui pada majlis makan malam bersama peminatnya di Hotel De Palma, Ampang, Kuala Lumpur baru-baru ini, dia cukup selesa berkawan dengan Aliff dan menyifatkan Aliff sebagai lelaki yang baik.
"Saya selesa berkawan rapat dengannya, bagi saya dia seorang lelaki yang baik, berfikiran terbuka dan mudah dibawa berbincang," akui Adira.
Bagaimanapun kata Adira, hubungan mereka menjadi rapat selepas kontroversi cinta Aliff dan aktres Anne Ngasri berakhir. Enggan mengambil pusing kata-kata orang sekeliling, Adira mahu menjalani kehidupannya dengan cara sendiri.
"Ya, orang pasti tidak berhenti bercakap tentang kisah silam saya mahupun Aliff kerana karier kami sebagai artis. Selagi kami selesa berkawan rapat, saya tidak lihat ia satu kesalahan," tutur penyanyi yang berasal dari Ranau, Sabah itu lagi.
Disoal tentang gambar mereka memakai cincin yang sama dimuat naik ke Instagram, Adira enggan mengulas lanjut kerana bimbang jawapannya akan dijadikan spekulasi pada kemudian hari.
"Itu hanyalah gambar biasa sahaja, jika saya ulas mengenainya, akan timbul pula spekulasi yang baharu. Saya hanya berkawan rapat dengannya, itu sahaja yang boleh saya beritahu," jelas Adira.
Ditebak lagi dengan soalan jika enggan mendedahkan hubungan rapat mereka kepada khalayak kenapa pula dia mengundang Aliff ke majlis makan malam bersama peminatnya yang turut dihadiri ahli keluarga termasuk ibu Adira sendiri?
"Memang saya yang jemput dia atas sebab dia kawan saya. Selain dia, saya juga jemput ramai rakan artis yang lain bukan dia seorang sahaja. Tidak ada sebarang agenda sebalik itu. Hubungan Aliff dengan keluarga saya biasa-biasa sahaja tidaklah terlalu rapat," ujarnya.
Idam konsert solo
Jika dilihat perjalanan kerjaya seni Adira, dia antara penyanyi yang cukup bertuah kerana mempunyai deretan lagu popular sejak keluar daripada program Akademi Fantasia musim kelapan.
Popular dengan lagu Ilusi dan Ombak Rindu, kerjaya Adira dilihat antara penyanyi yang berjaya berbanding rakan seperjuangannya yang lain.
Pada majlis makan malam yang pertama kali dianjurkan oleh kelab peminatnya itu, persembahan Adira persis mengadakan mini konsert solo dengan menyanyi lapan buah lagu.
Tersenyum mendengar pujian itu, anak bongsu daripada lapan adik-beradik itu memberitahu sebagai penyanyi dia turut mengidam untuk mengadakan sebuah konsert solo suatu hari nanti.
"Memang saya simpan cita-cita dan impian untuk mengadakan sebuah konsert solo jika diberi peluang. Cuma sekarang saya tidak berani meletakkan sebarang sasaran untuk mengadakan konsert kerana belum ada sebarang perancangan ke arah itu.
"Kalau diberi peluang dan mempunyai penaja, memang saya teringin sangat. Itu kemuncak kerjaya seorang penyanyi, saya ingin berjaya seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Anuar Zain yang berjaya mengadakan konsert solo. Mungkin perjalanan ke arah itu masih panjang tetapi saya tidak akan berhenti berusaha," ujarnya tegas.
Tahun ini, penyanyi putih melepak ini bertambah sibuk apabila album penuh pertamanya dijangka keluar pada tahun ini.
Ceria bercerita tentang albumnya, katanya, sudah lama dia menantikan kemunculan sebuah album sejak bergelar penyanyi.
"Akhirnya, album pertama saya akan berada di pasaran pada tahun ini juga. Terdapat lima buah lagu lama dan lima buah lagu baharu. Pembikinan album sudah hampir selesai, malah kulit album juga sudah ada.
"Jujurnya, memang saya tidak sabar untuk mempunyai album penuh sendiri. Saya harap apabila album ini keluar kelak, peminat akan menyukainya kerana saya telah meletakkan fokus saya seratus peratus ketika proses rakaman dan keseluruhan pembikinan album," luahnya.
Selain menyanyi, Adira juga telah bergelar pelakon selepas berlakon dalam beberapa drama khas untuk keluaran raya dan juga drama bersiri pertamanya iaitu Tiara lakonan bersama Aliff.
Masih belajar tentang ilmu lakonan beritahu Adira, dia hanya berlakon jika mempunyai kemampuan sahaja.
"Saya suka berlakon tetapi saya masih perlu banyak belajar tentang lakonan. Selepas Tiara saya belum terlibat dalam mana-mana drama kerana apabila berlakon saya harus memberi fokus seratus peratus.
Penggambaran drama Tiara dilakukan ketika bulan Ramadan, waktu itu jadual nyanyian saya agak kosong, sebab itu saya boleh berlakon.
"Buat masa sekarang disebabkan jadual saya yang padat, saya tidak mampu untuk beri komitmen. Saya tidak mahu menerima tawaran tetapi akan menyusahkan orang lain dan tidak mampu berlakon dengan baik.
"Sudahlah saya baharu nak belajar berlakon, kalau terikat dengan kerja lain, saya kepenatan dan tidak dapat beri fokus sebab itu buat masa ini saya fokus pada nyanyian terlebih dahulu," tuturnya.
Rai bersama peminat
Bercerita lanjut mengenai majlis makan malam bersama peminat, katanya itu adalah kali pertama majlis seumpama itu diadakan bersama kelab peminatnya, Adira Fans Club. Sudah lama dirancang sejak bulan Disember tahun lalu, Adira berpuas hati apabila dapat membuat persembahan khas buat peminatnya sahaja.
"Sebenarnya peminat yang beri cadangan untuk anjurkan majlis seperti ini. Melihat kepada sambutannya, saya terharu kerana ada yang datang dari Sabah dan negeri-negeri lain semata-mata untuk bersama saya dalam majlis ini," katanya lagi.
Meskipun bayaran RM80 dikenakan pada setiap orang, majlis itu penuh dengan 400 orang peminat, malah pada saat-saat akhir mereka terpaksa menambah meja untuk memenuhi kehadiran di luar jangkaan itu.
"Tidak sangka ramai yang datang hari ini sampai terpaksa ditambah meja. Bagi saya majlis ini sangat berjaya dan selepas ini saya akan mengadakan majlis yang sama di negeri kelahiran saya di Sabah. Rasanya sudah lama peminat di sana menantikan majlis seumpama ini," tuturnya.
Selain persembahan Adira, majlis malam itu turut diserikan dengan persembahan penyanyi veteran Uji Rashid dan celoteh pengacara majlis Sharifah Shahora yang mencuit hati.
Cuma apa yang kurang disenangi adalah persembahan tidak sopan dan keterlaluan penari-penari maknyah yang dikenali sebagai paper doll.
Mengulas lanjut mengenai persembahan kurang sopan itu, kata Adira, dia sendiri tidak menyangka persembahan tersebut akan diadakan dan meminta maaf bagi pihak penganjur.
"Saya tahu akan ada persembahan paper doll tetapi kami tidak sempat nak berlatih kerana pada waktu siang dewan itu digunakan untuk sebuah majlis perkahwinan, Kami hanya masuk pada pukul 6 petang sahaja.
"Jadi, saya tidak tahu bagaimana corak persembahannya. Memang saya juga terkejut kerana pakaian mereka agak terdedah. Saya minta maaf sangat, selepas ini saya akan lebih berhati-hati supaya kejadian yang sama tidak akan berulang," ungkapnya. KOSMO

Samsung perkenal Galaxy Note 8.0
SEOUL - Syarikat Samsung semalam memperkenalkan komputer tablet Galaxy Note 8.0 berukuran 20.32 sentimeter (sm) dengan keupayaan panggilan telefon bagi menyaingi tablet iPad mini keluaran Apple selain untuk mengukuhkan kedudukannya di pasaran dengan menawarkan gajet yang pelbagai saiz.
Gajet baharu tersebut dijana perisian Android keluaran Google dan akan dipamerkan di Kongres Mobil Sedunia di Barcelona bermula hari ini.
Seperti gajet Galaxy Note sebelum ini, ia didatangkan dengan pen jejarum untuk membolehkan pengguna menulis dan melukis pada skrinnya.
Menurut Samsung, jualan global tablet tersebut akan bermula pada suku kedua tahun ini. - AFP
Friday, 22 February 2013
Mohd Mentor nafi dakwaan rogol, minta tunggu siasatan selesai
"MEMANG betul saya sudah dibebaskan selepas ditahan reman tujuh hari
tanpa ikat jamin dan buat masa sekarang saya belum berani menjelaskan
dengan lebih lanjut lagi kerana perkara ini masih lagi dalam siasatan.
"Tidak dinafikan insiden terbabit menjejaskan periuk nasi saya. Banyak 'show' yang telah dibatalkan termasuklah pelantikan saya sebagai duta Kementerian Pengajian Tinggi yang telah ditangguh," kata juara rancangan realiti Mentor musim keempat, Mohd Mentor kepada Media
Hiburan hari ini.
Katanya lagi, "selain itu, saya juga perlu menanggung malu kerana orang memandang serong terhadap saya."
"Ada juga yang bertanya akan kesahihan cerita tersebut, apa yang boleh saya cakap semua masih dalam siasatan," kata Mohd Mentor lagi.
Ditanya sejauh mana hubungannya bersama penyanyi wanita tersebut sehingga tercetusnya insiden seperti yang dilaporkan, Mohd memberitahu:
"Saya tidak pernah bercinta dengannya."
"Hubungan kami hanya rakan artis. Sebulan kami berkenalan, saya jadi pelik kerana dengan tiba-tiba dia mengajak saya untuk berkahwin dan saya pun jadi musykil.
"Selepas saya menolak berlakulah seperti apa yang dilaporkan," katanya lagi.
Mohd juga memberitahu dia akan mengadakan sidang media bagi membersihkan namanya selepas semua siasatan selesai dijalankan.
Mangsa dikatakan dirogol kira-kira jam 12.40 tengah hari pada 31 Januari lalu di rumah pemuda tersebut di Ukay Perdana, Ampang. MH

Thursday, 21 February 2013
Askar AS minum darah ular tedung
BANGKOK - Sejumlah anggota marin Amerika Syarikat (AS) meminum darah ular tedung dalam latihan ikhtiar hidup di sebuah pangkalan tentera laut di Sattahip, wilayah Chonburi, dekat Pattaya, selatan Thailand semalam.
Mereka juga diajar cara untuk membunuh ayam dengan menggunakan gigi semasa menggigit leher haiwan tersebut.
Askar-askar AS itu juga belajar cara untuk menangkap ular tedung.
Latihan yang dikenali sebagai Cobra Gold itu turut disertai oleh askar-askar Thailand, Singapura, Indonesia, Jepun, Korea Selatan dan Malaysia. - AFP
Wednesday, 20 February 2013
Curah Air Panas pada 'Batang' Suaminya yang Curang
Seorang isteri di Colombia dituduh mencurah air mendidih pada alat
sulit suaminya ketika mangsa tidur selepas mendapat tahu lelaki itu
curang.
Yolivel Lopez dikatakan mencurah air panas pada kemaluan Nefer Netan selepas menerima panggilan daripada perempuan simpanan mangsa mengatakan mereka baru saja melakukan seks.
Akhbar El Meridiano melaporkan Netan tiba di kediamannya pada awal
pagi semalam selepas memberitahu Yolivel dia keluar minum bersama
rakannya.
Yolivel membiarkan Netan tidur sebelum pergi ke dapur untuk memasak air panas.
Apabila air itu mendidih, dia membawa cerek ke dalam bilik tidur dan mencurahkan air berkenaan pada kemaluan suaminya.
Jiran mereka di bandar Martinez dekat Cereta di timur laut Colombia berkata, Netan menjerit kesakitan sebelum dibawa ke hospital untuk dirawat.
Akhbar itu melaporkan doktor berkata, kemaluannya ‘rosak teruk’ akibat insiden itu.
Penduduk tempatan memberitahu, sejak insiden serangan itu Yolivel tidak lagi kelihatan.
Ini bukan kali pertama insiden wanita membalas dendam terhadap suami yang curang.
Tahun lalu, seorang wanita yang cemburu mencincang kemaluan pasangannya sebelum mengepamnya ke dalam lubang tandas apabila mendapat tahu lelaki terbabit bermain kayu tiga.
Huaman Julia Muñoz, 41, dikatakan memutuskan membalas dendam terhadap pasangannya, Ramon Arias Apayco, 46, ketika mangsa tidur.
Huaman mengerat kemaluan Apayco dengan pisau di sebuah hostel di Brena, Peru lapor laman web New Age.
Wanita itu cuba melarikan diri, tetapi ditangkap kakakitangan hostel.
Apabila polis menyoalnya mengenai serangan itu, dia mengakui melakukan perbuatan terbabit kerana berang mendapat tahu pasangannya curang. - Agensi
Yolivel Lopez dikatakan mencurah air panas pada kemaluan Nefer Netan selepas menerima panggilan daripada perempuan simpanan mangsa mengatakan mereka baru saja melakukan seks.
Yolivel membiarkan Netan tidur sebelum pergi ke dapur untuk memasak air panas.
Apabila air itu mendidih, dia membawa cerek ke dalam bilik tidur dan mencurahkan air berkenaan pada kemaluan suaminya.
Jiran mereka di bandar Martinez dekat Cereta di timur laut Colombia berkata, Netan menjerit kesakitan sebelum dibawa ke hospital untuk dirawat.
Akhbar itu melaporkan doktor berkata, kemaluannya ‘rosak teruk’ akibat insiden itu.
Penduduk tempatan memberitahu, sejak insiden serangan itu Yolivel tidak lagi kelihatan.
Ini bukan kali pertama insiden wanita membalas dendam terhadap suami yang curang.
Tahun lalu, seorang wanita yang cemburu mencincang kemaluan pasangannya sebelum mengepamnya ke dalam lubang tandas apabila mendapat tahu lelaki terbabit bermain kayu tiga.
Huaman Julia Muñoz, 41, dikatakan memutuskan membalas dendam terhadap pasangannya, Ramon Arias Apayco, 46, ketika mangsa tidur.
Huaman mengerat kemaluan Apayco dengan pisau di sebuah hostel di Brena, Peru lapor laman web New Age.
Wanita itu cuba melarikan diri, tetapi ditangkap kakakitangan hostel.
Apabila polis menyoalnya mengenai serangan itu, dia mengakui melakukan perbuatan terbabit kerana berang mendapat tahu pasangannya curang. - Agensi
Suami Bunuh dan Cincang Mayat Isteri
Seorang lelaki Iraq, semalam mengaku membunuh dan mencincang mayat isterinya.
Lelaki yang hanya dikenali sebagai AJA dan berusia 47 tahun itu memberitahu polis, dia bertindak demikian kerana tidak tahan dengan sikap isterinya. Mereka bergaduh sepanjang masa sejak tujuh tahun lalu.
AJA menyerah diri di sebuah balai polis di Abu Dhabi selepas polis melancarkan gerakan besar-besaran memburunya.
Mayat mangsa ditemui anak pasangan itu yang berusia 21 tahun, HAJ,
di rumah mereka. Pasangan terbabit juga mempunyai dua anak perempuan
berusia 16 dan 13 tahun yang bersekolah ketika kejadian.
Sumber polis berkata, penyiasat menemui pisau dan pemotong daging digunakan untuk memenggal dan mencincang mayat mangsa di bilik tidur pasangan itu. -AN
Lelaki yang hanya dikenali sebagai AJA dan berusia 47 tahun itu memberitahu polis, dia bertindak demikian kerana tidak tahan dengan sikap isterinya. Mereka bergaduh sepanjang masa sejak tujuh tahun lalu.
AJA menyerah diri di sebuah balai polis di Abu Dhabi selepas polis melancarkan gerakan besar-besaran memburunya.
Sumber polis berkata, penyiasat menemui pisau dan pemotong daging digunakan untuk memenggal dan mencincang mayat mangsa di bilik tidur pasangan itu. -AN
Sunday, 17 February 2013
Top 10 Orang Terkaya di Malaysia 2013
Robert Kuok, bilionair Malaysia yang
berpangkalan di Hong Kong masih merupakan orang terkaya di Malaysia
dengan kekayaan bernilai RM46.1 bilion, meningkat sebanyak 0.88 peratus
daripada RM45.7 bilion pada tahun lepas, diikuti oleh ahli perniagaan,
Ananda Krishnan dan Pengerusi Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow.
Ananda yang menduduki tempat kedua sejak 2004 telah mengalami penyusutan kekayaan apabila ia merosot 23.5 peratus berbanding tahun lepas dengan aset yang dipegang melalui Usaha Tegas Sdn. Bhd. bernilai RM32.9 bilion setakat tarikh pengiraan pada 18 Januari 2013.
Hong Piow pula mengekalkan kedudukannya di tempat ketiga dengan aset bernilai RM13.73 bilion, demikian menurut Malaysian Business terbitan 16 Februari.
Pada 20 Januari lalu, kaji selidik yang dilakukan akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau melaporkan bahawa bilionair telekomunikasi, T. Ananda Krishnan sebagai orang paling kaya di Malaysia mengatasi kekayaan yang dimiliki oleh Kuok.
Menduduki senarai keempat dalam senarai itu ialah Tan Sri Quek Leng Chan yang melonjak daripada kedudukan keenam pada tahun lepas, menggantikan Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Group yang turun ke tempat keenam.
Kekayaan Leng Chan melalui syarikat utamanya, Hong Leong Group dan Guoco Group bernilai RM11.09 bilion pada tahun ini.
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary mengekalkan kedudukan kelimanya dengan kekayaan berjumlah RM10.6 bilion, meningkat daripada RM9.53 bilion tahun lepas.
Tan Sri Lee Shin Cheng melalui syarikatnya IOI Group, turun dari kedudukan keempat pada 2012 ke tempat keenam dengan aset bernilai RM10.56 bilion.
Pengerusi Genting Group, Tan Sri Lim Kok Thay dan ibunya, Puan Sri Lee Kim Hua masing-masing masih pada kedudukan ketujuh dan kelapan.
Kekayaan Kok Thay bertambah sebanyak 7.06 peratus kepada RM8.12 bilion, manakala Kim Hua bertambah sebanyak 9.82 peratus kepada RM7.23 bilion.
Tan Sri Tiong Hiew King melalui Rimbunan Hijau Sdn. Bhd., berada di tempat kesembilan dengan aset bernilai RM6.35 bilion manakala jutawan harta yang berpangkalan di Singapura, Ong Beng Seng melalui Hotel Properties Ltd., menduduki tempat kesepuluh dengan kekayaan berjumlah RM4.02 bilion. - Bernama

