Jom Buat Duit

Saturday, 19 July 2014

Kotak Hitam MH17 dijumpai

GRABOVE, Ukraine - Pasukan penyelamat berjaya menemui dua kotak hitam yang mengandungi data penerbangan dan rakaman suara kokpit milik sebuah pesawat Penerbangan Malaysia yang terhempas di sempadan Ukraine dan Rusia kelmarin.

Kotak hitam tersebut dijumpai pasukan penyelamat yang mencari mayat mangsa di kawasan serpihan pesawat MH17 yang bertaburan di satu kawasan seluas empat kilometer.
Sebuah lagi kotak hitam dilapor dijumpai kumpulan pemisah Ukraine kelmarin.

Pejuang pemisah Ukraine yang menguasai wilayah itu telah berjanji untuk memberi laluan kepada pasukan penyiasat antarabangsa memasuki kawasan berkenaan. - Reuters

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)