KUALA LUMPUR – Pelakon jelita, Rozita Che Wan atau lebih dikenali
Che Ta, 39, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan gambar bogel yang
tersebar di internet adalah dirinya.
Gambar yang diambil menerusi perbualan video itu memaparkan raut
wajah seiras pelakon itu dalam keadaan meniarap dan menunjukkan
sebahagian daripada payu daranya.
Kata pelakon itu, dia tidak pernah merakamkan gambar dalam keadaan
memalukan seperti mana yang tersiar, malah tidak pernah membuat
panggilan video sama ada melalui komputer atau telefon.
“Saya bukan muda lagi untuk melakukan perbuatan sedemikian, malah saya juga sibuk bekerja, tiada masa untuk berbuat begitu.
“Mungkin itu pelanduk dua serupa sebab ramai yang cakap ada wanita
dan pondan memiliki rupa seperti saya,” katanya ketika dihubungi di sini
semalam.
Sambil tidak menolak ada unsur sabotaj oleh pihak-pihak yang iri
hati terhadapnya, ibu kepada dua cahaya mata iaitu Ammar Effendy, 16,
dan Aniq Ezzra, 14, itu belum bercadang mengambil tindakan
undang-undang.
Kosmo
No comments:
Post a Comment