Pelakon veteran Kuswadinata meninggal dunia
Pelakon veteran Kuswadinata atau nama
sebenar Kuswadi Bujang, 74, meninggal dunia di Hospital Ampang di sini hari ini
akibat kanser usus dan sakit buah pinggang.
Presiden Persatuan Seniman Malaysia Zed Zaidi berkata Kuswadinata meninggal dunia kira-kira 5 petang dan jenazah akan dibawa pulang ke alamat No.7, Jalan Rasmi 1, Taman Rasmi Jaya, Ampang, Selangor.
Jenazah dijangka dimandi sebelum disembahyangkan di Masjid Bukit Indah, Ampang pada 8 pagi esok, katanya ketika dihubungi Bernama. Allahyarham meninggalkan balu Kamariah Mohd Said, 57, serta empat anak iaitu Jasmine, 27, Hafsham, 26, Irwan, 25, dan Rizal, 23.
Anak kelahiran Singapura itu memulakan kerjaya sebagai pelakon pada 1957 menerusi syarikat perfileman Cathay Keris. Antara filem lakonannya ialah Ibu Mertuaku, Antara Dua Darjat, Lang Buana dan Gerak Khas 3.

Friday, 15 February 2013
Selena Gomez temui pengganti Bieber
SELEPAS putus cinta dengan bintang remaja, Justin Bieber, Selena
Gomez tidak perlu menunggu tempoh yang panjang untuk mencari pengganti.
Baru-baru ini, Selena sering dilihat bersama seorang jejaka bernama Alfredo Flores yang dikatakan bertugas sebagai seorang pengarah video muzik.
Menurut sumber kepada akhbar Daily Mail, tugas Alfredo sepanjang berada dengan Selena adalah menghantar dan menjemput bekas bintang Disney itu ke acara Warner Music Group/In Style 2013.
"Kedua-dua Selena dan Alfredo bukan kali pertama muncul bersama dalam khalayak ramai kerana mereka juga pernah dilihat bersama ketika majlis sambutan ulang tahun seorang lagi bekas bintang Disney, Ashley Tisdale di Malibu, California baru-baru ini," tambah sumber tersebut.
Selena menjalinkan hubungan dengan Justin pada penghujung tahun 2012, namun hubungan mereka tidak kesampaian dan putus pada Januari tahun ini.

Fahrin Ahmad akui kekok jadi penyanyi
KEKOK dan bagai tidak percaya. Itulah yang terlintas dalam fikiran
aktor Fahrin Ahmad apabila mendengar lagu berjudul Siapa Ingin Membawa
dendangannya sendiri buat pertama kali.
Lagu ciptaan Hafiz Hamidun dan lirik oleh Fetri Yahya itu merupakan lagu runut bunyi untuk drama bersiri terbaharu di slot Akasia TV3, Rindu Bertamu di Abu Dhabi lakonan Fahrin bersama pelakon Tasha Shila, Fouziah Gous, Shahrizal Jaszle dan Aiman Hakim Ridza.
Menurut Fahrin yang ditemui pada majlis pelancaran drama itu di Kuala Lumpur baru-baru ini, dia bukan sengaja untuk menjadi penyanyi kerana semua berlaku tidak dirancang.
“Semuanya bermula dengan gurauan apabila saya kata boleh cuba untuk menyanyi tetapi kena buat betul-betul dan lagu harus sesuai dengan tahap vokal saya.
“Penerbit drama ini terus minta lagu dan suruh saya menyanyi lagu ini. Semuanya berjalan dengan pantas kerana proses rakaman mengambil masa selama tiga hari sahaja,” kata Fahrin.
Tidak mengikuti sebarang kelas vokal mahupun mempunyai pengalaman menyanyi secara langsung di hadapan khalayak, Fahrin sendiri berasa sungguh lucu apabila dia ditebak dengan persoalan adakah dia kini mahu jadi penyanyi?
“Sebenarnya saya sendiri berasa kelakar sebab selama 10 tahun menjadi pelakon, ini kali pertama kali saya menyanyi. Sebelum ini saya menyanyi di karaoke untuk suka-suka sahaja, tidak pernah pun masuk studio rakaman sebelum merakam lagu untuk drama ini.
“Bagi saya, nyanyian adalah satu cabang yang baharu kerana sebelum ini saya telah menjadi pengacara, jadi apa salahnya untuk mencuba,” ujarnya.
Tambah Fahrin, meskipun sudah memiliki sebuah single, dia belum terfikir untuk menjadikan nyanyian sebahagian daripada kerjaya utamanya.
“Nyanyian sekadar kerjaya sampingan sahaja. Saya lihat dulu respons peminat terhadap lagu pertama ini, jika ada sambutan bolehlah diteruskan.
“Jika tidak ada sambutan, inilah lagu pertama dan terakhir saya (ketawa). Saya bukan ikut trend pelakon jadi penyanyi, tetapi hanya sahut cabaran yang diberikan kepada saya,” tuturnya.
Bercerita mengenai pengalamannya di studio rakaman membuatkan Fahrin sedar bahawa menjadi penyanyi bukan satu perkara yang mudah.
“Selepas saya melalui sendiri pengalaman merakam lagu, baru saya sedar bahawa nyanyian bukan mudah. Sekarang saya lebih menghargai penyanyi.
“Menyanyi perlukan latihan, tidak mustahil jika saya diberi masa yang lebih lama, mungkin saya boleh menyampaikan lagu ini dengan lebih baik.
“Bagaimanapun, saya menyedari diri ini boleh menyanyi tetapi bukanlah penyanyi yang baik. Jika lagu ini diterima peminat, saya sudah cukup bersyukur,” balasnya.
Abu Dhabi
Berbicara tentang drama bersiri Rindu Bertamu di Abu Dhabi yang menggantikan drama bersiri popular, Setia Hujung Nyawa, Fahrin yakin drama lakonannya itu mampu menarik perhatian peminat.
“Drama ini cukup menarik jalan ceritanya kerana naskhahnya berdiri dengan sendiri. Drama Setia Hujung Nyawa mempunyai ramai pengikut mungkin kerana cerita daripada sebuah novel popular.
“Saya berharap drama Rindu di Abu Dhabi akan mengatasi drama Setia Hujung Nyawa. Gementar juga kerana saya dengar rating drama itu sangat tinggi,” ungkapnya.
Bercakap tentang pengalamannya sepanjang sebulan menjalani penggambaran drama di Abu Dhabi, kata Fahrin, pada mulanya sukar untuk menyesuaikan diri.
Namun, keramahan rakyat Malaysia di sana melayan semua kru dan pelakon menyebabkan mereka merasa seperti berada di tanah air sendiri.
“Abu Dhabi memang tempat yang cantik untuk bercuti tetapi kalau sudah hampir sebulan duduk di sana tetap rindu nak balik Malaysia. Nasib kami baik, di sana ramai rakyat Malaysia, jadi tidaklah rasa janggal sangat,” terangnya.
Drama bersiri 28 episod terbitan Zeel Production yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis mulai 11 Februari lalu itu mengisahkan tentang Firdaus (Fahrin) yang membawa diri ke Abu Dhabi kerana difitnah.
Angkara fitnah tersebut, Firdaus terpaksa memutuskan pertunangan dengan Fatin (Fouziah Gous) dan berkahwin dengan Ain Farohah (Tasha Shila). kosmo.com.my

Anuar Zain tak mencari cinta
SESI fotografi pada lewat petang Rabu beberapa minggu lalu
berlangsung jaya dalam suasana yang santai. Imej Anuar Zain yang selama
ini cukup sinonim dilihat serius dikuis ke tepi dan dibiarkan penyanyi
bersuara lunak itu bermain dengan karakter keanak-anakan pula.
Kata Anuar sebelum perbualan dilanjutkan, fotografi santai yang membongkar sifat nakal dan manja sebegini merupakan pengalaman pertamanya sejak menjadi penyanyi selama lebih 30 tahun.
Satu kelana yang panjang bagi seorang penghibur sejati untuk mengabadikan diri kepada kerjayanya namun bagi Anuar kecintaannya dalam muzik ibarat sebuah perkahwinan yang menuntut kesetiaan.
"Saya sudah berkahwin dengan karier saya selama 30 tahun, ada bahagia ada gundah. Hakikatnya kemanisan itu tidak datang tanpa bersakit-sakit dulu," luah butir katanya bersimpul senyum.
Menjawab soalan nakal yang ditanyakan berkenaan cinta jawab Anuar dia masih solo. Katanya: "Buat masa sekarang saya masih bersendirian, biar ditemukan cinta jangan kita mencari cinta."
Jawapan diplomasi yang sering dilontarkan Anuar apabila ditanya mengenai cinta itu dibiarkan seketika kerana ciri-ciri itu sebenarnya melengkapkan diri seorang Anuar.
Pastinya dia mempunyai percaturan tersendiri.
Menjaga nilai eksklusif dan dilihat seorang yang mahukan kesempurnaan dalam setiap tingkah, Anuar menegaskan prinsipnya bekerja barangkali berbeza dengan penyanyi lain.
"Saya tidak membuat kerja sembarangan apatah kalau kerja itu tidak sesuai dengan saya. Harus ada rasa keselesaan dengan situasi baru yang diambil terutama apabila ia melibatkan imej dan usia saya.
"Saya memilih sesuatu bukan untuk karier semata-mata bahkan lebih kepada kehidupan. Terlebih publisiti bisa membunuh karier sendiri," jelas Anuar.
Tidak seperti penyanyi lain, Anuar memiliki pendirian sendiri untuk tidak terlalu terbuka membicarakan soal peribadi dan memperuntukkan sedikit ruang privasi buat dirinya.
"Material itu tidak penting, yang penting adalah kerja dan nyanyian saya. Saya takut dikategorikan sebagai seorang yang menunjuk-nunjuk dan kerana itu saya meletakkan batas-batas tertentu untuk dikongsikan mengenai diri saya.
"Kalau dikatakan saya seorang yang introvert, rasanya tidak kerana saya juga sering keluar dan melepak bersama kawan-kawan saya," kata pelantun lagu Ajari Aku itu.
Anuar juga mengajar dirinya untuk tidak menjadikan laman sosial sebagai medium berinteraksi dengan peminat, kerana baginya laman sosial bersifat kasar, tajam dan kejam.
"Tidak dinafikan Twitter, Facebook dan Instagram itu penting tapi ia menjadikan komunikasi dengan peminat itu nampak negatif.
"Saya melihat internet antaranya boleh menjatuhkan orang jika tidak dimanfaatkan sebaik mungkin. Saya lebih selesa berinteraksi secara terus dengan peminat maka orang tidak akan manipulasi perkara yang positif," ujar Anuar yang kini baru membuka laman sosial Twitter, Anuar Zain Network.
Anuar turut berkongsi rahsia mengekalkan aura dan popularitinya selama lebih tiga dekad. Dia berpegang kepada empat prinsip dalam kerjayanya.
"Pertama, hubungan kita dengan kerjaya, membahagiakan orang sekeliling dan peminat yang saya lihat paling penting, kemudiannya berkerja dengan ikhlas dan akhir sekali menjaga hubungan dengan media.
"Selain itu perlu ringan mulut dan rajin sedikit untuk bertegur sapa biar dengan orang yang tidak dikenali. Orang pasti akan lebih menghargai kita," ungkapnya.
Melihat kekuatan seseorang artis adalah sokongan peminatnya, Anuar juga percaya akan kuasa keikhlasan. Ujarnya: "Insya-Allah rezeki akan datang kalau kita melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas."

Tragedi Hari Valentine Day Buat Jaguh Olimpik, Oscar Pistorius
Menurut laporan polis, seorang wanita berusia 30 tahun ditemui mati di kawasan tempat tinggal Silverlakes.
"Kami menjumpai pistol 9mm di tempat kejadian. Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan," ulas jurucakap polis, Katlego Mogale seperti yang dipetik dari Reuters.
Laporan Johannesburg's Talk Radio 702 mengatakan pelari pecut itu telah menembak teman wanitanya sejak setahun lalu, Reeva Steenkamp yang merupakan seorang model di kepala dan lengan. Namun kemungkinan insiden itu terjadi kerana salah faham kerana rumahnya dipecah masuk.
Terdapat khabar angin mengatakan Reeva Steenkamp memasuki rumah itu dan cuba membuat kejutan untuk Pistorius bagi menyambut Hari Valentine.
Pistorius dikenali ramai kerana menggunakan karbon fiber bagi menggantikan kecacatan di kedua belah kakinya yang dilahirkan tanpa fibula. Dia merupakan atlit Paralimpik pertama yang menyertai Olimpik sehingga mara ke semifinal 400 meter di London 2012.
Thursday, 14 February 2013
Datuk Siti Nurhaliza cuti tiga bulan untuk jaga suami
KUALA LUMPUR - Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin
mengambil cuti tiga bulan daripada aktiviti seni bermula bulan lalu
hingga Mac untuk memberi perhatian terhadap Datuk Seri Khalid Mohamad
Jiwa selepas suaminya itu terbabit dalam kemalangan motosikal di New
Zealand pada Disember tahun lalu.
Menurutnya, keadaan Khalid, 53, atau lebih mesra dengan panggilan Datuk K semakin pulih tetapi perlu menghadiri lebih banyak sesi fisioterapi di hospital.
"Alhamdulillah, proses rawatan berjalan lancar dan lebih menumpukan pada bahagian tangan. Sebagai isteri, saya perlu berada di sampingnya untuk membantu menguruskan kehidupan seharian seperti mandi dan makan," katanya pada sidang akhbar sempena Minggu Setiausaha di Hotel Royale Chulan di sini semalam.
Tambahnya, pengalaman menjaga suami semasa sakit menyedarkan beliau betapa sukarnya menjadi seorang suri rumah sepenuh masa.

Ibu Catriona Ross maut nahas
GERIK - Ketika peristiwa kemalangan yang hampir meragut nyawanya pada 14 April 2007 masih belum dapat dilupakan, pelakon Catriona Ross kini terpaksa menerima hakikat kehilangan ibunya selepas warga emas tersebut maut dalam nahas semalam.
Kejadian pada pukul 12.40 tengah malam di Kilometer 61.8, Lebuh Raya Timur-Barat berhampiran Perhentian Titiwangsa dekat sini itu mengakibatkan Siti Zawiyah Ab. Rahman, 63, meninggal dunia di tempat kejadian.
Turut maut dalam kejadian itu ialah dua kenalannya, Norini Abd. Ghani, 52, dan Sitah Abdullah, 42. Pemandu kereta Proton Saga BLM, Mustapa Che Su, 59, pula parah dan kini dirawat di Hospital Taiping dekat sini.
Kesemua mangsa dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan untuk ke rumah kenalan mereka di Kepala Batas, Pulau Pinang.
Difahamkan selepas itu, kesemua mangsa bercadang untuk menyampaikan sumbangan kepada Madrasah Zabaydiah, Merbok, Kedah namun hasrat itu tidak tercapai.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Manab Baharom berkata, kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu Mustapa telah bertembung dengan sebuah bas di laluan bertentangan ketika hendak memotong beberapa kenderaan di hadapannya.
"Ekoran itu, kereta tersebut telah terbabas ke dalam longkang. Tempat kejadian terletak tidak jauh dari Hutan Belum dan berkabus," katanya.
Tambahnya, pemandu dan 29 penumpang bas berkenaan yang dalam perjalanan ke Kuala Terengganu, Terengganu tidak cedera.
Menurut Manab, mayat kesemua mangsa dibawa ke Hospital Gerik dekat sini.
Sebelum ini, Catriona atau nama sebenarnya Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 33, yang membintangi beberapa filem dan drama seperti Qabil Khushry Qabil Igam, Cermin, Rafflesia dan Sephia pernah terlibat dalam kemalangan ngeri yang mengakibatkan kedua-dua belah tangan dan kakinya patah pada 14 April 2007.
Kemalangan di Kilometer 230.8, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Rembau, Negeri Sembilan itu berlaku selepas kenderaan Chevrolet yang dipandu rakannya, Jeniffer Govia ke arah Ayer Keroh, Melaka dirempuh sebuah treler.
2 Inspektor Polis berdepan hukuman mati
KUCHING - Dua pegawai polis berpangkat Inspektor berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa membelasah seorang tahanan hingga menyebabkan kematiannya pada tahun lalu.
Bagaimanapun, Mohd. Hazril Mohamed Yusof, 32, dan Mohd. Ezri Azmar Pavel, 31, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didakwa membelasah Kamarul Zamrizal Kamaruzaman, 30.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Bangunan Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, Jalan Nager di sini pada pukul 7 malam, 4 November 2012.
Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan yang juga Peguam Kanan Persekutuan, Yaacub Chik dan Timbalan Pendakwa Raya, Noorfadzila Ishak.
Kedua-dua tertuduh pula diwakili peguam Shankar Ram Asnani.
Hakim Datuk Rhodzariah Bujang tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 6 hingga 17 Mei ini untuk perbicaraan.
Kosmo! sebelum ini melaporkan Kamarul Zamrizal dan seorang rakannya yang berusia 18 tahun ditahan di Kampung Surabaya Hilir di sini bagi membantu siasatan berhubung kes menyerang dan mencuri dompet dua pegawai polis berkenaan di sebuah premis hiburan di sini pada 2 November lalu.
Mangsa juga dikatakan telah mengeluarkan wang RM6,000 milik salah seorang tertuduh menggunakan kad bank. Suspek dipercayai telah dibelasah hingga koma ketika ditahan dan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Umum Sarawak.
kosmo.com.my
SAN JOSE, Costa Rica - Seramai 52 tukang masak dari beberapa buah restoran Cina di sini memasak nasi goreng Kantonis seberat 1,345 kilogram untuk dihidangkan kepada 7,000 orang, kata Presiden Persatuan Cina San Jose, Isabel Yung.
Seorang juri Guinness Book of World Records menghadiri acara itu dan mengiktiraf ia sebagai nasi goreng 'terbesar' di dunia. - Reuters
Wanita paling hodoh di dunia dikebumikan
BANDAR RAYA MEXICO - Seorang wanita paling hodoh di dunia dikebumikan di kampung halamannya di utara Mexico kelmarin.
Rangka tulangnya dikebumikan selepas lebih 150 tahun kematiannya selepas dia dijadikan bahan pameran di kebanyakan negara.
Dilahirkan di Mexico pada tahun 1834, wanita itu, Julia Pastrana menghidap penyakit hypertrichosis dan hyperplasia.
Penyakit itu menyebabkan dia mempunyai banyak bulu dan mempunyai rahang yang tebal.
Wajahnya itu menyebabkan dia digelar sebagai wanita monyet dan beruang.
Dia yang setinggi 1.34 meter berkahwin dengan seorang penganjur persembahan, Theodore Lent dari Amerika Syarikat (AS).
Wanita itu menari dan menyanyi pada pertunjukan orang pelik di AS dan Eropah.
Pada tahun 1860, dia mati di Moscow, Rusia semasa melahirkan seorang anak lelaki Lent yang mewarisi kon disinya.
Anak lelakinya itu kemudian meninggal dunia beberapa hari selepas dilahirkan.
Seorang promoter Norway berjaya memperoleh mumia Pastrana pada tahun 1921 dan dipamerkan pada pertunjukan orang pelik.
Mayatnya itu kemudian diserahkan kepada Universiti Oslo pada tahun 1996.
Pihak berkuasa Sinaloa de Lyva iaitu negeri kelahiran Pastrana di barat laut Mexico kemudian menuntut mayatnya itu untuk dikembalikan bagi tujuan pengebumian. - Agensi

Penunjuk perasaan bakar diri di Tibet
KATHMANDU, Nepal - Seorang penunjuk perasaan Tibet mencurahkan petrol pada tubuhnya sebelum dia membakar dirinya di sini semalam.
Menurut beberapa saksi, lelaki itu memakai pakaian seperti sami memasuki sebuah kafe dan meminta kebenaran untuk menggunakan bilik air.
Dia kemudian keluar ke jalan raya dan membakar dirinya.
Lelaki tersebut berlari beberapa langkah ketika tubuhnya terbakar dan menjerit slogan menentang China sebelum pengsan.
Seorang pegawai polis, Keshav Adhikari berkata, anggota-anggota polis dan orang ramai berjaya memadamkan kebakaran sebelum dia dihantar ke sebuah hospital.
Menurutnya, lelaki berkenaan berada dalam keadaan kritikal.
Adhikari berkata, identiti lelaki tersebut masih belum diketahui tetapi dia kelihatan berumur 21 tahun.
Hampir 100 orang telah membakar diri bagi menentang pemerintahan China di Tibet sejak tahun 2009.
Tentera komunis China menduduki Tibet pada tahun 1951.
Menurut China, wilayah itu merupakan sebahagian daripada China sejak berabad-abad lalu.
Bagaimanapun, penduduk Tibet menafikan dakwaan pemerintah China itu. - AP
Aliff Aziz bercinta dengan Adira?
BERTEMU dengan penyanyi muda Aliff Aziz dalam satu sesi fotografi
baru-baru ini terlihat riak gembira pada wajahnya meskipun tahun lalu
namanya terpalit dengan kontroversi hangat bersama bekas kekasihnya
aktres, Anne Ngasri.
Tutup buku kisahnya bersama Anne, Aliff enggan lagi menoleh ke belakang. Terbaharu, jiwa laranya kembali terisi dengan bunga cinta wanita bernama Adira.
Sebelum ini jejaka berusia 22 tahun itu memberitahu, pengalaman yang lalu banyak mengajarnya untuk lebih berhati-hati untuk berkongsi kisah cinta dengan khalayak.
Namun baru-baru ini. Aliff sendiri yang memecahkan tembok rahsia hatinya pada khalayak dengan memuat naik gambar-gambar dirinya bersama Adira dengan jari manis masing-masing menyarung sepasang cincin menerusi Instagram.
Secara tidak langsung, ia telah menimbulkan pelbagai spekulasi.
"Sebenarnya gambar-gambar saya dan Adira yang dimuat naik ke dalam Instagram itu bukanlah gambar yang tertulis I Love You, jauh sekali untuk menunjuk-nunjuk.
"Itu sekadar gambar bersama orang yang paling rapat dengan saya. Saya sedar tindakan saya itu telah menimbulkan banyak spekulasi dan saya tidak salahkan sesiapa.
"Saya tidak mahu berbohong atau menipu. Terpulang kepada mereka di luar sana untuk membuat sebarang andaian. Apa yang saya harapkan, doakan yang terbaik untuk saya," tuturnya.
Akui Aliff tanpa berselindung, penyanyi genit yang bergandingan dengan dirinya dalam drama Tiara itu menjadi temannya yang paling rapat saat dirinya dilanda duka.
"Memang Adira merupakan rakan dan teman yang paling rapat dengan saya. Kami mula rapat selepas saya pulih daripada kekecewaan dan membuat kemunculan semula.
"Waktu keluarga saya berada jauh di Singapura, dia merupakan teman yang paling banyak membantu menguatkan semangat saya dari segi mental," kata Aliff.
Disoal adakah pengalaman lepas membuatkan dirinya serik untuk bercinta sesama artis, dia tertawa seketika sebelum menegaskan bahawa dia juga manusia biasa yang mempunyai perasaan seperti orang lain.
"Saya pun manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Jika kita sudah suka seseorang, sukar untuk saya melawan perasaan itu. Kami selesa bersama dan mempunyai keserasian.
"Jika sudah tertulis jodoh saya dengan artis saya mahu buat macam mana? Saya harus reda. Kalau boleh, saya mahu berkahwin sebelum usia mencecah 30 tahun.
"Sebelum itu, saya harus memantapkan diri dari segi ekonomi sebelum meminang anak dara orang. Jadi, sekarang fokus saya hanya pada kerjaya," balasnya.
Misi Aliff
Sudah cukup dengan kontroversi, 2013, ujar Aliff, merupakan tahun kelahiran semulanya dalam industri seni tempatan.
Selepas jatuh dan kecundang tahun lalu, Aliff menyatakan dia kini harus merangkak semula untuk kembali mengukuhkan namanya.
"Saya belajar daripada kesilapan lalu, walaupun saya bercinta, saya harus ingat tujuan asal saya datang ke Malaysia adalah untuk bergelar penyanyi.
"Cabaran untuk diri saya sendiri adalah menjadi orang yang berbeza dan lebih baik daripada sebelum ini. Apa yang kurang pada diri akan saya perbaiki.
"Kalau boleh, saya mahu tahun 2013 nama saya bersih daripada sebarang kontroversi dan ingin menjadi artis yang berada pada tahap lebih tinggi daripada apa yang saya ada hari ini," katanya yang akan pergi menunaikan umrah pada 15 Mac depan bersama keluarganya.
Bagi memantapkan kerjaya nyanyiannya, penyanyi yang popular dengan lagu Sayang Sayang dan Jangan Ganggu Pacarku itu ingin menyambung pelajaran dalam bidang muzik jika berpeluang.
"Saya bolehlah bermain gitar tetapi kena belajar lagi. Sekarang tengah belajar dengan penyanyi Awi Rafael sebab saya ada niat untuk mencipta lagu sendiri.
"Bukan mudah untuk mencipta sebuah lagu yang sedap dan dapat dihayati oleh pendengar. Jika saya cipta lagu selepas ini, saya akan lebih ke genre pop balada," ujarnya.
Aliff telah muncul dengan tiga buah album sebelum ini iaitu Aliff (2007), It's Aliff's Time (2010) dan Aliff Aziz 2012 sebelum ini dan tidak lama lagi bakal muncul dengan album keempatnya.
Kini, Aliff sedang mengumpul material untuk album keempat yang dijangka berbeza dengan lagu-lagu yang pernah dilahirkan sebelum ini.
"Sekarang, saya tengah promosi lagu Keajaiban Cinta duet bersama Adira. Selepas itu baru akan keluarkan single demi single.
"Lagu-lagu saya sebelum ini semuanya lagu cinta yang 'comel-comel' sesuai untuk remaja tetapi selepas ini, hala tuju muzik saya akan sedikit berbeza.
"Saya mula jadi penyanyi pada usia 16 tahun, sekarang sudah mencecah 22 tahun, harus ada perbezaan kerana saya sudah dewasa dan lebih matang. Begitu juga dengan lagu yang akan dimuatkan dalam album keempat, berlaku transformasi," ulasnya.
Suka berlakon
Bukan sekadar nyanyian, Aliff juga ingin memantapkan kerjaya lakonannya yang baru sahaja bermula.
Selepas berlakon dalam drama Tiara, Antara Kita, Sepai dan Cinta Vlog, Aliff bakal berlakon dalam telefilem, Saya, Kamu dan Dia.
"Saya akan memulakan penggambaran telefilem Saya, Kamu dan Dia bersama pelakon Emma Maembong pada 16 Februari ini. Memang saya akui seronok berlakon kerana boleh menjiwai pelbagai watak yang berbeza dengan diri saya sendiri," katanya.
Meskipun semakin aktif berlakon, Aliff yang ingin berjaya seperti aktor Aaron Aziz suatu hari nanti, sebenarnya mahu dirinya lebih dikenali sebagai penyanyi berbanding pelakon.
"Saya seronok berlakon dan memang satu cabang seni yang bagus untuk kerjaya saya. Setiap kali berlakon saya akan beri fokus seratus peratus.
"Memang lakonan dan nyanyian berbeza. Lakonan lebih memenatkan daripada nyanyian kerana banyak menunggu. Bagaimanapun, saya dapat lebih kepuasan daripada lakonan terutama apabila melihat drama lakonan saya sendiri di kaca televisyen (ketawa).
"Sungguhpun begitu, saya bermula sebagai penyanyi, jadi lebih baik terus dikenali dengan status penyanyi kerana muzik masih nombor satu di hati saya," tuturnya. KOSMO

Cassius peroleh gelaran buaya terbesar di dunia semula
SYDNEY - Seekor buaya gergasi sepanjang 5.48 meter yang bernama Cassius memperoleh semula gelaran sebagai buaya terbesar di dunia yang dipelihara di dalam kurungan, lapor agensi berita dpa semalam.
Cassius dipamerkan kepada orang ramai di taman buaya Marineland Melanesia, Pulau Green yang terletak dekat Cairns, Australia.
Buaya jantan itu seberat satu tan dan berumur 110 tahun.
Reptilia tersebut memperoleh semula gelaran itu selepas seekor buaya gergasi sepanjang 6.17 meter yang bernama Lolong mati di sebuah taman ekopelancongan di Bunawan, selatan Filipina pada Ahad lalu.
Bedah siasat dilakukan bagi mengetahui punca kematian buaya air masin itu yang dianggarkan berusia sekitar 50 tahun.
Sebelum mati, buaya itu dikatakan menelan tali pintal.
Bagaimanapun, bedah siasat itu mendapati tiada benda ganjil seperti tali pintal itu yang ditemui di dalam perutnya.
Ketua Biro Hidupan Liar dan Perlindungan di Filipina, Mundita Lim berkata, punca kematian haiwan itu akan diketahui hujung minggu ini.
Buaya jantan itu ditangkap oleh penduduk dan pakar-pakar haiwan tersebut di sebatang anak sungai pada September 2011 selepas ia dipercayai membaham kepala seorang kanak-kanak perempuan.
"Kami berasa kecewa terutamanya George Craig," kata Billy Craig yang merupakan cucunya ketika mengulas tentang kematian Lolong.
"Dia (George) merupakan seorang pemburu buaya di sini dan pengasas taman itu.
"Justeru, kematian itu adalah sesuatu yang menyedihkan walaupun ia menjadikan Cassius sebagai 'raja' semula," tambahnya.
Menurut Billy, pihak Guinness Book of World Records menghubungi pihak taman itu selepas Lolong mati.
"Menurut pihak Guinness Book of World Records, rekod itu akan dikembalikan semula kepada kami.
"Ia baik untuk perniagaan," tambahnya.
Cassius ditangkap di sebatang sungai di Wilayah Utara, Australia selepas haiwan itu menyerang bot-bot dan enjin motor sangkut.
Reptilia itu dijual kepada George yang membawanya ke Pulau Green.
Menurut Billy, adalah sesuatu yang menyedihkan kerana Lolong mati terlalu muda.
"Cuba bayangkan apakah saiz haiwan itu jika ia boleh hidup selama 50 tahun lagi?" katanya. - Agensi
Tuesday, 12 February 2013
Neelofa dan Tasha Shila Berdamai
NEELOFA teruja bersama ahli kelab peminatnya, Neelofa
Team yang hadir memberikan sokongan moral pada majlis hari jadinya yang
ke-24 ini.
SEPANJANG dua tahun bergelar anak seni, Noor Neelofa Mohd. Noor boleh dikatakan antara artis yang cukup bertuah apabila kerjaya seninya berkembang dalam tempoh yang agak singkat.
Kini, pada usianya yang baru sahaja mencecah 24 tahun, Neelofa pastinya boleh berbangga dengan pencapaian yang dimilikinya, terutama dari segi karier serta populariti yang diraihnya sekarang.
Selain bergelar pelakon yang semakin dikenali ramai menerusi beberapa buah filem dan drama lakonannya, kariernya dalam bidang seni turut berkembang dengan bergelar pengacara rancangan Nona dan Meletop, dua buah program yang sememangnya mendapat sambutan baik daripada penonton.
Pintu rezekinya semakin terbuka luas apabila menjadi pilihan pelbagai jenama produk popular yang telah memilihnya menjadi duta atau jurucakap.
Ketika ditanya sama ada dia puas dengan kejayaan yang diraihnya itu, Neelofa dengan rendah diri menyatakan bahawa dia sebenarnya masih belum berhasil menjadi seorang anak seni yang berjaya.
"Saya tidak menganggap diri saya sudah berjaya sekarang ini kerana perjalanan seni saya masih lagi panjang. Cuma saya memang menyasarkan untuk mencapai kejayaan dalam usia yang muda.
"Jadi, saya perlu berusaha dengan lebih keras lagi dan tidak boleh cepat berpuas hati dengan apa yang saya nikmati sekarang ini.
"Namun begitu, saya gembira kerana mendapat sokongan daripada orang yang berada di sekeliling serta peminat," ujarnya ketika ditemui pada majlis sambutan ulang tahun ke-24 dirinya yang berlangsung di Sunway Giza, Kota Damansara pada minggu lalu.
Menurut Neelofa, selain mahu terus mengembangkan bakatnya dalam dunia seni sebagai pelakon dan pengacara, dia juga menyatakan mahu menjadi seorang ahli perniagaan wanita yang berjaya.
Ujarnya, buat masa ini dia sedang memberi fokus kepada perniagaan produk kesihatan BellaVita yang mula diusahakannya pada tahun lalu dan kini semakin berkembang baik.
Bagi memastikan perniagaannya itu membuahkan hasil yang lumayan dan memberangsangkan, Neelofa memberitahu dia terpaksa membuat pelaburan yang banyak.
"Saya telah melaburkan puluhan ribu ringgit semata-mata membeli sedikit slot dalam rancangan Wanita Hari Ini pada setiap hari Rabu untuk mempromosikan produk BellaVita ini.
"Boleh dikatakan sudah banyak wang yang dibelanjakan sehingga membuat pinjaman bank bagi memastikan produk yang saya usahakan ini berjaya di pasaran sekurang-kurangnya dalam tempoh dua atau tiga tahun yang akan datang," ujarnya.
Menurutnya, selain produk kesihatan BellaVita dia juga sudah merancang untuk menghasilkan lagi beberapa produk lain bagi meluaskan lagi perniagaan yang diusahakannya sekarang ini.
Perkahwinan
Pada usianya yang sudah mencecah 24 tahun, sudah tentu ramai yang beranggapan ia merupakan usia yang cukup sesuai buat seorang wanita untuk melangkah ke alam rumah tangga.
Bagaimanapun, Neelofa yang pernah digosipkan dengan penerbit dan pelakon Hans Isaac sebelum ini menganggap dirinya masih lagi muda untuk menuju ke gerbang perkahwinan.
"Buat masa ini saya tidak terfikir untuk berumah tangga kerana sasaran saya sekarang ini mahu mengecap kejayaan dalam bidang yang saya ceburi terlebih dahulu. Lagipun, kini saya sedang berusaha gigih agar segala usaha yang dilakukan berjaya.
"Apabila tiba masanya saya berkahwin nanti, kalau boleh saya mahu menjadi seorang isteri yang tidak terlalu berharap kepada suami dan menggunakan duit sendiri untuk membeli apa sahaja yang diingini," tegasnya.
Menurutnya, memandangkan jadualnya yang cukup padat sebagai seorang pelakon, pengacara dan ahli perniagaan, dia akan memikirkan tentang perkahwinan kira-kira tiga atau empat tahun akan datang.
Konflik
Sebelum ini sudah ramai yang mengetahui mengenai sedikit konflik yang berlaku Neelofa dengan seorang lagi pelakon iaitu Tasha Shilla gara-gara komen yang dibuatnya terhadap pelakon tersebut mengenai kemenangan dalam Anugerah Bintang Popular pada tahun lalu.
Namun begitu, Neelofa mendedahkan dia dan Tasha pernah terserempak baru-baru ini dan mereka telah bertegur sapa dengan mesra, seolah-olah seperti tiada masalah yang pernah berlaku sebelum ini.
"Selepas konflik yang berlaku itu agak lama juga kami tidak berjumpa, namun ketika terserempak kami sempat berbual bersama-sama dalam tempoh yang agak lama.
"Apa yang ingin saya katakan, secara jujurnya saya begitu hormati dengan sikap yang ditunjukkan oleh Tasha dan merasakan dia sebagai seorang pelakon yang sangat profesional," ujarnya yang menganggap hubungan mereka berdua kini kembali jernih.
Menurut Neelofa, dia juga berkesempatan meminta maaf kepada pelakon berkenaan atas apa yang telah berlaku dan gembira Tasha menerimanya dengan hati terbuka serta sudah melupakan semua yang telah berlaku antara mereka berdua.
"Seboleh-bolehnya saya tidak mahu timbul lagi sebarang masalah dengan rakan-rakan pelakon lain. Mulai tahun ini saya berharap supaya perjalanan karier seni saya dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang kisah kontroversi lagi," ujarnya.
Kosmo

Imej puting beliung landa Hattiesburg di AS
HATTIESBURG, Mississippi - Gambar angin puting beliung di sini berjaya dirakamkan oleh jurugambar Jordan Holliman pada Ahad lalu.
Beberapa pegawai kecemasan berkata, puting beliung itu menyebabkan sejumlah bangunan mengalami kerosakan.
Kampus Universiti Southern Mississippi turut mengalami kerosakan.
Satu rakaman video yang menunjukkan pergerakan puting beliung itu juga berjaya dirakamkan oleh Rynal Grant.
Sebanyak tiga orang dilaporkan cedera dalam kejadian itu. - Agensi
Sunday, 10 February 2013
Neelofa terima Hans Isaac jika ada jodoh
HANYA satu doa ibu selebriti Neelofa, Noor Kartini Nor Mohamad. Dia
mahukan seorang lelaki beriman dan soleh untuk menjadi pemimpin dunia
dan akhirat buat pengacara Meletop yang dikatakan sedang intim dengan
pelakon dan penerbit Hans Isaac itu.
"Sekali sahaja jika Tuhan hendak buka pintu hatinya, walau sesiapa pun, orang bukan Islam pun akan boleh berubah sekelip mata menjadi lebih soleh dan beriman daripada orang Islam yang sudah lama beragama Islam. Iman itu subjektif," jelas Neelofa bersahaja berhubung kenyataan ibunya yang berharap agar dirinya bertemu lelaki yang beriman sebagai calon suami.
Kata Neelofa juga, dia yakin dan percaya kepada kuasa jodoh. Masa depan juga bukan hak mutlak seseorang manusia.
"Pada saya kalau sudah ditakdirkan berkahwin dengan Hans Isaac, maka kahwinlah kami tapi kalau bukan dia jodoh saya, saya mungkin kahwin dengan orang lain," kata Neelofa membayangkan kedudukan istimewa Hans kini sebagai lelaki yang sedang bertapak di hatinya.
Ibunya yang lebih selesa membahasakan diri sebagai mama dalam kalangan media juga tidak betah jika Neelofa hendak berkahwin dalam usia muda. Siapa pun pilihan anaknya itu, dia tidak akan menghalang kerana bagi Kartini soal hati dan perasaan seseorang tidak boleh dipaksa.
"Saya jaga Neelofa dari hari pertama dia dilahirkan sehinggalah sekarang umurnya 24 tahun. Dia pun kata nak kahwin pada umur 27 tahun. Saya dulu kahwin selepas habis sekolah menengah dan perkahwinan pertama saya itu awalnya tidak mendapat persetujuan daripada keluarga, tapi lama-lama kami diterima," kata Kartini kepada media semasa ditemui pada majlis kejutan hari lahir Neelofa di Kota Damansara, Petaling Jaya Khamis lalu.
Senyuman seperti tidak mahu lekang daripada bibir Neelofa. Mata bundarnya bersinar-sinar dan ketawanya girang dari awal hinggalah majlis tamat bersurai kira-kira pukul 12 tengah malam itu. Tiga hari sebelum genap 24 tahun hari ini, dia diberikan satu kejutan oleh peminat, keluarga, penaja termasuklah media dalam satu majlis hari jadi yang sangat terancang ilham pengurus peribadinya, Shawn Amer.
Saya benar-benar terkejut. Ini kejutan hari lahir yang sangat menjadi dan sungguh terancang. Saya diberitahu bahawa malam ini (Khamis), saya ada makan malam bersama sebuah syarikat petroleum," kata Neelofa ceria.
Menyambung harapannya sempena usia baharu dalam hidup, kata Neelofa dia mahu fokus kepada bisnes dan karier sebelum berfikir tentang jodoh.
"Saya malas hendak cakap pasal kahwin, saya akan kahwin tapi mungkin tiga atau empat tahun lagi. Sekarang saya mahu fokus kepada produk BellaVita, banyak pelaburan yang dibuat untuk produk berkenaan dan banyak lagi yang harus diusahakan. Tapi tak bermakna saya nak ketepikan karier seni. Bulan April nanti saya akan masuk lokasi drama bersiri Azura. Ada juga dua buah filem yang sudah saya setuju iaitu Gengster Superstar dan Pilot Cafe," kata Neelofa yang kini bercuti di Singapura bersama keluarganya.
NEELOFA benar-benar tidak menduga dengan sambutan hari lahir mengejut yang diadakan di Kota Damansara baru-baru ini.

Saturday, 9 February 2013
Pelakon bersama rakan lelaki didakwa ambil syabu
PETALING JAYA - Pelakon serta model, Zarina Anjoulie dan rakan lelakinya sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan positif syabu Disember tahun lalu.
Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 27, dan Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, yang sebelum ini didakwa memiliki dadah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan berasingan di hadapan Majistret Nazri Omran.
Dadah tersebut didakwa terkandung di dalam air kencing Zarina Anjoulie dan Mohamad Fakhruzaim dan mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Narkotik Balai Polis Damansara, dekat sini, antara 8 malam hingga 8.10 malam, 30 Disember tahun lalu.
Bagi pertuduhan tersebut, mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda hingga RM5,000 jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan mereka diikat jamin RM2,000 setiap seorang dan menetapkan 14 Mac untuk sebutan kes.
Selain itu mereka juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan pindaan, memiliki dua biji pil eramin 5 setiap satu seberat 0.38 gram, di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, di sini pada 5.30 petang, 30 Disember tahun lalu.
Mereka yang juga pelajar kolej swasta didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Mahkamah mengekalkan jaminan asal mereka sebanyak RM2,000 seorang penjamin dan menetapkan 14 Mac untuk sebutan semula kes.
Mereka membayar wang jaminan tersebut. - Bernama
Ahli parlimen mak nyah dihalang jadi timbalan speaker di Poland
WARSAW - Ahli-ahli Parlimen Poland semalam menghalang usaha seorang
mak nyah, Anna Grodzka untuk menjadi timbalan speaker selepas
pencalonannya mencetuskan perasaan tidak selesa dalam kalangan
masyarakat Kristian Katolik di negara ini.
Para penyokong Grodzka berkata, Parlimen telah kehilangan peluang untuk menunjukkan bahawa negaranya mempunyai nilai-nilai masyarakat terbuka kerana tidak memilihnya menjadi timbalan speaker.
Seorang ahli perniagaan yang mempunyai ijazah psikologi, Grodzka sebelum ini merupakan seorang lelaki yang menggunakan nama Krzysztof Begowski.
Dia menukar jantina tiga tahun lalu.
Grodzka dipilih menjadi anggota Parlimen mak nyah pertama pada Oktober 2011.
Ketika ditanya jika kemungkinan dia akan kehilangan jawatan itu, Grodzka berkata: "Saya berasa kesal tentangnya."
Dia gagal untuk menjadi timbalan speaker selepas pemegang jawatan itu membuat keputusan untuk tidak meletakkan jawatan. - Agensi

Friday, 8 February 2013
Gurau 'Orang Utan' Donald Trump saman Bill Maher RM15 juta
LOS ANGLES - Jutawan hartanah, Donald Trump memfailkan saman RM15 juta
terhadap pelawak, Bill Maher gara-gara gurauan mendakwa beliau 'Orang
Utan'.
Maher berlawak akan menyumbangkan RM15 juta untuk tujuan amal jika Trump dapat membuktikan bahawa dirinya bukan hasil hubungan dengan Orang Utan.
“Saya tidak mengatakan ia benar,” kata Maher kepada Jay Leno dalam program The Tonight Show, bulan lalu.
“Saya harap ia tidak benar melainkan dia menunjukkan bukti... saya bersedia menawarkan RM15 juta kepada Donald Trump supaya dia boleh mendermakan wang tersebut untuk tujuan kebajikan," katanya.
Trump memfailkan saman itu di Los Angeles, Isnin lalu.
Surat bertarikh 8 Januari kepada Maher turut termasuk dalam dokumen tuntutan, menerima RM15 juta cabaran kebajikan itu dan salinan sijil kelahiran Trump yang menamakan Fred Trump sebagai ayahnya, bukan Orang Utan.
Maher kelihatan tidak bimbang terhadap perkara itu.

Thursday, 7 February 2013
Konsert Anuar Zain Bertukar Lokasi
ANUAR ZAIN, satu nama yang sangat besar dalam industri muzik
Malaysia. Walaupun sudah tiga dekad berada dalam industri, pada tahun
ini dia bakal muncul dalam konsert pertamanya sepanjang penglibatan
sebagai seorang penyanyi.
Konsert sulungnya yang diberikan judul sebagai Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari itu, sebelum ini dijadualkan bakal berlangsung pada pukul 8.30 malam, 16 Februari ini di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Namun pada saat-saat akhir, Anuar Zain dan kru produksi menghadapi masalah teknikal.
Bertemu jejaka berlesung pipit ini pada sidang akhbar yang diadakan bertempat di Hotel Concorde, Shah Alam, Selangor baru-baru ini, Anuar telah mengumumkan masalah yang dihadapinya iaitu penukaran lokasi konsert tersebut.
Penukaran lokasi yang dilakukan tiga minggu sebelum konsert mega itu berlangsung, bagaimanapun belum mampu memusnahkan ketenangan pada diri Anuar yang sebaliknya bersyukur dengan apa yang dilaluinya itu.
Bagi dirinya, segala kejadian yang berlaku itu dianggap sebagai rintangan yang perlu diharungi dan juga tersirat hikmah di sebalik setiap yang berlaku.
“Tiga minggu sebelum tarikh konsert, kami dapat tahu ada sedikit masalah logistik yang tidak dapat dielakkan,” ujarnya.
Tambahnya: “Ini kerana ada majlis lain yang berlangsung di situ pada 17 Februari. Ini bermakna stadium itu perlu dikosongkan secepat mungkin selepas konsert tamat.
“Konsert ini berskala besar, namun agak mustahil untuk kami berkemas dalam masa beberapa jam sahaja bagi memberi laluan kepada majlis lain di situ pada keesokan harinya itu.
“Daripada menunda tarikh konsert, lebih baik kami menukar lokasi agar tidak menghampakan peminat yang telah lama menanti-nantikan konsert ini.
“Alhamdulillah, kami mendapat lokasi baharu iaitu di Stadium Malawati, Shah Alam pada tarikh dan waktu yang sama.
Tidak berasa kecewa dan panik dengan penukaran lokasi konsertnya itu, bicara Anuar, dia bersyukur kerana mempunyai kru produksi yang sangat cekap menangani masalah.
Tambahnya, dia reda dengan apa yang berlaku dan tidak akan mengubah apa yang telah dirancangkan pada asalnya untuk konsertnya itu.
“Saya tidak mahu kurangkan apa-apa pun kerana saya mahu peminat berpuas hati dengan apa yang saya tampilkan kelak.
“Bagi saya, walaupun tidak balik modal, konsert ini bukan kerana wang. Ini konsert saya yang pertama, jadi kepuasan peminat menjadi agenda utama saya mengadakan konsert ini.
“Walaupun tiada penajaan, saya tidak kisah. Memang ada rintangan dan mungkin tidak sempurna.
“Namun, saya perlu harunginya dan biarlah apapun yang mahu dikritik, tetapi memang semuanya untuk peminat saya,” tutur Anuar yang mahukan peminat mengenang konsert sulungnya ini atas dasar kualiti yang ditampilkan nanti.
Setakat ini, jelas Anuar, 80 peratus tiket konsert sudah terjual dan kepada yang sudah membeli tiket, pihak Tiket Charge sudahpun menghubungi mereka bermula semalam, 6 Februari ini untuk menjelaskan tentang penukaran lokasi konsert tersebut.
Mereka yang berminat untuk menyaksikan konsert berkenaan masih boleh membeli tiket bermula 6 Februari menerusi laman web www.ticketcharge.com atau menghubungi Anuar Zain Network menerusi talian 012-464 2030.

5 maut tsunami landa Kepulauan Solomon selepas gempa bumi
SYDNEY - Satu gempa bumi kuat di perairan Kepulauan Solomon
mencetuskan ombak tsunami setinggi 1.5 meter semalam yang merosakkan
puluhan buah rumah dan menyebabkan lima orang hilang di kepulauan
berkenaan di Lautan Pasifik.
Semua mangsa yang hilang itu dikhuatiri mati.
Pihak berkuasa kemudian membatalkan amaran tsunami di pantai-pantai yang terletak jauh dari lokasi gempa bumi.
Beberapa pegawai tempatan berkata, dua ombak tsunami setinggi 1.5 meter melanda Kepulauan Santa Cruz dengan menyebabkan antara 70 hingga 80 buah rumah rosak.
Seorang jurucakap pemerintah, George Herming memberitahu bahawa ramai penduduk kampung berpindah ke tempat yang lebih tinggi sebagai langkah berjaga-jaga.
"Kami percaya beberapa orang terbunuh dalam bencana ini," kata Komisioner Polis Kepulauan Solomon, John Lansley pula.
Tsunami itu terbentuk selepas gempa bumi 8.0 pada skala Richter melanda dekat bandar Lata di Pulau Santa Cruz.
Lata terletak dalam wilayah Temotu iaitu bahagian paling timur di Kepulauan Solomon pada jarak sekitar tiga jam penerbangan dari ibu kota negara itu, Honiara.
Temotu dihuni oleh sekitar 30,000 penduduk.
Pusat Amaran Tsunami Pasifik menyatakan, ombak tsunami setinggi tiga meter melanda sebuah dermaga Lata.
Beberapa ombak yang lebih kecil turut berlaku di Vanuatu dan New Caledonia. AP

Subscribe to:
Posts (Atom)