Jom Buat Duit

Friday, 18 November 2011

Skuad Sepak Takraw Malaysia Di Sukan Sea Palembang




PEREJAM regu ketiga Malaysia, Mohd Hanafiah cuba menghalang tandukan Maneenat Supachai.
Thailand terus aib skuad Jamal

SKUAD sepak takraw negara mencipta aib lagi di Palembang. Selepas hanya meraih gangsa dalam acara antara regu sebelum ini, kini anak didik Jamaluddin Hassan gigit jari lagi kalah kepada musuh tradisi, Thailand 3-0 dalam acara berpasukan, semalam.
Selepas ini harus ada satu tindakan drastik diambil Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) menyiasat pencapaian memalukan ini.
Kekalahan itu yang juga kedua dialami selepas tewas kepada Indonesia 3-0 sebelum ini. Ini bererti peluang pingat emas sudah tertutup dalam saingan liga sepusingan membabitkan empat pasukan negara.

“Saya akui kami tidak sehebat Thailand dan Indonesia yang sudah membuat persiapan sejak empat atau lima tahun lalu,” kata ketua jurulatih, Jamaluddin.

“Sekembali ke Malaysia nanti saya akan serahkan laporan kepada pengurusan dan terpulang kepada mereka membuat keputusan sama ada perlukan rombakan terhadap skuad ini.”

Ketiga-tiga regu Malaysia, semalam tewas straight set. Malaysia yang sekadar menang gangsa acara antara regu kini perlu menewaskan Myanmar dalam perlawanan terakhir berpasukan hari ini untuk meraih satu lagi gangsa.




Sumber: Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters