Jom Buat Duit

Tuesday 22 July 2014

MH17: Mayat Diletakkan Atas Lori Sampah

GRABOVO - Pasukan kecemasan Ukraine dikecam selepas beberapa gambar memaparkan mayat-mayat mangsa sebuah pesawat Penerbangan Malaysia MH17 diletakkan di tepi jalan sebelum diletakkan ke dalam beberapa buah lori sampah, lapor akhbar MailOnline semalam.

Hampir 200 mayat mangsa dibiarkan terdedah di tapak nahas selama tiga hari sebelum dipindahkan ke dalam gerabak yang lengkap dengan peti sejuk.

Pesawat MH17 tersebut terhempas dekat Grabovo selepas dipercayai ditembak dengan peluru berpandu pada Khamis lalu.

Selepas beberapa hari dibiarkan mereput, kerja-kerja mencari mayat bermula.

Mayat-mayat mangsa kemudiannya diletakkan berbaris di atas jalan raya sebelum diletakkan ke dalam beberapa buah lori yang kotor.

Mayat itu dibawa ke sebuah stesen kereta api kira-kira 15 kilometer dari tapak nahas sebelum disimpan di dalam beberapa buah gerabak.

Banyak pihak melahirkan kemarahan berhubung layanan terhadap mayat-mayat penumpang dan kru MH17.
Beberapa ahli keluarga mangsa menganggap tindakan tersebut sebagai menghina serta tidak berperi kemanusiaan. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters