Jom Buat Duit

Saturday 5 July 2014

TPM rakam takziah buat keluarga Allahyarhamah Sharifah Aini

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Biduanita Negara Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang meninggal dunia awal hari ini.
  
Muhyiddin menyifatkan pemergian Sharifah Aini, atau Kak Pah, sebagai satu kehilangan besar kepada industri hiburan tanah air.
  
"Sumbangan Allahyarham dalam mengangkat bidang seni negara amat besar dan tiada duanya, dan pemergiannya adalah suatu kehilangan yang tiada pengganti.
  
"Semoga keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi dugaan ini. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan diletak dalam kalangan orang-orang yang solihin lagi beriman. Al-Fatihah," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini.
  
Ucapan takziah untuk keluarga Allahyarham turut disampaikan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Salam takziah buat keluarga Biduanita Negara Kak Pah. Jasa besar dalam dunia seni tanah air. Al-Fatihah," kata beliau menerusi laman sosial Twitter.
  
Sharifah Aini, yang menyambut hari lahir ke-61 pada Rabu lepas, meninggal dunia pada kira-kira 1.26 pagi di sebuah hospital swasta di Damansara kerana jangkitan paru-paru.
  
Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Pusat Perubatan Pakar Damansara sejak Selasa lalu setelah menghadapi kesukaran untuk bernafas.  - Bernama

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters