Jom Buat Duit

Friday 18 July 2014

5 Maut Helikopter Terhempas

SEOUL - Lima anggota bomba terkorban selepas sebuah helikopter yang dinaiki mereka terhempas semalam berhampiran sebuah apartmen dan sekolah di bandar Gwangju, kata beberapa pegawai.
Seorang pegawai berkata, kejadian tersebut menyebabkan seorang pelajar perempuan yang berada di bangunan sekolah cedera ringan.

Ujarnya, helikopter berkenaan dalam penerbangan pulang ke ibu pejabat selepas menyertai operasi mencari 11 mangsa yang masih hilang dalam tragedi feri karam yang menyebabkan 290 penumpang maut pada April lalu.

Seorang lagi pegawai berkata, kelima-lima anggota bomba tersebut menaiki helikopter itu bagi menyertai operasi mencari mangsa feri karam pada Isnin lalu.

Imej televisyen menunjukkan helikopter itu terbakar dan kepulan asap hitam di udara kelihatan berhampiran bangunan berkenaan.

Ramai mangsa tragedi feri karam berkenaan adalah pelajar sekolah dan kejadian tersebut turut meningkatkan kebimbangan berhubung tahap keselamatan feri di negara ini. Kosmo

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters