Jom Buat Duit

Monday, 21 July 2014

Nahas MH17: Hampir 200 mayat ditemui

SHAH ALAM – Operasi pencarian yang diketuai oleh pihak kerajaan Ukraine telah menemui 196 mayat di tapak kemalangan MH17 setakat ini.

Menurut sumber dari Bahagian Perkhidmatan Kecemasan Negeri Ukraine (SES), seramai 380 petugas telah menyertai usaha pencarian yang meliputi 34 kilometer persegi di selatan Ukraine.

Bagaimanapun, usaha tersebut dijejaskan oleh kehadiran kumpulan pemisah yang dikatakan mengganggu dan menghalang kerja-kerja unit SES.

Sebelum itu, Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah, OSCE melahirkan kebimbangan ke atas bilangan anggota mayat yang masih tinggal di lokasi kemalangan.

Jurucakap OSCE, Michael Bociurkiw berkata kepada pemberita bahawa pihaknya telah ke tapak kemalangan nahas MH17 dan melihat kumpulan pemisah terbabit mengalihkan beberapa mayat ke tempat lain.

Bagaimanapun menurutnya, maklumat sahih sukar dikenal pasti berikutan kawasan tersebut telah dikawal ketat oleh kumpulan itu.

“Tujuan dan kepentingan kami buat masa sekarang ialah untuk mengumpul maklumat untuk dikongsikan bersama pihak penyiasat Ukraine dan juga media. Tahap keselamatan di tapak perimeter buat masa kini sedang diambil kira, begitu juga dengan keadaan mayat, harta dan barangan peribadi milik penumpang pesawat dan serpihan-serpihan kapal terbang,” katanya. Sinar

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)