Jom Buat Duit

Tuesday, 1 July 2014

Bapa Merogol Anak Sendiri Dipenjara 20 Tahun

Sekadar Gambar Hiasan

KOTA BHARU - Seorang bapa hari ini dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana kesalahan merogol anak kandungnya berusia 14 tahun pada Jun tahun lalu.
  
Hakim Mohd Yusuff Yunus menjatuhkan hukuman itu terhadap lelaki berumur 33 tahun itu setelah tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah pada  akhir kes pembelaan.
  
Tertuduh yang tidak bekerja itu didapati bersalah merogol anaknya yang ketika kejadian berusia 14 tahun di sebuah kawasan kebun getah, Jalan Jeram Pasu, Pasir Puteh, dekat sini antara pukul 11 malam hingga 11.10 malam, 13 Jun 2013.
  
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun, dan boleh dikenakan tidak kurang 10 sebatan.
  
Mahkamah kemudiannya menetapkan hukuman itu bermula dari tarikh tertuduh ditahan pada 16 Jun 2013.
  
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Nur Hilwani Mat Rifin. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)